DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 30 Jun 2011

LUBANG 1


Suatu hari seorang adik yang tidak seibu dan sebapa dengan dan yang jauh jarak usianya dari Makbonda telah mengadu tanpa dipinta tentang masaalah ekonominya. Setelah dia meminta jasa baik makbonda untuk meminjamkannya RM200 untuk menyambung hari-hari tibanya waktu gaji,padahal ketika itu baru 15hb.Bukan soal berapa banyak perlu Makbonda keluarkan dari dompet tetapi soal simpatinya tentang kesempitan yang diharungi. Kalaulah dia seorang pengawal keselamatan yang punya 7 orang anak.yang telah remaja atau memasuki IPT tentu sekali makbonda tidak lah dirundung kehairanan. Ini kedua-duanya punya ijazah, baru 7 tahun usia perkahwinan punya 2 orang anak,punya 2 kereta kerana tempat kerja masing-masing berbeza arah perjalanan,kedua-dua anak masih dihantar kerumah pengasuh,masih tinggal di rumah sewa.Pendapatan suami habis dipotong untuk kereta,rumah sewa,dan bayaran koperasi. Untuk apa potongan koperasi? pinjaman untuk hantaran perkahwinan sejumlah RM10K. Sampai sejumlah itu? 8k untuk hantaran,2K untuk majlis kenduri.Hantaran sampai 8k,sedangkan baru bekerja tidak sampai setahun? Dah itu yang ibu-bapa saya letakan.

Tanpa bapa dia sedari beban yang diletakan pada bakal menantunya telah ditanggung sama oleh anak perempuannya,dan cucunya lahir bersama hutang yang ditanggung oleh ibubapanya.

1 tahun yang lalu Makbonda mengikuti suami yang diamanahkan oleh salah seorang saudara mara untuk mengetuai majlis peminangan. Pihak kami anak lelaki yang berkerja sebagai juruteknik,pemegang diploma,2 tahun bekerja,mereka bertemu semasa menuntut dikolej yang sama.Si lelaki anak kedua,ibubapa bekerja mengambil upah memetik sawit dan memetik sayur,punya 4 orang adik yang masih bersekolah. Pihak perempuan meletak harga RM8k juga,dan tempoh pertunangan 1 tahun.Dalam kiraan bodoh makbonda pihak lelaki kena simpan RM1k sebulan untuk tempoh itu.Tetapi makbonda tidak ada hak untuk membuat tawar menawar,kerana pihak keluarga yang meminang telah menyetujiinya.

Tibalah hari yang dijanjikan pada cuti sekolah yang lepas.Pihak lelaki juga tidak mahu kalah,sebab itu kan kebiasaan ita,lalu ditempahnya pekej pelamin sejumlah RM3k yang hanya digunakan tidak lebih dari 30 minit itu,tidak muat dipasang didalam rumah lalu dihalaman. Sedangkan tandas atau bilik air dirumah hanyalah sekadar di tampal oleh zing yang telah dimakan karat dan mereput dibahagian bawahnya sebab sentiasa terrenjis air,dan daun pintunya pula perlu diangkat untuk menghijab aktiviti penguninya.Sepanjang makbonda di situ terpaksa menahan diri dari berkumuh dan bernyahtinja,bukan tidak tahu bahawa perbuatan itu tidak baik untuk kesihatan,tambah-tambah lagi dengan usia terkini,tapi tidak sampai hati mamasukinya dengan keadaan begitu ramia manusia di sekeliling.

Majlis kenduri menampakkan gah,dengan jemputan yang tidak berhenti-henti hadir. Tentu besar belanja yang dikeluarkan.Tentu sekali wang sumbangannya pun tebal juga.Usai kenduri barulah Kami tahu bahawa  perbelanjaan runcit di ambil dari kedai dahulu,dan akan dibayar selepas kenduri.

Sepatutnya selepas majlis menyambut menantu tuan rumah berasa gembira dan lega sebab kesempurnaan majlis berjalan.Tetapi nampaknya tidak begitu lega jadinya. tuan rumah terpaksa memikirkan pula usaha untuk menutup akaun di kedai .

Ibubapa pening mahu menutup akaun di kedai runcit manakala si anak perlu membuat potongan dari institusi dimana dia mendapatkan wang belanja kahwin dahulu.Kalau melihat kadar gaji bulanannya,dia perlu menghabiskan beberapa tahun untuk mmebereskannya disamping menaggung perbelanjaan rumah tangga.

