DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 18 Jun 2011

Cerita bulan Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sedang buat apa tu Laila?.”

Sedang goreng ikanlah Mak Odah.”

“Kamu puasa ? ,rajin kamu puasa. Laila aku hendak cerita sikit,semalam Nek Limah datang,cerita punya cerita,dia susah hati,dia tak pernah nampak menantunya bayar hutang puasa.”

“Eh takkanlah Mak Odah,dia tak perasan kot.”

Itulah aku cakap begitu,tapi dia kata memang tidak pernah,Nek Limah selalu puasa sunat tapi menantunya tidak pernah ikut buka,kalau puasa mesti dia buka puasa sama-sama.”

“Dia tidak pernah ada hutang puasa mungkin?.”

“Mananya,kalau masa tak puasa bulan Ramadhan tu dia selamba je makan,tapi tak pernah bayar. Dah lama dia perasan,tapi baru-baru ni masa mengaji  ada ustazah cakap,kena bayar hutang puasa kalau tak kena dabel-dabel bayar,tu yang bila balik dia susah hati. Macamana aku nak tolong dia ni,dah terlanjur dia cakap pada aku.”

“Berat sebenarnya Mak Odah. Dia tak berani tegur ke?.”

“Dia takut nak tegur,nanti merajuk,pindah rumah,dah Nek Limah tak ada kawan kat rumah.”

“Dia kena bagi tahu anak lelakinya,sebab itu tanggung jawab suami pada isteri,suami kena didik isteri. Sebenarnya Nek Limah jangan takut menantunya merajuk,menantu sama dengan anak juga,sebab itu kebenaran. Saya cadang macamni,masa Nek Limah nak puasa,malam tu bagi tahu menantunya yang dia nak syahur,pelawa dia syahur sama,pelawa juga puasa sama,sambil tu tak langsung tanya dia “Kamu dah habis bayar hutang ke belum,jom lah mak kawankan puasa. Cuba dulu, InsyaAllah,tuhan akan tolong.Biar kita tidak ada kawan di dunia,tapi jangan miskin kawan di akhirat”

“Betullah Laila nanti aku bagi tahu Nek Limah.”

“Tulah Mak Odah,bila anaka kita kena lamar,janganlah pandang berapa wang hantarannya saje,tapi tanyalah,mampu  ke dia selamatkan anak perempuan kita di dunia dan di akhirat.
Dan kalau anak lelaki kita sudah minta untuk melamar,janganlah sekadar tanya " cukupke duit kamu nak bela anak orang”  tanyalah juga  “cukup ke ilmu kamu nak jaga orang ni,nak sematkan dia di dunia dan akhirat.”

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya (orang yang sakit berat, yang tersangat tua, hamil atau menyusui), wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (memberi makan kepada lebih seorang dari orang miskin untuk satu hari), maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 183-184).

9 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Makbonda

    Benarlah nasihat seperti tu, mudah2an selepas ni menantu mak Odah menyedari apa silapnya.. insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Kak Werdah,

    Pembetulan,Menantu Nek Limah,Mak Odah hanya penyampai. :)

    Sebanarnya Nek Limah tidak perlu takut,bukankah itu juga tanggungjawabnya setelah menantunya itu menjadi sebahagian keluarganya.Sebagaimana firman yang bermaksud.

    "Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat." (QS As Syu'ara' : 214)

    BalasPadam
  3. Salam makbonda,
    Betapa susahnya, kerana kita trbiasa jadi macam orglain. Yg takut ditegur, takut menegur. Susahnya brterus-terang dlm cara menyayangi.

    Saya harap menjadi ibu yg begitu. Yang tau pasti anak menantu mendengar kata utk berubah. Kerana semua anak mahu disayangi.

    BalasPadam
  4. Salam kembali indah.

