DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 17 Julai 2011

Berita baik untuk penggemar coca cola!.

"Siapa ya ada petua macamana nak cuci karat di lubang tandas"

Tiba-tiba mencelah suara garau tuah Haji pegawai teknologi pendidikan ketika peserta sedang asyik menyelesaikan kerja-kerja perbengkelan.Isu yang sangat lari dari koordinat asal perbengkelan..

"Guna klorok tapi yang berjenama pipit." Respon seorang peserta yang tidak dapat membezakan antara jenama dengan dengan bahan. Bukankah klorok dan pipit itu adalah jenama,sementara bahannya ialah cecair peluntur.

"Gunalah haprhic kata Afdlin Shauki" Sahut salah seorang peminat fanatik ilklan TV

"Dah macam-macam jenama di cubanya tapi tak berkesan."

"Tandas baru ke Haji?" Seorang peserta meminta penjelasan.

"Taklah,.......anak baru masuk rumah sewa,lubang tandasnya berkarat,nak duduk tak sampai hati"Jelas Tuan Haji tersebut.

"Guna coca cola maaaa" Tiba tiba Cikgu Ahmoi lahiran Pulau Pinang yang berpakaian pramugari emas mencelah.Cikgu Ahmoi seorang gadis kantonis ini sekarang jarang memakai mini skirt,bila ditanya

"Mengapa tidak memakai mini skirt?". "Sudah biasa pakai kain maaa,bila pakain skirt malu lhooo rasa something semua orang mau pandang I punya betis"
Wah...itu satu petanda....cahaya separuh dari iman sedang berhembus dijiwanya.Makbonda cadangkan mana-mana peria yang mahu mencri jodoh,tolonglah kalaulah dapat mendekatinya dan tiupkan roh Islam ke dalam kalbunyaa.....subhanalllah betapa besar ganjarannya.Sudahlah cantik rupa,elok pulak pekertinya,tolong juga beritahunya busana peramugari yang di pakainya itu busana melayu bukan busana Islam.

"Kamu ni biar betul Ahmoi"
"Betul maa.....you try ambik itu paku karat,siram itu coca cola,then you buat observation,itu paku sutah berkilat lhoo,tidak percaya cubalaaaah,kita olang cina sutah tidak mau minum itu cocacola lhoooo,dengrous"

YaAllah  begitu jatuh merundumnya taraf minuman produk yahudi ni,yang selama ini gah dalam iklan di sana sini sebagai minuman  bertaraf antarabangsa. rupanya hanya sebagai bahan pencuci tandas.

Nah lihatlah anak-anak,berita baik untuk kamu semua yang gemar dan berasa seperti orang kelas atasan bila meminum cocacola.Sedangkan karat tandas berjaya dikikisnya,apalagi organ saluran bahan kumuh dan tinja kita yang bersifat begitu lembut.

"Ekeleh sudahlah  Ahmoi tu,Cina juga yang jual,dia sendiri tak mau minum" bisik seorang cikgu yang begitu fanatik   assobiah disudut jiwaraganya..

"Memanglah,Orang Cina berniaga sahaja, itu sumber ekonominya.Itu produk yahudi,yahudi sendiri tidak mahu minum sebab dia sudah tahu akan bahayanya,dan orang cina menjualnya sebab mereka peniaga tapi mereka tidak minum pun,anak-anak sekolah semua bawa air kosong....awaklah yang dok terpngaruh dengan iklan tv yang jadi mangsanya........ lu fikirlah sendiri."Kata Makbonda tapi cuma dalam hati kerana beliau ialah seorang yang sangat lemah imannya untuk membetulkan kepincangan ummah.

Mereka semua bukan muslim....mereka tidak ada hari pembalasan,jadi cara merka mencari rezeki bujur lalu melintang patah....yang penting nilai keuntungan.................... menjadi iktibarlah kepada semua peniaga Islam,silalah singkirkan cocacola dalam senarai barang jualannya semoga perniagaan anda dalam kerahmatan dan keberkatan.

