DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 4 Jun 2011

Roda-roda yang hidup 2

Dia ialah kawan sepermainan Makbonda,namanya Pijah. Setahun lebih muda.Kami sama-sama bermain di perdu pokok rambai,ditepi busut mengutip cendawan,menangkap ikan lawan,dan bermain pondok-pondok di kebun ubi. Kami gunakan tangkai daun ubi untuk dibuat rantai dan gelang,bila lapar petik kacang panjang emak di ratah begitu sahaja tentu sekali tidak perlu di basuh sebab dijamin suci dari racun serangga.

Dia telah dikahwinkan semasa Makbonda tingkatan 4,sebab dia tidak bersekolah. Kasihan kata hati kecil makbonda,disaat kami masih bergembira menikmati alam remaja tapi dia telah punya tanggungjawab yang besar,tapi Emak di sangat bersyukur kerana anak perempuannya telah selamat dijaga oleh seorang suami. Lepas itu kami tidak pernah bertemu,dia talah mengikut suaminya ke kampung lain,sehinggalah Makbonda mengajar dan berpindah ke sekolah yang ketiga.Rupa-rupanyanya Pijah tinggal di kampong tersebut. Anak  sulungnya nya 10tahun,kedua 8 tahun ketiga 6tahun sedangkan anak makbonda baru 2 tahun. Sebaya dengan anak ke empatnya.Makbonda mengajar anak-anaknya. Kami akan bertemu bila mesyuarat PIBG,sukan sekolah atau hari penyampaian hadiah,dan anak-anaknya adalah antara yang tersenarai penerima hadiah. Sering dia malu-malu bila terserampak dengan Makonda,tapi sejak Makbonda buat mesra sahaja dan sering  perkenalkan pada kawan-kawan yang dia adalah teman sepermainan semasa kecil dulu,dia sudah tidak malu-malu lagi dan sering berbincang tentang perkembangan anak-anaknya. Tentu sekali makbonda buat anak-anak nya seperti anak sendiri.

 Pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah selalu Makbonda nampak dia sedang memetik pucuk ubi di tepi jalan atau meredah parit memetik kangkong atau mengait daun dan jantung pisang untuk di hantar pada peraih pasar tani.Kadang dia akan menyembunyikan diri di sebalik batang pisang jika dia perasan akan kereta Makbonda.Begitulah dia membuat apa sahaja kerja demi membantu suami yang bertugas sebagai jaga untuk menyara anak-anak.

Hari demi hari masa berlalu,anak-anak membesar,sekarang  4 dari anaknya telah melepasi IPT dan bekerja,3 orang telah berumah tangga,, seorang masih di IPT dan 2 orang bersekolah menengah. Sekarang dia sudah tidak berpagi-pagi meredah embun memetik sayur,rumahnya pun telah bertukar beransur-ansur menjadi rumah batu. Dia sudah berkereta. Sudah menjadi nenek. Sudah tidak ada bezanya dengan Makbonda malah  statusnya lebih tinggi. Dia telah berpeluang melihat kejayaan anak-anak,  berpendidikan tinggi dan berakhlak Islam,walaupun telah berkerjaya dan berumah tangga,anak-anaknya tetap mencium tangan apabila bertemu Makbonda. Pada setiap menjelang hariraya merekalah antara tetamu tetap yang berkunjung. . Cabaran Pijah dan suaminya mendidik anak-anak mungkin kurang kerana tengok pada akhlak anak-anaknya amat sempurna.

Itulah hidup seperti roda,Kalau dulu hati kecil makbonda selalu kasihan dengan nasibnya,tapi kini Makbonda telah mengkaguminya. Tiada beza antara kami di mata Allah SWT.Kecuali iman dan taqwa serta amalan. Dia isteri,ibu suri rumah,cukup jika dia solat lima waktu,puasa,menjaga amanah suami…telah terjajnji syorga untuknya,berbanding dengan makbonda yang masih bergelumang dengan duniawi,masih mudah terpengaruh dengan katalog-katalog yang diedarkan dikalangan rakan sekerja,masih begelumang dangan gosif dan fitnah.Setinggi mana pendidikan,kejayaan,kekayaan seaorang hanya iman,taqwa dan amalan soleh yang Allah nilai.

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi      orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
- Surah al-An’am: ayat 32



: "Dan 
sekiranya penduduk negeri-negeri itu ber"iman" dan ber"taqwa", pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) maka Kami siksa mereka disebabkan apa yang mereka usahakan."



