DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 12 Jun 2011

Berkat


Tempoh hari,sepulangnya dari menghadiri majlis walimah anak kepada kawan lama semasa di maktab dulu,anak bungsu tiba-tiba memecah kesunyian,

"Eh tak dapat berkatlah kita ya?"

Berkat ialah sesuatu yang diberikan kepada tetamu untuk di bawa pulang setelah menghadhiri kenduri dalam masyarakat kaum jawa di pantai barat,walaubagaimanapun sekarang telah juga diamalkan oleh selain dari masyarakat jawa di sekelilingnya.

Ketika inilah yang paling sesuai untuk mentarbiah sibungsu yang baru memulakan kehidupan ini. Dia masih di selimuti kebiasaan dalam kelompoknya,seolah-olah kebiasaan itu juga di amalkan oleh kelompok lain. Pada fikiran dia itulah kebiasaan dalam meraikan walimah. konsep mengenai menghadiri kenduri kena tanamkan pada jiwanya. Jika dibiarkan dia membesar da mendewasa dengan kebiasaan yang sama,itulah akibatnya dia akan mempertahankan kebiasaan walau dengan apa cara sekalipun,walau ianya adalah membebankan.

Dalam budaya  Kaum Jawa di sekeliling saya berkat adalah satu-satunya yang sangat wajib,sesiapa yang membuat keheduri tanpa memberi berkat dianggap satu dosa.,meraka tidak memberatkan adat-adat lain seperti majlis inai,gantung kelambu,atau cadar bertekat,tepak sirih dan sebagainya. Berkat adalah perkara utama selepas hidangan. Dan saya pernah juga dengan kenyataan "Orang Jawa kalau khenduri lebihkan makanan" memang betul,tetamu yang datang mesti kenyang dan pulang dengan berkat di tangan. Budget untuk berkat adalah sama dengan badget untuk hidangan tetamu. dan ianya hendaklah mengandungi nasi. Di Johor,kawasan saudara mara saya,berkat nasi hanya untuk saudara terdekat,tetamu biasa hanyalah sebutir telur,atau gula-gula atau seketul muffin.

Bila mereka pulang dari khenduri ditempat lain dengan mendapat berkat hanya sebutir telur atau makanan kering,maka berbuih-buihlah rungutan bagai baung dalam bangkar.  Budget beras untuk hidangan dengan untuk berkat adalah sama kuantiti. Setiap yang datang samaada menyumbang atau tidak akan diberi berkat.Bila pada hari itu ada 5 undangan khenduri suami isteri akan membawa pulang 10 buntil berkat terlonggok atas meja dengan berbagai versi,ada yang nasi hangit ada yang tidak cukup tanak,ada yang lebik atau keras dan sebagainya. Anak-anak pun tak selera nak menjamah,membazir. Bila perkara yang sama berulang-ulang lama kelamaan kebiasaan barubah,cara yang lebih releven telah diterima,mungkin setelah menghadhiri khenduri di tempat lain,mereka telah menerima cara yang lebih munafaat .Cukuplah kandungan beg berkat mengandungi makanan kering yang tahan lama. Orang-orang tua yang mempertahankan berkat cara dulupun telah akur dengan perubahan kebiasaan ini.Teringat saya emak telah ditegur oleh orang tua-tua sebab berkat mak kurang besar saiznya,lalu Emak gorengkan keropok dan sumbat dalam beg,jadi nampaklah besar.
Berkat yang kami bawa pulang dalam satu hari,ada kalanya kami dapat 10 jemputan Jadi bayangkanlah jumlahnya bila kami pergi berdua. Paling yang agak luar dari biasa pernah kami terima  ialah  1kg gula. Bayangkan tuan rumah telah membeli 2000kg gula untuk berkat.....Tapi yang paling saya tidak setuju ialah adakalanya pilihan makanan untuk berkat itu tidak memikirkan label halal,yang penting murah dan digemari ramai. Daripada jajan yang di keluarkan oleh pengluar bukan Islam kan lebih baik pilih produk dari kilang-kilang IKS ,selain di yakini kehalalalnya ianya juga membantu perniaga-perniaga Islam,saling melengkapi antara satu sama lain.

