Bukan makbonda tidak mahu mengambil berat apa yang berlaku di pentas hadapan,tapi sebenarnya makbonda kabur mendengar perihal yang di perdebatkan dalam mesyuarat koperasi yang berlangsung.Walaubagaimanapun makbonda rasa makbonda lebih baik dari ahli lain yang mendaftar lalu lesap entah ke mana dan akan datang balik dipenghujung mesyuarat untuk menuntut klim kehadiran sebanya RM50 itu. Makbonda masih menghormati penganjur yang menyediakan 1800 buah kerusi mengikut bilangan ahli sedangkan yang mendaftar hadir 785 orang dan yang setia pada kerusi hanya beberapa orang ,mungkin yang betul-betul mahu mengikuti perkembangan koperasi,atau menunggu untuk tercalon sebagai anggota lembaga,atau lain-lain maksud yang tersirat seperti makbonda. Walaubagaimanapun makbonda tetap mengangkat tangan semasa mengundi,sebab undi makbonda adalah berharga untuk menentukan anggota yang di pilih yang benar-benar komitmen pada perjalan koprasi. Jadi silalah daftar mengundi untk menetukan negara mendapat kerodhoan Ilahi.
"Baca buku apa ni Makbonda " Sapa ahli di sebelah tempat duduk sambil terus merampasnya dari tangan "La buku budak-budak di bacanya " Wah! begitu mudah dia membuat konklusi dengan hanya melihat kulit dan bentuk fontnya.Nasib baik Makbonda hampir berusia emas,kalau tidak tentu Makbonda akan kata "Lu apa hal,suka hati gualah,bukan kacau lu" Tapi ini ayat orang muda,walaubagaimanapun Makbonda pernah muda,tak pernahlah suka dengar anak muda berayat seperti ini,sememangnya tidak sopan didengarpun.
Tetapi makbonda bukan mahu menekankan cerita koprasi ,yang makbonda mahu tekankan ialah buku budak-budak yang di sebutkan oleh ahli sebelah kerusi di atas.
Daripada mana makbonda mendapatkannya? makbonda memang selalu menekankan pada anak remajanya agar jangan memilih novel-novel cinta manusia yang mengarutkan dan tidak membataskan haram halal sehingga membangkitkan gairah dan beimagenasi yang bukan-bukan. Jadi dalam usaha membantu memilih untuknya,makbonda nampak diari ini,lalu tertarik dan mengesyorkan dalam senarai pilihan.Sebenarnya makbonda yang ternafsu untuk membacanya. Lalu termasuk dalam senarai. Sebelum dia menghabiskan yang lain,yang ini makbonda pegang dahulu. masa untuk mencernanya ialah semasa Mesyuarat koperasi berlangsung.
Sebenarnya tidak perlu membaca buku tersebut kerana pengarangnya telah melarang pembaca dari membaca yang dituliskan di kulit belakannya. tatapi beliau tidak melarang untuk membeli,sebab beliau perlu royalti untk membayar zakat dan berkebajikan lain.
Cerita mengenai Rayan,seorang pemegang ijazah yang masih belum punya kerja tetap lalu mengisi kehidupan dengan bekerja sebagai mat Despatch,jadi dia bukanlah penganggur . Tercari-cari tip bagaimana mahu memujuk emaknya.Tinggal serumah sewa dengan beberapa kawan yang berlainan latarbelakang sekali dan berjiran dengan seorang kontraktor yang punya 3 gadis.Selalu terperangkap dalam duania perasan atas setiap kehadiran wanita-wanita di sekelilingnya. Jirannya yang kotraktor memberinya pekerjaan sambilan sebagai pemandu untuk menghantar gadis-gadisnya mengaji Al Quran di rumah guru mengaji yang rupa-rupasnya bekas sorang jurutera minnyak yang gajinya 2500 dolar sebulan. Mengajar mengaji secara percuma, bernama Farok Hussein. Suatu hari dia dapat bersembang dengan guru ngaji tersebut sehinggalah sampai pada soalan "Anak muda,sekiranya kamu ada nasihat yang baik untuk saya,saya sedia menerima" Sebenarnya makbonda amat tertarik dengan isu ini. Tentu pelikkan. orang hebat begitu meminta dari seorang pemandu yang dia baru kenal,rupanya tabiatnya memang suka mendengar nasihat,jika beberapa lama tidak mendapat nasihat dia akan berasa lapar.
Wah makbonda terfikir,ada atau tidak dalam diri ini ciri-ciri insan yang seperti Farok Hussin? Lapar bila lama tidak mendengar nasihat.Berasa kenyang bila mendengar nasihat.Nasihat adalah makanan harian. Adakah wacana ini hanya ditujukan pada anak-anak muda?Sebenarnya tidak,ianya juga sangat tepat untuk yang seusia Makbonda dan seterusnya. Maka,mari kita jadikan nasihat dan Ilmu sebagai menu harian kita.Tidak kira ia datangnya dari anak,adik,anak murid,pekerja pembersih sekolah atau penjual ikan yang datang menaiki motor, penulis blog,pengomen,penulis buku.atau sesiapa sahaja
Jazakallah untuk penulisnya Baharuddin Bekri atas wacana itu.Dari sini makbonda cuba mengenali siapa Baharuddin Bekri ini sehingga Makbonda tergoda dengan siri-siri karyanya.
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara." (Al-Hujurat: 10)
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Jumaat, 24 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam. Saya suka perkongsian ini.'Jangan ingat kita tua kita tahu semua." saya kata pada diri sendiri. T. kasih.
