Semasa menghadapi juadah berbuka suami Makbonda kata
"klasiknya hidangan kita ya!macam zaman dulu-dulu"
"Cuma tak duduk atas tikar mengkuang,dan letak atas talam,cahaya dari pelita"Jawab Makbonda.
بِسْمِ
اللهِ
الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ
بَارِكْ
لَنَا
فِيْمَا
رَزَقْتَنَا
وَقِنَا
عَذَابَ
النَّارِ
Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah
Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami
dari azab neraka.
Ameen
Ameen
Sayur bening(air) bayam + telur ayam kampung+su'un+ikan bilis+garam+gula+bawang+serbuk lada hitam(tanpa serbuk perasa) |
kacang botol+pelam telur+limau manis(yang baru di petik) |
limau ais(limau segar dari pokok) |
ikan sepat goreng(dijala dari tong tepi rumah) |
Alhamdulillah.
Salam. Mana sambal tempenya? Sesekali panggil kita makan sama.
BalasPadamSalam kembali,
BalasPadamPuan,
Tempe itu perlukan perjalanan ke market Puan,belum ada kemahiran untuk membikin sendiri. :)
Sila sesekali berkunjung.Bertadabbur alam ke daerah ini,kami sentiasa bersedia menunggu,asalkan diberi makluman dahulu agar tidak bertindih dengan program lain.
Assalamualaikum
BalasPadam...sedapnya pelam telur...terliur saya tengok :)
arrrggghhhh...
BalasPadamPELAM TELUR MASAK! + AIR LIMAU AIS SEGAR! + IKAN SEPAT GORENG!!..
Ya Allah.. moga diluangkan masa utk aku ke sana!.. (nk jenguk diari cik abang.. bila agaknya buleh nak pujuk-rayu-domba - ajak ke sabak bernam.. hehehehe...)
....(baby ibu... jgn golek-golek dlm perut ye.. ibu tau.. ibu tau.. liur ibu juga dh nk meleleh nih!.. gullppp)
ikan sepat tu sungguh menggoda. faveret saya tu. lawan pulak dengan sambal belacan dan sayur bening. dah cukup laju makannya...
BalasPadamWaalaikumussalamwarohmatullah,
BalasPadamRos,
Memang terliur,tapi untuk seusia-usia kamu,untuk generasi anak-anak mereka tak gemar,"nipis sangat susah nak hiris" katanya.
Ya Tiny,
BalasPadamPujuk jangan tak pujuk,sementara masih ada,ianya bermusim tau,luar dari musim memang tak ada.
Tunaikan juga naluri orang dalam,biar lahirnya nanti punya emosi yang setabil.
Kak Long,
BalasPadamNamanya menu sehat kan,rendah kalori kaya vitamin,tanpa pengawet.
Tapi yang kami telah kesan bila banyak hujan ikan-ikan itu agak kurang sehat,terbukti air hujan kita telah tertoksid.
Assalamualaikum semua,
BalasPadamApa Khabar kak? Lama tak mengomen... :).
Wah! bestnya menu akak. Semuanya hasil usaha/tanaman sendiri. Sihat lagi berkhasiat. Alhamdulillah.
Waalaikumussalam.
BalasPadamNisha,
Alhamdulillah semuanya seperti biasa sahaja.
Menu yang simple2,kalau hari-hari begini Insyaallah kuranglah mengundang penyakit=penyakit zaman sekarang kan Nish
Stok pelam telur yang Makbonda hantar dah habis. Boleh top-up lagi tak?
BalasPadam:D
ckLah,
BalasPadamBak kata abang ipar kamu,urusan datang mengambil lebih mudah dari urusan menghantar...... :))