    Suami makbonda selalu mengingatkan "Biar anak menangis sekarang jangan kita menangis dikemudian hari"
    Sebab Makbonda pun ada juga ketakutan-ketakutan seperti itu.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Mak Bonda,

    Saya nak minta izin nak pinjam salah satu perenggan nak letak kat wall facebook Amir boleh?

    "Dan kalau anak lelaki kita sudah minta untuk melamar,janganlah sekadar tanya " cukupke duit kamu nak bela anak orang” tanyalah juga “cukup ke ilmu kamu nak jaga orang ni,nak sematkan dia di dunia dan akhirat.”

    Quote nie rasenyer mmg sesuai sangat org2 yg mcm saya nie Mak Bonda.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam amirhisham,

    Bersuara juga kamu ye? :)

    Ok silalah pinjam jika ianya bermunafaat,tapi ada sedikit pembetulan "nak sematkan dia didunia dan akhirat" kepada "nak selamatkan dia di dunia dan akhirat"

    Sebenarnya memang itulah fobia makbonda nak terima lamaran,terlalu banyak sangat kejadian suami tidak dapat menyelamatkan isteri didunia dan akhirat walau setinggi mana pangkat dan harta.

    Contohnya sesaorang gadis yang di tanya "Mengapa kamu pilih dia?"

    "Dia romantik,memahami,sporting,hansome,melayan saya dengan baik,cerah masa depan"

    Anak lelaki pula

    "Dia cantik,lembut,keibuan,senyumannya menggoda,kaya dsb"

    Adakah itu jaminan?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Mak Bonda..

    Alhamdulillah.. entry ini buat saya menangis!..
    SUNGGUH!.

    .... Kerana adik saya 'bersuara' di sini..
    Dia adalah org yg paling bnyk 'emas' di mulutnya.. (susah hendak dengar dia bersuara!! hanya DIAM, SENYUM dan ANGGUK sahaja.. that's the SPECIAL OF HIM, sehingga dipanggil "ABANG SENYUM" oleh sepupu-sepupunya.. rasanya dialah (diikuti kakak sulung), yang paling 'kurang' dosa melawan 'cakap' mak ayah.. kerana dia SANGAAAT JARANG 'bersuara' meski jua menyuarakan pandangan.. "SAYA YANG MENURUT PERINTAH, itulah dia - Amir Hisham..)..

    .. dan kerana dia yg begitulah.. saya AMAT MEMILIH utk MENERIMA CALON-CALON ADIK IPAR YG DITAWARKAN utk dijodohkan kepadanya!! (sehingga dikatakan 'kakaknya inilah - punca adiknya lewat kahwin'..).. Saya redha dgn kutukan org.. asal adik saya bertemu jodoh dgn PEREMPUAN.. BUKAN BETINA!!!.. Wallahu 'alam..

    I am speechless to see the note on his FB.. and quickly come here.. (ya, minggu ni sgt sibuk dgn urusan event pejabat serta exam fardhu ain.. masa utk blogwalk terpaksa dihentikan seketika..)

    Jazakillahu Khiran Khathira atas komen balas makbonda utk dia.. sangat terkesan kepadanya.. Subhanallah.. really touch my emotional feelings.. huhuhuhu...

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam Tiny,

    Oh begitu sadis ceritanya,

    Katakan padanya dalam berumah tangga ada lagi satu hubungan istimewa iaitu saling melengkapi.Manusia mana yang perfect? mesti ada kekurangannya,jadi kelebihan yang ada pada masing masing pasangan akan saling menambahlengkapkan kekurangan.Jika telah ada calon menampakkan ciri-ciri ini silalah memulakan langkah,kerana ianya adalah ibadah.

    Dan kamu juga janganlah ketat sangat meletak piawai :))

    Apa-apapun sebenarnya jalannya telah diatur oleh Allah SWT.Tugas kita hanya meminta.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Makbonda

    Sekali bertandang.. o begitu.. jika uji kefahaman kira kena potong markahlah kiranya kan...

    BalasPadam

Catatan Popular