DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 30 Oktober 2017

PELAJARAN 10.0 Huruf Jarr (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)

No automatic alt text available.


10.1 Ulangan. Apakah dia Isim Mu'rab (الْمُعْرَبُ)?
Isim Mu'rab ialah Isim Fleksibel yang boleh berubah hujungnya dalam tiga keadaan mengikut peranannya di dalam ayat (Lihat 6.3, 7.1).
Contoh Nakirah : ( كِتَابٌ كِتَابًا كِتَابٍ )
Contoh Makrifah : ( الْكِتَابُ الْكِتَابَ الْكِتَابِ )
10.1 Berikan tiga contoh ayat untuk (الْقَلَمُ) "pen itu" dalam tiga keadaan tersebut.
1. Alqalamu jamīlun (الْقَلَمُ جَمِيْلٌ) = "Pen itu cantik"
2. Kasartal qalama (كَسَرْتَ الْقَلَمَ) = "Kamu telah merosakkan pen itu"
3. Katabtu bilqalami (كَتَبْتُ بِالْقَلَمِ) = "Saya telah menulis dengan pen itu"
10.2 Apakah peranan huruf 'ba' ( ب ) pada ( بِالْقَلَمِ )?
Huruf ( ب ) itu adalah sejenis 'katasendi' atau 'preposition'.
Katasendi (preposition) di dalam nahu Arab dipanggil Huruf Jarr*
10.3 Apakah kesan Huruf Jarr pada Isim Mu'rab yang datang selepasnya?
Isim yang datang selepas Huruf Jarr akan berbaris di bawah. Isim itu menjadi OBJEK TIDAK LANGSUNG di dalam ayat tersebut.
Isim yang bergabung atau datang selepas Huruf Jarr dipanggil Isim Majrur*.
Gabungan Huruf Jarr dengan Isim selepasnya itu dipanggil 'Jarr dan Majrur'*.
10.4 Nyatakan beberapa contoh Huruf Jarr dan maknanya.
1. Bi (بِ) = dengan
2. Li (لِ) = bagi/untuk/milik
3. Fi (فِي) = di / dalam
4. Min (مِنْ) = dari/daripada
5. Ila (إلَى) = ke/kepada
6. 'Ala (عَلَى) = atas/ di atas
Perhatian : (بِ) dan (لِ) hurufnya ditulis bersambung dengan Isim Majrur. Yang lainnya ditulis berasingan.
Huruf (لِ) jika bergabung dengan isim yang ada (ال) maka alif pada alif-lam itu dibuang.
Contohnya ل+ اللهُ ===> لِلَّهِ
Yang lain-lain Huruf Jarr kita akan senaraikan kemudian.
10.5 Apakah makna perkataan-perkatataan ini - (خَرَجَ) , (ذَهَبَ) , (جَلَسَ)
1. kha-ra-ja (خَرَجَ) = Dia (1L) telah keluar
2. dza-ha-ba (ذَهَبَ) = Dia (1L) telah pergi
3. ja-la-sa (جَلَسَ) = Dia (1L) telah duduk
Latihan :
10.0(a) Perhatikan setiap Isim Mu'rab yang datang selepas Huruf Jarr di dalam ayat-ayat berikut, hujungnya berbaris bawah/kasrah (مَجْرُوْرٌ بِالْكَسْرَةِ). Isim yang berkeadaan begini dipanggil Isim Majrur.
Terjemahkan ayat-ayat tersebut :
1. أَكَتَبْتِ الْكِتَابَ بِقَلَمِ
2. الطَّعَامُ لِلْطِفْلِ
3. خَرَجَ الْمَلِكُ مِنَ الْقَصْرِ
4. ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ إِلَى السُّوْقِ
5. الطَّائِرُ عَلَى الْغُصْنِ
10.0(b) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang dicadangkan beserta dengan Huruf Jarr yang sesuai. Kemudian terjemahkan :
1. جَلَسَ زَيْدٌ ــــــــــ ( الْأَرْضٌ)
2. السَّيَّارَةُ ـــــــــــ ( حَامِدٌ)
3. أَكَلْتُ ـــــــــــ ( الْمِلْعَقَةُ )
4. كَتَبْتُ ـــــــــــ ( الْبَيْتُ)
5. رَكِبَ الرَّجُلُ جَمَلًا ــــــــ ( الْمَسْجِدُ )
Sekian... (bersambung)
*Huruf Jarr (حَرْفُ الْجَرِّ)
*Isim Majrur = (الِاسْمُ الْمَجْرُوْرُ)
*Jarr dan Majrur = (الْجَارُ وَالْمَجْرُوْرُ)

Sesiapa yang betul-betul mahu belajar bahasa (sebarang bahasa) dan mahu berjaya mempelajarinya dan menguasainya mestilah rajin melakukan tiga perkara ini :

1. Rajin buka KAMUS apabila menjumpai perkataan-perkataan baru.


2. Rajin MENGHAFAL perkataan-perkataan baru serta menghafal tatabahasanya

3. Banyak buat LATIHAN serta mempraktikkan bahasa tersebut. Jika sukar mempraktikkannya secara lisan, mesti banyak buat latihan bertulis dan membaca. 

Jika tidak suka melakukan 3 perkara ini, semangatnya mungkin tinggal semangat saja, majunya tidak akan ke mana


Latihan 10.0(b) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang dicadangkan beserta dengan Huruf Jarr yang sesuai. Kemudian terjemahkan :
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.
No automatic alt text available.


1. Zaid telah duduk di atas bumi itu
2. Kenderaan itu milik Hamid
3. Saya telah makan dengan sudu 
4. Saya telah menulis di dalam rumah
5. Lelaki itu telah menunggang unta ke Masjid itu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular