DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

KAMI (IV)



Bila ketika dia berDhuha,Makbonda keluar dari bilik itu lalu membuat kerja-kerja di ruangan luar.Antara dengar dengan tidak kedengaran rintihannya ketika berdoa,diselangi dengan esakan.Walau apapun betapalah nikmat doanya,semestinya sangat hampir dengan Khaliqnya.


Bila dia keluar sambil membantu Makbonda mengecop nombor perolehan buku-buku baru.

"Alhamdulillah,Macamana dah ok sekarang?"

"Alhamdulillah,atas sokongan kamu saya sudah beransur-ansur tegak sekarang,saya sudah tidak beremosi bila bersamanya.baru-baru ni saya bercakap dengannya,tanpa tangisan tanpa rayuan tapi atas dasar ingin mengingatkannya.Niat saya bukan kerana nafsu tapi kerana aqal,saya mahu selamatkan dia,sudah beberapa lama dia tidak menunaikan nafkah batinnya,saya takut kaki dia sebelah di neraka,saya masih isterinya,dan mahu tuntut hak saya,tapi dituduhnya saya gila seks,dan dia tidak boleh bersama saya lagi,dia sentiasa membuat alasan untuk melarikan diri dari bersama dirumah bila tiba giliran saya."

 "Riaksi dia?"

"Dia diam,langsung tak bersuara,cuma matanya liar bercaha-cahaya.Dan meninggalkan saya dengan herdikan.Sebenarnya kehidupan kami berputar 360 darjah. Dulu dia seorang yang tidak pernah meninggikan suara.Kami bukan jenis yang bertengkar melenting-lenting. Setiap malam sebelum tidur kami mesti saling bermaafan,takut mati semasa tidur,dan tangan kami erat berpegangan sehingga kehujung lena. Sekarang dia suka mengherdik,bila saya memulakan kemaafan,dia kata bosanlah. Dia akan tidur menyembunyikan tangannya........Mengikut pandangan Makbonda bagaimana?"



"Pendapat dari pihak dia atau kamu?"

"Pada sayalah . Betulkah apa yang saya buat .Bila sayameminta pandangan daripada abang kandung saya,atas dasar dia lelaki,terus dia ajak saya ke pejabat ugama buka fail,tapi bukan itu yang saya mahu.Saya masih mahu pertahankan rumah kami,saya masih perlukan dia,masih bergantung padanya. Saya tak tahu macamana hidup tanpa dia.

(Bagaimana boleh saya memberi pendapat sedangkan saya kosong dalam pengalaman itu,saya juga tidak mengamalkan apa yang diamalkannya.Sebaliknya saya pula yang berguru dengan kesahnya is is is....)

Kebetulan di tangan saya ada buku  yang berilustrasi seorang sedang lemas di arus yag deras,Semamangnya Allah SWT membiuskan ilham kepada saya secara tiba-tiba. Maha suci Allah.

"Di hadapan saya ada arus yang sangat deras,saya insan yang tidak ada kemahiran berenang,tidak pernah belajar sebarang kuakpun,yang tahu hanya berenang guna pelampung atau dua biji kelapa yang disambung. Bila kamu terkapai-kepai minta tolong, saya tak boleh hentikan arus deras tersebut,yang saya boleh capai tangan kamu dengan kudrat dan ilmu yan ada, dan  tarik kamu ketepi."

"Tinggi makna tu!"


"Maknanya , saya tak boleh buat apa-apa pada dia,itu adalah kerja Allah SWT,yang saya boleh  hanya tarik diri kamu. Kita tidak boleh ubah araus air,yang kita boleh,ikut alirannya dan cuba sedaya upaya menuju ketepian. Setelah kita minta pertolongan dari Allah,sekarang kita kena terima hakikat. Manusia adalah lemah jangan berbuat pergantungan padanya,kuatkan keyakinan bergantunglah pada allahWT. Dia akan menolong,Dia juga menjanjikan ganjaran yang berlipatganda nilanya.Tidak semua yang kita mahu itu adalah pilihan Allah.Bersedia saja menerima pilihanNYA."