BalasPadamAssalamualaikum MakBonda..
BalasPadamAndai sahaja Bonda seperti MakBonda dan Puan Ngasobahseliman masih ingin dinasihati.. masih ingin mendengar nasihat..
.. apatah lagi saya yang sangat naif, sangat mentah, sangat jahil dalam ilmu dunia malah jauh pula dengan batas ilmu akhirat.. sangat-sangatlah mohon meminta agar dinasihati segala tingkah, ditegur bicara yang salah, diperbetul tulisan yang bercanggah, diajari yang wajib dan yang sunnah.. agar ibu muda ini mampu membentuk anak-anaknya menjadi mujaheed dan mujaheedah Allah.. yang mampu meneruskan legasi Islam dilandasan yang diredhai Allah.. (sgt tinggi cita-cita tapi amat sedikitnya usaha kerana ilmu yang sangat terbatas!!.. huhuhuhu)...
Untuk Bonda berdua.. Sila beri tunjuk ajar.. Jangan putus meninta bait ayat.. kerana di situ, banyak saya perolehi maksud tersurat di sebalik makna tersirat.. yang sangat bermunafaat..
Saya mohon ehsan sesama insan.. kasih di antara ikhwan islam.. demi Allah, untuk Allah dan kerana mencari redha Allah..
Jazakillahu Khairan Khathira..
salam Makbonda
BalasPadamsaya pun ada buku ni. Tapi masih menunggu giliran untuk dibaca. Buku-buku bahruddin bekri yang lain-lain best juga :)
Waalaikumussalam Puan.
BalasPadamYa,Mari kita katakan begitu pada diri sendiri.Kita sering memandang sesuatu dari sudut kita,sebenarnya masing-masing punya sudut pandangan yang berlainan walaupun akhirnya hasilnya sama itu untuk menuj keredhoan Ilahi.
Waalaikumussalam Tiny,
BalasPadamSebenarnya blog kamu juga adalah salah satu wadah sumber nasihat juga.Bila Makbonda blogwalking,mana-mana yang sarat dengan makanan rohani,itulah yang akan makbonda ulangkunjung.Teruskan dengan idea-idea segar kamu.Jangan persiakan ilmu yang ada untuk dikongsi.
Salam kembali Habsah,
BalasPadamMemang best kan,pandai kamu memilih buku yang best yang ditulis oleh penulis yang best,penuh sulaman ilmu,pastinya penulisnya juga tinggi ilmunya.
Setakat ini ada 5 buah yang sudah beli tapi baru baca 2 buah.
Salam makbonda,
BalasPadamSaya sering lihat buku ini di pasaran. cuma tak sempat mmbelek saja. saya akan lihat nanti. satu testimoni yang bagus. :))
Tahniah... langsir baru ;)
Kapan nek ngecet omah baru iki mbak yu?
BalasPadamSalam kembali indah,
BalasPadamKalau begitu lepas ni terus beli.mudah-mudahan penulisnya lebih bermotivasi untuk menulis bagi mengongsikan ilmu kepada kita.
Itulah,bila tukar langsir baru,habis cangkuk dan pin langsir bertaburan dan ada yang hilang,jenuh jugalah silak sana-silak sini mencari.Nasib baik indah datang,jadi jumpalah cangkuk untuk blog indah. :))
CikLah,
BalasPadamNgecat omah kok kabihani ilang,yo panik no.Orong pande ndandani omah,iriwangi to? :))))
Karya-karya Tuan Bahruddin Bekri penuh erti. Saya memiliki Diari Mat Despatch pertama, watak utama di situ selalu tekankan satu perkara; jangan mudah untuk membuat prasangka buruk pada pandangan pertama!
BalasPadamBegitulah... :)
Nek iso, net keluorgo kito kae ojo di link yo! Enek wong sukak nyelongkar pasal aku sengko kono...wedi aku,huhuhu.
BalasPadamAssalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamKak belum pernah membaca hasil tulisan beliau..
Jika kita telusuri kisah ulama silam, atau kisah2 khalifah terdahulu mereka memang suka minta nasihat..
Semoga kita juga suka diperingatkan dengan mendengar nasihat.. kadang-kadang bila blogwalking ramai di kalangan anak muda yang pengisian mereka hebat dalam memberi nasihat. Patut disyukuri.
Salam Jamal Ali,
BalasPadamMakbonda setuju kata kamu,Kagum pada Allah SWT yang mengahugerahkan krieaviti yang begitu istimewa,semoga beliau terus menggunakannya untuk kebaikan ummah.
CkLah,
BalasPadamWes tak guang,ngopo to arek nyelongkar mbarang,arek di kapakke,bukane ndue reto pun. :))
Tadi ke Teluk senagin,ambik jala yang tertinggal,singgah Lekir,akak tanya "berbaloike jauh-jauh cuma ambik jala".Dia kata "woi jala mahal woi,hampir 200,minyak tak sampai 30":)))
Waalaikumussalam Kak Werdah.
BalasPadamDua orang anak yang dibawahbila emak dia membebel akan berkata "Alah,mak janganlah cakap kuat-kuat,orang dengar,malu" Itupun kira nasihatkan agar emaknya jangan membebel di hadapan khalayak.:)
Betul Kak Werdah,saya cukup kagum dengan anugerah Allah pada mereka,bagaimana seusia mereka boleh melahirkan ilham yang begitu hebat.Sangat beruntung ibubapa mereka melahirkan.Semoga kita mendapat munafaat dan iktibar dari mereka.