Pernah juga saya menghadhiri satu kajlis walimah,berkat itu di agih oleh tuan rumah,hanya siapa yang salam berisi sahaja yang dapat berkat.

Tapi di kelompok saya tiada perbezaan,asal datang sahaja balik menjinjing berkat,dan tiada kategori berdasarkan pangkat,keculai perbezaan dari segi saudara mara terdekat atau tetamu jauh.

Baru-baru ni saya menghadhiri satu program yang di kendalikan oleh satu konsaltan,Pegendali program talah menghadiahkan peserta dengan senaskah risalah kecil yang dijilid kemas cantik, dia kata lebihan hadiah semasa menyambut menantu. Bila sampai rumah barulah saya buka buku tersebut.
Kulit luar risalah


Kata pengantar di awal muka surat



Kulit elakang buku adalah wajah muka kulit buku asal

Oh barulah saya perasan,inilah berkat yang diberi pada setiap tetamunya.Tersangatlah teroja saya,dia bukan sahaja menyajikan hidangan jasmani tapi jua hidangan rohani. Itulah kerja orang berilmu,berkatnya berpanjangan sampai lah dia berada di liang lahat.Mungkin ditempat lain perkara ini telah lama  diamalkan tapi ini pengalaman baru bagi saya. Insyaallah saya akan praktikan nanti bila masanya tiba untuk saya mengadakan majlis seperti itu. Terimakasih Pak Nik atas perkongsian ini. Pak Nik,bila waktunya telah sampai untuk anda meninggalkan dunia ini,anda tidak meninggalkan hasil perjuangan menegakkan  adat budaya atau bahasa yang didaulatkan,tapi kamu tinggalkan jalan agama yang menyuluh kami kepada al Deen sebagai kebahagiaan yang paling abadi.




10 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Makbonda

    Kebanyakan daripada kita sangat mementingkan adat, sebab itulah nak diikuti adat turun temurun. Biarpun kadang-kadang membazir tak nak juga difikirkan. Jikalah kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang membazir ini maknanya kita dah hidupkan satu sunah, jika diikut berterusan oleh orang lain alangkah beruntungnya kita kan.

    Pernah juga dapat buah tangan berupa ayat-ayat manzil dan semalam menantu dapat surah yaasiin di samping bunga telur dan kerepek.

    BalasPadam
  2. Salam dear Makbonda. Berkat dahulu dengan sekarang sememangnya beza. Dahulu (tahun 60an) tidak ramai orang yang mengadakan majlis. Dan ketika itu tidak ramai yang mewah makan sedap-sedap setiap hari. Maka bila bapak bawak balik berkat kami makan sungguh2.Tidak ada yang membazir. Selalunya nasi 'ambang'. Ada ayam dan lain-lain yang saya dan anak-anak buah jarang sekali dapat makan seperti itu. MAKA BERKAT SEMEMANGNYA DITUNGGU. DAH LARUT MALAM PUN KAMI AKAN DIKEJUTKAN UNTUK TERUS MAKAN. TAK BOLEH SIMPAN ESUK SEBAB TIDAK ADA PETI ICE.

    Maka hari ini pandai-pandailah ajust dengan keadaan. Sekarang "Door Gift" dalam banyak majlis itu kan konsep berkat juga. Bukan ke?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum MakBonda..

    Masa tiny kecil, di kampung (Penang), setakat telur je yang kami bagi kpd tetamu. Terbiasa begitu. Masa sendiri kahwin, juga sekadar sebutir telur utk yang dewasa dan sekotak kecil gula2 utk kanak2. Dan nasi dan lauk pauk hanya utk sedara mara terdekat (itupon diaorg bungkus sendiri).

    Bila kenduri di sebelah suami, di Muar, Johor, BARU TAHU wujudnya "BERKAT" (yang siap ada Nasi Lauk pauk segala bagai) - utk SEMUA tetamu!. Yang mmg dh siap sedia dibungkus oleh penanggah!.