Kalau ada masa luangkan klik url berikut http://www.videojug.com/film/how-to-clean-your-toilet-with-coke


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Alhamdulillah, saya 'tak pandai' minum coca cola. Selera saya selera kampung...tea,sirap,limau...:)
    Oh,orang Sarawak suka minum cola...selalu juga cola menjadi bekal ke sekolah.Entah,susah nak diubah kalau sudah sebati... kan Makbonda ... :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalamworohmatullah,

    Ros,

    Kalau macam tu kita punya sel citarasa yang sama.

    bukan sahaja di Serawak ,di sini pun orang-orang kampung suka sangat,kadang-kadang menjadi hidangan hariraya.Tugas kitalah mahu betulkan minda generasi yang dihadapan kita sekarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum MakBonda..

    Sejak kecil ayah mmg 'menidakkan' terus minuman bergas - sebarang minuman bergas kepada kami adik beradik!.. (kerana peristiwa kakak dimasukkan ke hospital masa kecil dahulu kerana minum air bergas yg banyak! - hikmah kakak dimasukkan ke hospital!!..).

    Sirap ais is a MUST dalam rumah kami.. hihihi...

    ~ ada satu kisah benar... yg teringin nk dikongsi bersama..
    - ofis-mate tiny pernah buat satu 'ujikaji' - menggunakan coca-cola.. dan seketul daging b**i.. (maaf.. ini sekadar perkongsian, bukan utk mengaibkan sesiapa..)..
    - daging yg telah dimasak itu (oleh seorg ofis-mate cina), telah diletak di dalam dulang dan di tuang satu tin COCA-COLA di atasnya..
    - HASILNYA ~ BEREKOR-EKOR ULAT KECIL BERENYUT-RENYUT KELUAR DARI DAGING B**I TERSEBUT!!..

    Nauzubillah..

    - dua perkara yg sgt benar..
    1) daging b**i mempunyai cacing yg tidak mati meskipun sudah dimasak..
    2) Coca-cola adalah mekanisme penyahluntur yg sgt kuat!.

    dan kepada meraka yg makan daging b**i disertai minum coca-cola.. hmm... wallahu' alam bisawwab..

    .. anak-anak tiny mmg TIDAK DIBENARKAN MINUM MINUMAN BERGAS apatah lagi COCA-COLA!!.. Alhamdulillah, setakat hari ini minuman itu tidak pernah dijamah.. (di hadapan tiny pastinya, tapi, tak taulah kekalau dibelakang tiny ada org yg menghulurkannya!!.. Nauzubillah!).

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam warohmatullah.

    Tiny,

    Kiranya apa yang berlaku pada kakak Tiny itu telah menyelamatkan semua keluarga,seandainya tidak berlaku mungkin tidaklah sampai ayah tiny menidakkannya terus dalam keluarga,mungkin masih mahu meminumnya.Semamngnya DIA maha penyelamat.

    makbonda pun pernah lihat klip video ujikaji tersebut.....tidak tahulah yang mana pembolehubahnya samaada daging tersebut atau cocacolanya.....konklusinya kedua-dua objek tersebut adalah tidak sesuai untuk dijadikan bahan pemakanan manusia.

    BalasPadam
  5. coca cola -> marketing & promotion strategy sgt bagus sebb mereka sudah tender skali dgn fast food restaurant.tidak mengharapkan jualan di pasaran biasa sahaja to increase demand. bijak!

    tapi saya sgt suka mcdonald (bad habit) sebb sedap, nak pulak bila badan dah penat tapi lapar, drive thru la jawabnya.. cuma stp kali order tukar air bergas dgn air milo kena tambah RM1.30. tak minum sgala air bergas sebab tekak tetiba rasa perit telan.

    BalasPadam

Catatan Popular