Surat Al-A'raaf Ayat 96


10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam makbonda,
    Benar kata makbonda. dia sebenarnya beruntung dlm kita melihatnya susah.
    cabaran bg setiap insan itu lain. dia brjihad di medannya. makbonda brjihad mndidik anak-anaknya.
    ada yg dia korbankan, ada juga yg dia dapat. mgkin sbb dia redha ats kehidupannya, maka Allah tambahkan lagi nikmat padanya. subhanallah.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum MakBonda..

    Ya kan.. nasib seseorang tak mampu dibaca dan ditafsir oleh tangan manusia.. hari ini tidak tentunya kekal seperti semalam dan esok pasti berubah dengan masa depan.. Allahu..

    Kehendak dan izin Allah membolehkan segalanya berlaku seperti atau tanpa yang dirancang oleh akal dan nafsu manusia..

    Bonda MakBonda umpamanya.. dalam berat, dalam payah.. selesai sudah tugasannya mendidik anak yang 10 utk menjadi insan dan umat.. sudah tegak berdiri anak-anaknya menjadi isteri dan suami, maka tanggungjawab tergantung di bahu sendiri..

    ..sebagai Ibu, usai sudah kewajipannya.. Alhamdulillah.. (bahagianyaaaaaaa...)

    Masa yg berharga ini sgt wajar dimanfaatkan bersama.. mengutip ilmu dan ganjaran pahala sedapat mungkin.. (owh.. betapa tiny sgt teringin mengutip mutiara ilmu daripada si Ibu yang memiliki sehektar "kebunan kasturi" itu.. Subhanallah..)..

    Maha Suci Allah.. sesungguhnya Dia penentu segala qada' dan qadar.. Semoga sentiasa dalam perhatian dan lindungan-Nya.. dan semoga diizinkan mendapat kesudahan yang baik dunia dan akhirat.. ameen.

    Iman dan takwaku.. di mana kalian??!!.. :(

    MakBonda.. mohon nasihatkan budak mentah ini.. yg sering tersasar iman dan insan!. huhuhuhu...

    <3
    .

    BalasPadam
  4. semoga kita tidak menjadi golongan yg rugi. kita menyangka amalan kita akan menjamin syurga, tetapi sebaliknya pula yg berlaku

    BalasPadam
  5. Salam kembali indah,

    Ya,setiap manusia punya tugas dan bahagian masing-masing. Di uji mengikut kemampuan masing-masing.Terpulang bagaimana cara kita melihat anugerah tersebut. Yang penting ialah darjah keimanan dan ketaqwaan kita. Wallahuaalam.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Tiny,

    Bila MakBonda tanya emak "Mak,mak rasa tugas Maka sebagai Ibu dah selesai ke belum?"
    Emak jawawab "Belum,selagi hayat masih ada,masih belum dikatakan selesai. Kejayaan pelajaran,kerjaya belum kejayaan hakiki,Masih bimbang tengok cara anak-anak mendidik cucu mak pula,ada yang telah melegakan dan ada yang masih membimbangkan"

    Itulah Tiny,Iman dan taqwa taklah semudah menyebutnya.

    Semoga kita sentiasa diberi lorong untuk sentiasa mengupgredkannya.

    BalasPadam
  7. Betul SautulMujahid.
    Sentiasalah kita berdoa agar tidak tergolong dalam orangyang yang kerugian.Allah SWT talahpun mengingatkan kita dengan turunnya Surah Al Asr.

    BalasPadam
  8. MakBonda > terharu mendengar ayat seorang Umul Mukminin.. Allahu..

    Benarlah sabda Rasulullah.. menuntut ilmu itu bermula dari dalam buaian sehingga ke liang lahat.. selagi ada hayat, selagi itulah ada tanggungjawab dan selagi itulah ada amanat yang tergalas..

    Berazam utk sentiasa perbaiki diri, ilmu, iman dan takwa.. semoga Allah izinkan.. semoga Allah permudahkan.. semoga Allah perkenankan.. Ameen.

    Tolong tegur dan nasihatkan diri budak kecil ini ya makbonda.. dengan ilmu, dengan amal, dengan doa.. Jazakillahu Khairan Kathira..

    :)

    <3

    BalasPadam
  9. assalamu'alaikum makbonda. menarik. suka baca! perjalanan saya masih panjang. harap sangat semua diredhaiNYA :) dan menjadi lebih baik untuk hari mendatang.

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam erniemusliana.

    Suka ye,doakan Makbonda diberi kekuatan ye!Ya perjalanankamu masih jauh,sentiasalah berwaspada pada gaung dan lurah,jangan lena dengan kelunakan angin yang menghembus.

    BalasPadam

Catatan Popular