"Kamu telah diuji dengan zun selesa diawal perkahwinan.Cuba toleh di sekeliling kita,tidak payah jauh-jauh di kalangan kawan-kawan kita,betapa raminya kawan kita yang diuji diawal perkahwinannya,samada dengan ekonomi ,kasih sayang,layanan dan berbagai-bagai kesah lagi. Cuba letakan diri kita di tempat mereka,suami dahlah tak kerja,malas pulak,tau-tau minta duit,ada suami yang kontrol duit isteri,apa yang kita nak beli kena persetujuannya,ada suami yang gila fB gila chat gila game,gila pancing dengan mengabaikan sama sekali tanggungjawab tapi menuntut pula hak dia. Ada suami yang membebankan isteri dengan hutang,gaji isteri dipotong tiap-tap bulan kerana membayar kereta mewah suami..Ada yang suami bukan pilihan,dah lah tak kacak, romantik pun tidak,sampai tua asyik mengungkit tak  pernah mendapat kebahagiaan. Kita tidak pernah berada disitu,hidup kamu sentiasa berada di zon selesa,jadi apalah kiranya Allah tarik sedikit zon selesa kita,jadi kena beprasangka baiklah dengan Allah."

"Ya ya, maknanya saya masih kurang yakin kurang sabar,memang banyak lemahnya saya,Mesti Allah marah pada saya.Memanglah saya seawal perkahwinan telah dapat membina rumah batu dikampung,suami pun baik,memang saya sangat kurang bersykukur"

"Memanglah sabar itu tidak semudah mengeja es eh bi eh ar atau shat ba ro. Yakin itu tidak semudah mengeja wai eh keh ai en atau ya kqaf ya nun. Kena bermujahadah menghayati apa itu sabar dan apa itu yakin."

"Maknanya saya ni masih tamaklah ya?"

"Bila kita menyedari kelemahan kita,ada harapan kita akan menuju kekuatan kemakam yanglebih  tinggi."


"Makbonda,kamu jangan jemu jadi sandaran saya ye,maaflah kadang saya membebankan fikiran,mendengar kesah rumah tangga saya,tapi bila mendapat sokongan begini saya jadi kuat."

"Sebenarnya saya yang terimakasih kat kamu,tahu tak betapa bayaknya ilmu yang saya dapat,Bila dua jiwa bertemu dan saling mendapat munafaat,petanda pertemuan kita mendapat kerahmatan.Maha suci Allah yang mempertemukan kita,semoga kita saling bertukar syafaat di sana nanti."

Mereka yang menerima ujian terbahagi kepada tiga golongan :
1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.
2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.
3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    MakBonda.. jangan pernah jemu bercerita tentang KAMI.. sebagai peringatan ibu muda ini yg masih hijau dlm menempuh bahtera perkahwinan yg arusnya tidak mampu dibaca..

    utk KAMI.. izinkan rantaian-rantiaian kisah dijadikan pedoman dan panduan utk kami yang masih baru dengan gelaran isteri ini!..

    Banyak iktibar dan ilmu yang saya kutip, saya kumpul dan saya semat dalam jiwa.. sebagai peringatan... sebagai panduan.. sebagai pedoman.. TERIMA KASIH...

    Semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua.. Ameen...

    BalasPadam
  2. Walailukumussalam Tiny

    "Menempuh bahtera,arusnya tidak mampu di baca"
    Yang mampu kita sentiasa bersedia memegang kemudi,belajar mengenal arus dan mengemudi kapal mengikut arah arus.

    Bila sesuatu berlaku di depan mata kita,bergantung kepada cara bagaimana kita memandang.Sekecil-kecil perkara yang seperti dipandang remeh adakalanya menjadi sebesar munafaat kepada kita.

    Tiny,terimakasih dengan sokongan,semoga kita saling memberi munafaat.

    BalasPadam
  3. There is no one single behavioral formula to achieve "happiness". Many of us go through trial and error. There is no one single 'guru' or 'si fu' on this matter. What is the 'right' thing for one person may be 'wrong' for another. We are all vulnerable, one way or the other. So the best thing is to do is try to understand fully what is said in the Quran and the hadiths about love and marriage, go through life with an open heart and mind and leave the rest to Allah. Du'a always. May Allah protect us, our husband and our children. Only He knows what is best for us.
    Bear with me Makbonda. This is not a perfect comment. We all live in glass houses, and therefore we should not throw stones. Salam.

    BalasPadam
  4. Sangat betul.Semuanya telah disenaraikan dalam Al Quran dan Hadith,bukan setakat ilmu perkkahwinan sahaja malah seluruh kehidupan,tapi amat sukar untuk membina keyakinan kecuali kita berusaha mencarinya.

    Puan,Saya sangat suka ini
    "We all live in glass houses, and therefore we should not throw stones"

    BalasPadam

Catatan Popular