    Mula-mula terkejut jugak cara mcm tu.. sbb tak biasa. :(

    Tapi, idea meletakkan 'santapan' rohani itu sgt bermakna. Ada satu kenduri yg tiny hadiri, bukan shj ada BERKAT, ada BUNGA TELUR, dapat bungkusan yang ada kerepek, gula-gula, baulu, dan turut diselitkan juga Buku "Amalan Surah-Surah Pilihan" dalam setiap bungkusan kpd setiap tetamu. Mcm yang akak ckp, dua-dua dapat.. dapat makanan hakiki dan makanan rohani.. Alhamdulillah..

    (tapi, skrg, kebanyakkan 'door gift' utk majlis2, sudahlah pemilihan 'makanan' tak pasti 'halal' nya, malah, terdapat unsur2 PEMBAZIRAN yang amat sangat.. terlibat secara langsung dlm Majlis2 rasmi ni, buat tiny sedih sgt setiap kali 'urusan pembungkusan item2 door gift' tu dijalankan.. huhuhuhu).

    BalasPadam
  4. salam makbonda,
    Skrg ni, ada juga anak muda yg buat doorgift sendiri dgn kraf yg sesuai dgn jiwanya utk teman2 di hari prsandingan. Ada juga yg sprt kawan makbonda, mmberi buku siap dgn dedikasi utk pengantin. Orang tua lama pula, pasti ada maksud dr berkat tradisi itu.
    Yang mana sesuai dgn jiwa tuan rumah, teruskan saja...

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Kak Werdah,

    Itulah tugas makhluk yang dinamakan Syaitan,sentiasa menarik kepada naluri ke arahnya,sehingga pembaziran itu terasa amat nikmatnya.Dan pada generasi di bawah sepatutnya kita semaikan perbezaan antara adat dan ibadat.

    BalasPadam
  6. Salam kembali Puan Ngasobah.
    "Door Gift"Berkat yang di modenkan hi hi hi
    Tapi lebih cocok di majlis yang di dewan kut,tapi di kampung saya diletak di halaman rumah kadangkala terus diletakkan di meja makan.
    Nasi ambang masih dijalankan di Tanjung karang dan sebahagian di Sabak Bernam,dulu isinya serunding kelapa,ayam goreng,mee goreng dan sambal goreng,bila orang sudah memehami gizi makanan diadakan juga sayur campur.

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Tiny,
    Tu sebabnya kita ni diturunkan berlainan jantina dan kaum untuk saling kenal mengenal,lain kaum lain kebiasaanya,yang lebih bermunafaat kita jadikan amalan yang tidak kita tinggalkan.

    Samada doorgift ataupun berkat pastikan ianya bermunafaat bukan pembaziran yang lebih kepada kepuasan nafsu duniawi.

    BalasPadam
  8. Salam kembali indah,
    orang-orang lama di sini berkonsep setiap tetamu bila datang kena ada sesuatu yang dibawa pulang untk anak-anak dirumah,itu sebab dinamakan "berkat kenduri".

    Walaupun ianya telah beransur-ansur bertukar pada yang lebih releven dengan keadaan semasa kena pastikan bentuknya tidaklah membawa kepada pembaziran dan kemudaratan pada kesihatan.

    BalasPadam
  9. Salam... entry yang baik untuk dikongsi..
    Kalau kami di Kedah..pun ada macam tu, cuma tidak dipanggil berkat...
    Selepas tetamu menjamu selera dan mahu beansur pulang, nasi dan satu jenis lauk akan diberi kepada tetamu untuk dibawa pulang (disediakan oleh Gedehok: orang yang bertugas menyediakan bungkusan makanan untuk tetamu pada hari kenduri) Selain itu tuan rumah perlu pula bagi buah tangan (bunga telur dan kuih-muih)...

    BalasPadam
  10. Salam kembali Nae,
    Terimakasih berkunjung.
    Oh begitu ye,Di sini istilah untuk jiran tetangga yang menolong di panggil gejobos atau rewang.Walau apa istilahpun fungsi tetap sama kan.

    BalasPadam

Catatan Popular