DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 1 Julai 2015

Catatan persaraan

Akhirnya tiba antara hari yang dinantikan dalam hidup saya iaitu bersara dalam kerjaya. Mulai 1 Jun 2015 saya telah keluar dari senarai Penjawat Awam,bersara dari mengisi buku rekod mengajar dan berhenti dari menghadapi semua kerenah dalam dunia pendidikan di sekolah. Persaraan itu saya pohon,maka saya meninggalkan dunia kerjaya ini dengan sukarela. Walaupun agak menyentuh emosi juga untuk berpisah dengan rakan sekerja dan anak-anak murid. Hari-hari mengadap dan bergaul dengan mereka tentu kenangan-kenangan manis sudah bertapak dan berakar dalam jiwa,sukar untuk melenyapkannya terus.

Biasalah bila saya ambil keputusan bersara awal persoalan persoalan yang saya akan hadapi dari orang keliling  ialah kenapa? mengapa? kan sihat lagi? orang tak minat dengan mengajar sebab banyak kerja IT,sedangkan awak teror IT,dulu masa muda-muda masaalah pejagaan anak-anak,sekarang anak dah besar, dan berbagai-bagai lagi.
Apapa pun dalam mengisi borang permohonan persaraan awal itu alasannya ialah "Tidak berminat dengan tugas sekarang" itupun Pegawai  Pembantu Pengurus Tadbir yang mengesyurkannya.


Walaupun sebnarnya alasannya adalah seperti di bawah tetapi saya tidak menyatakan kesemua jawapan seperti yang di abwah apabila ada yang bertanya.

1.Saya sebenarnya sudah menghadapi dunia pekerjaan ini.Bermatia-matian bersaing hanya untuk kemegahan dan kejayaan dimata manusia sahaja.
2.Rasa menipu diri sendiri,niat sudah lari,lebih kepada mendapatkan imbuhan bulanan.
3.Kerjaya ini sekarang kurang kerja mendidik lebih kepada menjawap format peperiksaan
4.Mahu bersama suami dan keluarga lebih lama.
5.Sudah capai matlamat.
6.Tumpu hidup akhirat kurangkan kejar dunia
7.Tidak perlu apa apa lagi dalam hidup ini yang berbentuk kebendaan.
8.Mahu menikmati pencen ketika sihat
9.Mahu buat kerja sukarela
10. Mengosongkan tempat untuk yang baru mengisinya.

Setelah bersara
1. Lapang fikran,bebas
2.Kurang dosa mengumpat,rasa tidak puas hati pada kawan sekerja,pada pentadbir.
3.Lebih ulangkaji pada ilmu akhirat yang terlalu banyak tertinggal.
4.Lebih khusuk dalam menghadap Khaliq
5.Lebih masa tadabbur al Quran jua tadabbur alam,
6.Lebih banyak kesempatan melibatkan diri dengan kerja sukarela dan badan NGO
7.Lebih kerap masak
8.Rumah lebih terurus.
9.Dhuha lebih bilangan rekaat.
10.Kurang kos sara hidup,pakaian,makanan
11.Walaupun separuh wang pencen di infaqkan tak rasa kkurangan
12.Lebih rapat dengan rakan-rakan lama semasa zaman persekolahan.

Namun ujian yang saya perlu hadapi sekarang ini ialah adakah saya telah merealisasikan alasan alasan yang dicipta itu. Jadi sebagai penanda aras saya kena selalu menjawab persoalan ini.

1.Adakah betul tunpu akhirat kurangkan dunia
2.Adakah betul tambah khusuk
3.Adakah betul istiqamah dhuha dan amalan sunat lain.
4.Apakah betul ikhlas berinfaq
atau yang lain-lain persoalan.



Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. Al-Kahf[18]:46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular