DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 4 November 2012

GAJI?


Tersentuh kalbu saya bila membaca status USZAR di wall FBnya.



Mengapa beliau tega menceritakan sejarah peribadinya itu.Saya difahamkan sebelum ini beliau telah menawarkan satu pekerjaan kepada siswazah yang menganggur  dengan pendapatan RM1500,namun ada pihak yang memperlekehkan jumlah itu,yang menurut mereka  tidak sesuai dengan sara hidup masa kini. Saya sangat setuju dengan tindakan beliau mengongsikan sejarah peribadinya sebagai tamparan atau motivasi pada pihak yang dimaksudkan.
 
Mengongsikan sejarah peribadi bukan untuk membuaka aib atau menunjuk-nunjuk tapi jika diniatkan untuk memotivasikan pihak lain saya rasa adalah perlu,sebagai penanda aras juga pada anak-anak.

Semasa saya mula bekerja gaji saya adalah RM350, RM100 untuk emak,RM50 saya buat potongan Tabung Haji,RM100 untuk sewa rumah. Saya ada RM100 untuk sara diri,tambang bas ke sekolah,makan,pakaian dan lain-lain.Setiap hujung bulan saya lihat kawan-kawan sentiasa menunggu hari gaji,tapi saya tidak,gaji bulan lepas masih berbaki,mungkin kerana sara hidup diri saya tidak tinggi,saya tidak ada peruntukan untuk kosmetik,kasut dan beg tangan saya tidak bertukar sehingga tidak boleh digunakan lagi,kos pakaian saya juga besesuaian dengan wang saya ada.Seingat saya,saya tidak pernah meminjam dengan Mak atau sesiapa. Pada ketika itu saya punya lapan orang adik yang sedang bersekolah,saya tidak dapat menyara mereka setiap seorang,hanya menyalurkan melalui Emak.

1 tahun 8 bulan selepas bekerja saya berumahtangga,suami saya juga guru yang yang bertangga gaji sama dengan saya tapi beliau lebih 4 tahun bekerja berbanding saya. Beliau lagilah lebih berat tanggungannya. Seusia 11 tahun bapanya meninggal dunia dengan meninggalkan 10 orang anak yatim,dan suami saya anak kedua. Ibunya mengambil upah dan berniaga dipasar untuk menyara keluarga. Bila suami saya habis Maktab perguruan dan mula mengajar beliau tinggal bersama-sama ibu dan adik-adik. Ibunya berhenti mengambil upah .Beliau membantu ibunya  membesarkan adik adik dan membiayai persekolahan sehingga habis sekolah menengah,barulah beliau berkahwin dengan saya.Akaun banknya kosong dan tiada simpanan dimana-manapun. Pada ketika itu  adik-adiknya telah menamatkan sekolah menengah tetapi belum bekerja,masih memerlukan pembiayaannya.

Kenderaan kami adalah motorsikal,setelah mengandung anak ketiga barulah membeli kereta terpakai dengan harga RM4000 menggunakan wang simpanan Tabung Haji saya.Kami tinggal bersama ibu mertua dan adik adik ipar. Setelah punya dua orang anak kami membeli rumah kayu terpakai dan mencacakkan bersebelahan dengan rumah ibu mertua,memandangkan adik-adik ipar lelaki dan sukarnya menjaga aurat. Dengan keadaan begitu kami masih bertahan tidak berhutang dengan mana-mana pihak kecuali suami saya ada membuat pembiayaan bank untuk menebus tanah ibunya.

