"Makbonda kagumlah dengan kamu berdua,baik betul"
"Makbonda,bila kita berbuat baik dengan orang,satu masa bila kita susah kita meintak tolong pula pada dia"Itulah perinsip hidupnya.
Satu kelemahan mereka. Mereka terlalu cair dalam kewangan,bisa saja mengalir kelubang-lubang atau ruangan kosong yang banyak dan dalam,hingga mereka sering terperangkap dalam arah aliran. Acapkali mereka alpa membezkan antara kehendak dan keperluan. Dengan mudah dia mengorek lubang baru untuk menutup lubang lama.....sewenang-wenangnya.
Kali ini mereka terperangkap betul, dalam lubang yang banyak dan dalam. Merata-rata dia merayu terutama pada kawan sahabat dan orang disekelilingnya yang pernah ditolongnya dahulu untuk menutup lubang-lubang yang banyak dan dalam itu. Semuanya tidak mampu. Lubang-lubangnya terlalu dalam. Bila dia tutup lubang sana di korek pula lubang sini, Sering berlaku bahan dari lubang baru tidak dapat menampung lubang lama atas sikap keterlaluannya dalam kecairan kewangan.......Sehingga dia jatuh kedunia keluh kesah dan hilang ketenteraman jiwa.
Makbonda sendiri memang tidak mampu membantunya menutup lubang yang dibenanya......terlalu besar dan dalam, kecuali makbonda sendiri membuat lubang baru......Masyaallah....memang makbonda tidak mampu...bimbang tidak tidak sempat mnimbusnya tiba-tiba hayat sudah sampai..........Astaghfirullahuladhim.....
Hanya yang mampu Makbonda cadangkan padanya berbuatlah baik pada manusia demi untuk Allah,dan jangan mengharapkan untuk orang itu membalasnya,tapi biar balasannya dari Allah dan istiqamahlah dengan doa ini;
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mudaripada keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.”
"Ooh kalau dah amalkan ini adalah orang nak tolong bayar hutang ya Makbonda,?"Tanya mereka penuh harap
"Tidaklah semestinya ada orang tolong bayar,tapi Insyaallah tersekat nafsu kita nak buat hutang baru.........dan Allah Taala ada lah maha pelindung.....Insyaallah doa dengan yakin.......adalah akan datang nanti penyelesaiannya.Dan kalau tidak keberatan jom amalkan solat Dhuha"
|
Ameen ameen ameen.
BalasPadamYa Rabbul 'alamiin.
:`(
Assalamualaikum :)
BalasPadamMakbonda...
Saya tak bersetuju'part' ambil upah untuk buat 'assignment'bagi yg'belajar sambil bekerja', kerana hasilnya nanti mempengaruhi gaji mereka dan akan jadi darah daging. Kalau setakat tolong terjemah atau 'upah taip' tiada masalah. Fikir-fikirkan bersama...
Tiny,
BalasPadamYang dimaksudkan sahabat dalam doa itu juga untuk kamu kan?Semoga Allah memperkenankan.
Waalaikumussalamwarohmatullah
BalasPadamRos.
Sememangnya fenomena ini berleluasa.....bukankah si pengupah dan yang upah dikira syuhbah? Kalau anak murid meniru dimarah tapi cikgu juga apa kurangnya.....bagaimana anak-anak sekarang amat sukar dididik?
Sama-sama doakan mereka agar mendapat hidayah.
saya sendiri pernah mentah-mentah menolak assignment kunci kira-kira & untung rugi seorang pelajar diploma full time....geram betul dgn budak tu masa mula2 terima emel, saya ingatkan dia nak tanya macamana nak selesaikan...skali saya dapat soalan yg bulat-bulat dari lecturer dia, pandai berdalih bila konon dah buat tapi tak dapat jawapan..saya kata emelkan jln kerja yg dia buat setakat mana utk saya tengok. terus tak reply. - tolong free pun taknak belajar lagi!
BalasPadamThn lepas ada sedara sendiri further study, tapi saya kesal dgn sikap mereka suami isteri (awal 40an)..awal-awal lagi dah niat, "alahhh upah je nanti buat assignment" sambil cerita jiran diorang pun buat perkara yg sama, tahu-tahu dah grad selepas 4thn.
ambil upah bole tapi tengok keadaan,saya pernah bersetuju siapkan assigment cikgu PJJ..itupun sebab mereka dah buat sendiri dlm 90% saya hanya perlu cek, komen, edit & tambah apa yg patut sebab account bukan bidang mereka. tu kawan sendiri tu
sebab yg paling saya sakit hati mereka yg sambung belajar ni ada yg niat tu tak betul. saya bukan cikgu, masa jadi student pun bukan A list, usaha lah dulu wahai kawan-kawan.. saya belum tamak duit, kualiti penting, saya masih bermaruah..saya harap dgn cara ni membantu pendidik scara tidak langsung melahirkan kualiti pelajar & pendidik pun tak tertipu dgn kepandaian pelajarnya.
smoga kita beroleh keberkatan Allah
salam akak,cantiknya 'baju' baru!damai rasa di hati...saya doakan akak terus dan terus menulis kerana saya merupakan salah seorang peminat maya akak, terima kasih di atas ilmu selama ini, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah
BalasPadamCik Sizu,
BalasPadamItukah yang dinamakan sebagai jenayah pendidikan?
Nak di katakan pencuri tentu ada yang tidak menerima kan?
Semoga kita setiasa diberi petunjuk kearah jalan yang lurus bukan jalan yang menyesatkan.
Salam kembali usazah Raja,
BalasPadamKalau ianya mendamaikan Alhamdulillah,DIAlah yang memberi inspirasi.
Subhanallah.....ilmu saya senipis kulit bawang dibandingkan dengan ustazah.....akak menulis hanya berdasarkan pengalaman,berkisar disekeliling kehidupan.Di ulam dengan secubit-cubit ilmu,