Bukankah lebih baik budget sebanyak 3k dahulu digunakan untuk memperbaiki tandas atau bilik air dirumah ibubapanya,sekurangn-kurangnya untuk keselesaan isterinya bila menginap dirumah keluarga mertuanya.


Itu akibatnya bila semasa majlis peminangan pihak perempuan akan meletakkan harga yang begitu tinggi  tidak munasabah,tidak difikirkan setakat mana pendapatan pihak lelaki,dengan alasan itulah kebiasaan,akibatnya pihak lelaki akan mendapatkan jumlah yang ditetapkan walau dengan apa cara sekalipun sehinggalah berhutang,lalu mereka memulakan bahtera rumah tangga dengan keadaan menanggung  berhutang sehingga 2,3 anak telah lahir.

"Jangan mengutuk,nanti terhanyut" Kata suami Makbonda. Insyaallah bukan mengutuk,hanya untuk memberitahu nafsu yang perkara tersebut tidak baik.


Sabda Rasulullah  SAW bermaksud :
  1. "Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya….."
  2. " Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"
  3. " Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya"
  4. “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “
  5. “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.( Riwayat Ahmad )



.

6 ulasan:

  1. mak bonda,
    kalau yg paham situasi cam mak bonda baguslah..tapi banyak yg mahu mengikut kebiasaan terutamanya parents, kata mereka nak tengok si kesungguhan teruna, kata mereka lagi sebelum kawin kan anak le mintak itu ini, esok dah kawin menantu laki apa pun tak bagi

    BalasPadam
  2. ...tidak semua orang boleh menerima majlis perkahwinan tanpa pelamin, macam majlis kawin saya (dan kita.....10 kali terima menantu tanpa pelamin). Alhamdulillah, yang 9 itu mencontohi 'dia...yang pertama' memulakan tradisi itu di rumah kita (atau mungkin memecah tradisi di kampung kita juga). Alhamdulillah juga.....tidak terbelenggu oleh beban hutang majlis kawin, meski majlis tak gah, tiada pertunjukan bilik pengantin atau set busana pelbagai budaya silih berganti dipertontonkan .....tapi keberkatannya amat dirasai.


    Ada masanya, kita tidak sedar bahawa kita memenuhi tuntutan adat lebih dari tuntutan agama.

    BalasPadam
  3. Selamat datang Cik Sizu,semoga Allah merahmati kamu.

    Memintalah jika mampu,tapi kalau sehingga mamasukkan anak sendiri di celah kesempitan hidup bagaimana?Sepatutnya ibubapalah yang mendidik anak-anak untuk mengenali dan membezakan antara keperluan atau kehendak.

    BalasPadam
  4. CkLah......Keberkatan dan kerahmatan,sangat sukar mahu memahaminya. Ada yang menganggap ianya sama dengan kesenangan dan kemewahan.

    "Bila lagi mahu merasa,esok mati sudah tidak merasa"Katanya.

    Lah,mari kita sama-sama berjuang untuk mengekalkan dan mengupgredkan keberkatan dan kerahmatan yang sedang kita miliki sekarang.

    Mahu?

    BalasPadam
  5. Salam Makbonda :)

    Semoga sihat sejahtera selalu.

    Alhamdulillah hari ni berkesempatan lagi menitip bicara di sini. (Selalu ke sini, membaca dan membaca sahaja).

    Pada saya, nilai hantaran itu bersifat subjektif mengikut kemampuan lelaki. Jika lelaki mempunyai berpendapatan 10K sebulan, maka nilai hantaran 10K itu bukanlah sesuatu yang membebankan, bahkan sangat 'ringan' jika dibandingkan dengan lelaki yang berpendapatan 2K-3K jika diminta jumlah hantaran yang sama jumlahnya.

    Jadi, bagi hadith-hadith berikut,pada saya istilah 'rendah' itu lebih dekat maknanya dengan 'ringan' (tidak membebankan)

    1. "Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya….."
    2. " Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"
    3. " Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya"
    4. “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “

    Sekadar perkongsian pendapat, Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam.

    Ros,

    Betul tuh,subjektif,mengikut kemampuan,tapi kalau dah tahu pihak lelaki berpendepatan rendah janganlah letaka harga yag begitu tinggi.Mengukur baju biarlah mengikut ukuran badan kan.

    Terimakasih meluangkan masa yang bukan hanya membaca dan membaca sahaja.

    BalasPadam

Catatan Popular