Menyedari kami telah punya rumah,kereta dan keperluan asas yang mencukupi,walaupun kereta buruk dan rumah terpakai,tapi Allah tidak menyaratkan bagaimana rupanya harta kita,yang dipersoalkan adalah kemampuan telah ada untuk melengkapkan Rukun Islam , maka kamipun membuat pendaftaran di Tabung Haji,dan mula menambah tabungan.  Alhamdulillah setelah 10 tahun perkahwinan kami dapat melengkapkan Rukun Islam kami,semoga diterima Allah. Ramai antara kawan-kawan sekerja kami kata kami banyak duit sehingga mampu mengerjakan haji, padahal pendapatan kami sama dengan mereka, tidak ada pendapatan luar. Lebihnya, kami merendahkan kos sara hidup kami mengikut pendapatan yang ada,tutup mata dengan kemewahan orang lain,tundukan sifat irihati yang selalu bisa melinkupkan itu.Anak-anak tidak memakai lampin pakai buang sepenuhnya di rumah,hanya semasa berjalan sahaja.Jadi perlu kerja lebih untuk menukar lampin dan mencucinya.Pakaian anak-anakpun tidaklah semuanya mahal,hanya sesekali sahaja itupun menunggu jual murah di supermarket. Pebelanjaan kami semata-mata atas keperluan bukan kehendak.Kami terselamat dari fenomena muflis sebagaimana berlaku pada ramai orang muda sekarang yang perbelanjaan hidup melebihi pendapatan.

Sampai sekarang ramai yang menganggap kami banyak duit,padahal kalau diikut pendapatan kami sama dengan mereka. Tetapi kelebihan pada  suami saya ialah beliau istiqamah solat Dhuha sejak bujang lagi. Bila kami sedang bermusafir,tiba-tiba anak-anak perlu berhenti di masjid untuk hajat yang terdesak,beliau mesti mengambil kesempatan untuk solat Dhuha.Saya sendiri agak malas-malas juga ketika anak-anak kecil dahulu. Apabila anak telah besar baharulah ada kesempatan. Sesungguhnya kuasa Dhuha itu amat menakjubkan. Kami tidak pernah rasa cemas walaupun ketika tiada wang ditangan. Sebenarnya  tidak perlu banyak duit untuk kecukupan dalam hidup. Dengan sedikit itu kalau ianya penuh keberkatan sudah cukup.

Antara musabab mengapa kami sentiasa dalam kecukupan mungkin kami telah mengongsikan pendapatan kami dengan orang lain. Setelah adik bungsu saya bekerja emak sudah tidak mahu menerima pemberian wang dari saya lagi. Menurutnya anak-anak saya lebih memerlukannya. Adik-adik saya semua sudah bekerja,  deng pendapatan berlipat kali ganda dari saya. Pemberian dari mereka telah cukup. Barulah saya menghentikan perkongsian sebahgian dari gaji saya pada Emak. Suami saya pula sejak mula bekerja seluruh wang gajinya dikongsikan bersama adik-adiknya sehinggalah adik-adiknya bekerja barulah beliau memberhentikan perkongsian. Walaubagaimanapun baliau masih membuka jika mereka dalam kesesakan.

Pada anak-anakpun kami sentiasa mengingatkan mereka.Semasa mereka di Matrikulasi kebanyakan anak-anak mula mengalami kejutan budaya kerana itulah pertama kali mereka menguruskan kewangan sendiri yang turun dengan jumlah yang banyak. Sering saya ingatkan agar membahagikan wang tersebut mengikut bulan. Berbelanja mengikut wang setiap bulan,seandainya pada hujung bulan masih ada lebihan barulah boleh berbelanja lebih.Nampaknya anak-anak akur.Semoga mereka terus beristiqomah.Pada yang mennggunakan pinjaman perlu sentiasa ingat wang itu adalah wang hutang,perlu dibayar nanti,jadi perlu berhemah dalam membelanjakannya.

6 ulasan:

  1. Salam. Saya iri hati cara pengurusan kewangan macam Simah. Walaupun mak saya ajar jimat cermat, oleh kerana saya bongsu saya tidak merasai kesusahan seperti kakak-kakak saya. Keluarga pendatang pasti susah tapi betul kata Simah, ia mencukupi. Emak bapak dapat beli kebun sedikit dan pergi haji. Doakan saya jadi macam Simah. Nanti cerita panjang. Ni nak ke Melaka. Kawan dah tunggu. Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Bonda.

      Allahuakbar.....bagaimana boleh dirihatikan pengurusan yang begitu kecil ini.....agaknya sebab asalnya dari yang rendah dan peroses kenaikannya juga agak landai....makanya tidak berapa dianggap hebat,mungkin jika prosesnya agak curam,menaik dengan drastik...agak gelabah juga dibuatnya.Silap-silap boleh terlajak juga tergelincir.hehehe.

      Semoga Bonda Ngasobah dipermudahkan urusan.

