DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 3 Julai 2011

sukan di sekolah saya

Hari ini Cikgu Razak ditugaskan menggantikan YB untk merasmikan sukan sekolah,sebab YB tidak dapat hadhir atas urusan mahkamah. Cikgu Razak yang ada urua-ura akan dicalonkan untuk menggantikan YB satu masa nanti tentu amat berasa ghairah untk meluangkan masa ke majlis tersebut,inilah satu proses latihan untk melayakan dia mengambil  tempat sebagai YB bila masanya tiba nanti,agar tidak kekok dan kaku. Satu malam suntuk Cikgu Razak menghafal skrip untuk membetulkan intonasi ucapan gaya YB-YB.  Kebetulan malam tadi giliran beliau bermalam di rumah isteri pertama,semamangnya itulah ketikanya beliau akan buat-buat sebok di pejabat rumahnya dan akan masuk bilik isterinya jam 4 pagi setelah pasti isterinya lena. Itulah yang diamalkannya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Mesti diselitkan maksud hadis atau ayat Quran,jadi kena hafal itu semua. Sehingga pejam-pejam mata dia mengulang-ulang,maklumlah seusia ini,banyak sel-sel di otaknya telah pupus. Tiba hari yang dinantikan,beliau tiba diperkarangan temasya dijalankan,disambut dan di angkat-angkat sebagaimana YB-YB, dan duduk dikhemah tamu dan kena duduk,senyum,angguk dan letak kaki imeg YB. Tibalah masa membacakan skrip yang telah di hafalnya malam tadi.

 “……………..Tuan-tuan sekelian,ingatlah kesejahteraan Negara bermula dari rumah. Didiklah anak-anak kita sebaiknya. Rapatkan hubungan kemesraan dengan anak-anak agar tuan-tuan dapat menyelami jiwa anak-anak,agar mereka menjadi insan yang berjiwa positif demi membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya bangsa dan Negara. Untuk itu pastikan tuan-tuan sering meluangkan masa bersama anak dan isteri agar mereka tidak berasa kekosongan lalu mencari alternative dengan lebih selesa bergaul sesama rakan di luar sehingga dengan mudah tercebur dengan gejala kurang sihat……..…………………….”


Begitulah antara skrip yang di bacakan oleh Cikgu Razak dalam agenda ucapan YB dalam temaysa sukan itu. Tidak kiralah di dalam rumah tangga beliau,sudah 2 tahun hubungan dengan anak-anaknya longgar. Anak-anak  yang seramai 5 orang lelaki itu akan masuk kedalam bilik atau keluar rumah bila bapa mereka ada.  Sudah beberapa lama mereka tidak makan sehidang,dan  berbual mesra. Semuanya di sebabkan anak-anak menjengkeli perilaku bapa mereka terhadap batin  insan yang melahirkan mereka. Walaubagaimanapun itu  bukan salah Cikgu Razak,Cikgu Razak hanya membacakan skrip bukan keluar dari lubuk jiwanya. Jadi para ibubapa yang mendengarnya anggaplah itu semua adalah sebuah dramateater dari actor yang menjalankan peranannya……….


....usah lihat pada siapa yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dikatakan.



8 ulasan:

  1. Ironinya, kenapalah agaknya sekolah gemor bebenor menjemput YB untuk program sekolah! Tak dapat YB, suku sakat YB pun jadik.


    .......dan selalunya, juruacara terpaksa 'berlakon'dalam frasa-frasa kata alu-aluannya kalau dia sendiri tak berkenan dengan majlis yang diacarakannya- keluhan juruacara tetap tak berpencen. :D

    BalasPadam
  2. ckLah,

    Bila melihat MC pun baca skrip,terbayang wajah kamu. :))

    Lepas tu dia akan umumkan "....saya telah bersetuju untuk memberi perunntukan pada sekolah ini sejmlah RM1000 untuk hari penyampaian hadiah..." Maka gembiralah mereka yang "gemor bebenor menjemput YB" dalam agenda tersebut.

    BalasPadam
  3. Ada tak adegan ambil gambar dengan replika cek tu?



    ....yang itu lagilah pengacara rasa nak menangis. Huhu...

    BalasPadam
  4. Dan di buku program tugas kita ialah dokumentasi,jurufoto juga akan buat-buat terblur gambar.......

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Makbonda

    Susah suka jika menghafal tapi tak ingat.. pengalaman kak masa bekerja dulu biasanya kita guru yang buat skrip YB yang baca.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam ak Werdah,

    So YB baca jela lah ye,dia sendiri tidak menghayati apa yang di tuturkan.Tu sebab pendengar jadi bosan sebab dia berucap tidak datang dari roh dia. Berbeza majlis ilmu,penceramah bercakap dari rohnya,meresap ke dalam nurani pendengar,tidak menerbitkan rasa bosan malah amat nikmat sekali.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum MakBonda..

    ya ya ya.. sungguh!.
    .. jika yg di BACA sekadar luahan dari bibir, bukan dari hati, yg mendengar juga mendengar dgn telinga tidak menyerap dalam jiwa!..

    .. paling tak tahan bab bagi cek 'ikhlas' tapi muka cari kamera!.. huhuhuhu...
    (mohon sungguh agar Allah jauhkan diri dari bersikap sedemikian..)



    cklah>.....MC tak pencen2 tu jugak yg paling glamer sebenarnya... kuikuikui..


    :)

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam Tiny.

    Semoga kamu mendapat kesembuhan,setalah sabar dengan ujian.

    Betul,sangatlah bosan kita mendengar ucapan yang berupa membaca skrip.

    MC kuasanya besar kan Tiny. majlis itu dia yang punya.Kalau dia tak menjemput seseorang berucap,jangan harap dia dapat beucap waima sebesar mana saiz individu tersebut.

    BalasPadam

Catatan Popular