Kelmarin, sebelum bertolak ke Johor makbonda jenuh juga memerah idea apa yang mahu di bawa untuk buah tangan, lalu teringat pohon magga yang berbuah lebat di belakang setor.
Sudah lima tahun makbonda tanam pohon ini,anak benih di beli di satu pusat jualan anak benih,kata penjual itu namanya MA224. 3tahun berlalu dapatlah kami merasa buahnya setelah beberapa kali kami jaga dan bajai Alhamdulillah,walaupun tidak selebat mana tapi memang cukup memuasakan.Ia tumbuh membesar dengan 3 cabang,satu daripada cabangnya telah di buang semasa pembenaan setor,walaupun ianya mengeluarkan buah yang lebat. Musim kali ini satu daripada dahan telah buah yang agak lebat juga, Alhamdulillah, dahan ketiga yang selama ini belum berbuah telah juga mengeluarkan putik-putik yang bergugus-gugus.
"Wah jika putik yang sebegini banyak bagaimana nanti bila telah matang,tentu tidak mampu dahan ini menampung kesemuanya"Bisik hati makbonda.
Makbonda periksa dari satu gugus ke satu gugus,memilih yang cukup matang untuk di petik. Tiba-tiba Makbondo terlompong,gugus-gugus yang makbonda kata putik tadi telah menguning. Bila Makbonda periksa dari pangkal pokok,buah yang kecil-kecil seperti putik itu adalah dari satu cabang yang sama. Subhanallah......rupa-rupanya ia adalah mangga padi atau telur. Sekarang dari sebatang pokok mangga tersebut kami dapat dua spesis iatu MA224 dan pelam padi atau pelam telur.Kedua-duanya punya keistimewaan yang tersendiri,sangat manis dan menggiurkan.
Mahasucinya Allah yang yang memberikan Makbonda petunjuk tentang kebijaksanaan,dan kekuasaan NYA.
Petang semalam baru sempat Makbonda tunjuk pada suami dan sempat menfotokannya,
Dua dahan yang bercabang |
Sebelah kiri pelam telur(padi) |
Sebelah kanan MA224 |
Allahuakbar!Allah telah menunjukkan kekuasaan dan kehebatannya kepada kita semua.
BalasPadamNampaknya lepas ni kita betul2 di alam maya, ustaz dah pindah banting, i'Allah saya meyusul tahun depan, doakan yang terbaik untuk kami dunia dan akhirat.
Ya ustazah,
BalasPadamkami juga menerima sms dari ustaz. Seolah-olah Jamuan Hariraya tempoh hari memberi alamat itulah kesempatan terakhir kami dapat berkunjung.
Semoga dimudahkan urusan dan mendapat limpahan hidayah serta rahmat apabila telah ditempat baru nanti.
Boleh la nanti mengangkut pelam, lepas dulu angkut pisang. heheh. tapi sekarang dah jauh, tak tau lah bila pula boleh singgah sana.
BalasPadamDik,
BalasPadamBoleh je,tulah masa dekat dulu tak nak selalu singgah,sekarang kan dah jauh,takkan nak bawak pisang naik flight.