      Padam
  2. Allahu Allahu Allahu..

    Meskipun agak terlewat.. moga belum terlambat utk tiny ikut jejak langkah makbonda.. terima kasih atas motivasi ini..

    Ia membuka pandangan yg selama ini sengaja disempitkan!!..
    Antara KEPERLUAN & KEHENDAK! - diri sendiri perlu tahu dan mahu tahu bagaimana menguruskannya!!..

    (Tulisan makbonda ini datang tepat pada masa tiny sedang dlm rangka menulis buku / modul utk subjek belia - kerjasama dgn Prof. Dr. Turiman, UPM.. dan salah satu topik tiny adalah "KEPERLUAN DAN KEHENDAK"..)..

    Tolong makbonda.. catatkan lagi perkongsian lain, catatkanlah.. catatkanlah.. catatkanlah.. bnyk yg anak2 muda ini perlu muhasabah diri.. ambil peringatan dan panduan.. dlm menjalani kehidupan sementelah lagi di kota yg tersangat mencabar jiwa terutamanya kepada para belia..

    Dlm sessi temu-bual, ada yg berkata: "Biar berhutang, janji setaraf 'artis', yg penting, bergaya.. gaji nak besar, kerja nk mudah.." - apa yg dicatat Dr. UZAR mmg benar.. ada belia yg sanggup menganggur dr bergaji kecik.. sanggup minta duit mak bapak menanggung waima duit beli handphone meskipun lepasan Universiti!!.. aduuuhhh... beratnya utk kembali membentuk diri.. dan belia masa kini..

    Mohon catatan makbonda ini dpt saya jadikan perkongsian.. dan mungkin juga sbg bahan utk catatan di buku / modul subjek belia yg kami usahakan..
    Jazakillahu khair..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tiny,

      dalam kesibukan masih juga ada masa untuk ziarah ke mari ye.

      Mudah-mudahan makbonda dapat melihat hasil terbitan Tiny nanti.

      Telah maklum yang kita ini manusia biasa yang sering bersaing dengan nafsu,ada juga kalanya Makbonda pun tewas. Mengidamkan sesuatu,dengan harapan bila telah tercapai lengkaplah kehendak,memuncaklah kebahagiaan,rupa-rupanya kenyataannya masih mahu mengejar yang lain pula.Disinilah pentingnya peranan pasangan kita,adakalnya kita yang laju dan dia yang memperlahankan,dan sebaliknya,jangan pula terlalu lemah sehingga hanyut sama.Yang paling bahaya kedua-duanya sama naik.

      Dalam hal didikan pada anak-anak juga Makbonda selalu berwaspada,dalam ramai-ramai tidak semua boleh mengikut rentak kita,kadang terlepas pandang macam mengikut,rupa-rpanya memendam rasa. Bila sudah terlepas dari pegangan kita Masyaallah......lajunya melangkah tanpa menoleh kebelakang.

      Macam sikap anak muda yang Tiny maksudkan diatas,adakalnya berpunca dari sikap ibubapa juga yang tidak berapa menggalakan mereka bermendiri.Terlalu memanjakan anak sehingga melemahkan jiwa anak-anak.Itulah pentingnya ilmu keibubapaan.

      Semoga perkongsian kita mendapat kerahmatan.




      Padam
  3. Makbonda..subhanallah...banyaknya nasihat yang berguna untuk saya. Sungguh sepatutnya gaji saya dan suami mencukupi, tapi saya selalu ikut nafsu..saya berazam nak ikut nasihat makbonda ni :)
    " tutup mata dengan kemewahan orang lain,tundukan sifat irihati yang selalu bisa melinkupkan itu"
    Nasihat yang in shaa Allah saya praktiskan. Doakan saya ye... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cimas Tc,

      Alhamdulillah,sudi berkunjung ke sini,

      Nasihat yang tidak seberapa,yang baik jadikan tauladan yang sebaliknya pula jadikan sempadan.Sesungguhnya yang dinamakan nafsu itulah yang paling behaya,tidak boleh dihapus hanya perlu kebijaksanaan mengurus.Nak menundukan adalah satu jihad.

      InsyaAllah. Dia maha mengetahui gerakhati makhlukNYA.

      Padam

Catatan Popular