DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 2 Mei 2011

Taaziah dan Tahniah untuk seorang ibu.

Sabtu lepas usai program motivasi UPSR di sekolah,Makbonda dan suami membelah lebuhraya Utara Selatan bersama anak-anak yang masih ada di rumah,menziarahi sepupu Makbonda di Felda Tenang. Nama panggilannya Ucuk,dia ialah kakitangan Felda. Kami jarang berjumpa tapi hubungan kami rapat  mungkin sebab kami seusia dan punya ciri-ciri persamaan dalam banyak perkara. Bapa dia Paklong kami telah meninggal dunia,dan bapa saya pak Ngah dia. Dia berkahwin lebih dulu dari Makbonda,jadi melahirkan anak lebih awal. Anak keduanya sebaya anak Makbonda tetapi lepas itu dia berhenti dari bersalin,sedangkan Makonda terus melahirkan sehingga anak keenam,barulah dia melahirkan satu lagi. Jumlah anak dia 3 berbanding Makbonda 6. Semasa anak sulungnya berusia 10 tahun dia telah diuji. Allah SWT telah mengambil anaknya kembali ke Rohmatullah berpunca dar sakit perut secara tiba-tiba.Anak keduanya lelaki,melompat kelas semas ujian PTS. Punya hati yang terang sehinggakan melayakan untuk diterima di Sekolah Darul Quran di Kubu Kubu Baru. Bercita-cita mau menjadi ulama’. Setelah tamat berpeluang melanjutkan ke sebuah Universiti di Madinah. Ucuk yang disayangi dan di rahmati Allah telah diuji sekali lagi. Cerita mengenai kisah kisah ujian beliau ada tersiar di sini, di sini dan di sini. Allahyarham juga mempunyai faecbok,jika beliau bukan seorang yang baik tidak mungkin begitu bayak komen yang tersiar di fbnya yang menyatakan tentang kesedihan dan rasa kehilangan,contohnya disini. Begitu juga dengan nota-nota yang sepupu-sepupu,bapa saudara dan juga rakan-rakan face book nya .

Setelah mendapat tahu kejadian Ucuk suami dan anak yang 11 tahun usianya terus membuat visa untuk terbang ke Bumi yang di Rahmati Allah itu.Subhanallah ,segala urusan di sana mat mudah sekali,pihak universiti amat memberi layanan begitu baik dengan segala perbelanjaan  selama 10 hari ditanggung oleh mereka. Selain dari ucapan taaziah,dia juga mendapat ucapan tahniah.Begitu lah rahmatnya kematian seorang Hufaz,di tanah cuci Allah pula,jenazahnya bersemadi di tanah Baqi’ bersama-sama para keluarga dan sahabat-sahabt Nabi SAW serta para shuhada'. Malaikat dan manusia mendoakannya. Makonda tidaklah begitu sering bertemu dengan Allhayarham,sebab semamangnya kami jarang berjumpa tapi ikatan darah mendekatkan jiwa kami.Rahmatnya tempias kepada kami.Banyak sangat yang kami dapati dari peristiwa ini.

Sangat berbaloi Makbonda meluangkan masa mengunjungi Ucuk dan adik beradiknya yang telah kematian kedua ibubapa mereka dan kami mememang sudah lama tidak berjumpa,hanya sering berhubung di fb masing-masing.,disamping itu juga menguatkan ukhuawah,merapatkan hubungan anak-anak dengan saudara mara 3 pupu mereka.

Al Fatehan untuk Mohmd Iszudin bin Nordin.

11 ulasan:

  1. Al Fatihah untuk aruah tahfiz muda itu...

    BalasPadam
  2. Salam makbonda,
    Takziah buat ibubapanya. Sayang, pemergiannya awal. Moga ibubapanya tabah. Sudah ada bekal anak yg soleh menunggu ibubapanya di syurga kelak yg mampu hulurkan tangan. Takziah.

    Ada ucapan hari ibu di entry bila tiba ke setengah abad. :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum semua,
    Innalillahi wainna ilaihirojiun untuk arwah. Tertumpah air mata ini mungkin mengenangkan diri saya sendiri dan anak2.

    BalasPadam
  4. Salam kembali indah.

    Sememang ibubapanya sangat betuah. Terimakasih untuk ucapan itu. Selamat uga untuk kamu. :)

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Nisha.

    Hati semakin berdebar,kita semua menuju ke arah itu,entah bagaimana keadaan ketika itu,hanya Allah yang Maha Tahu.Semoga kamu terus mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan akan datang.

    BalasPadam
  6. CkLah,

    Mudah-mudahan rahmat yang mereka terima tempias kepada kita kan?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum MakBonda..

    Ya.. ucapan takziah utk ibu itu kerana kehilangan permata jiwa dunianya..
    Dan sekalung tahniah utk jiwa yang telah pergi itu kerana bersemadi seperti yang dihajatinya, di tanah kuburan para anbiya dan syuhada.. didoakan sekalian manusia dan para malaikat.. yang melebihi jumlah minima utk solat jenazah biasa.. subhanallah..

    Tahniah juga utk si ibu.. dua anaknya menanti penuh rindu di syurga Allah yang abadi..



    - meski tiada langsung pertalian darah dgn mereka di dlm kisah ini.. tetapi sebagai insan dan hamba Allah.. ada satu aliran rasa yg sgt menusuk dalam.. ke dalam salur jantung dan pembuluh darah.. menitis manik halus.. mengagumi keesaan Illahi.. (sambil bertanya diri.. APA KESUDAHAN AKU NANTI???).Allahu Akhbar..-


    .

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah untuk arwah..
    juga untuk kita semua..

    Al-Fatihah..

    Ameen.

    BalasPadam
  9. Waalaikumussalam Tiny.

    Tingginya makam dia kan? Bila ujian sudah menjadi nikmat.Jiwanya yang tenang penuh keredhoan.Keyakinan yang tinggi pada ketentuan Ilahi.Insyaallah,terlepas dari mizan.

    Kita?Astaghfirullahaladhim.

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum Makbonda

    Ucapan takziah dan tahniah juga daripada kak werdah kepada keluarganya.. insyaAllah ada hikmah di sana. Kembali kepadaNya di bumi yang mulia. Semoga tabah dan redha dengan ketentuanNya.

    BalasPadam
  11. Waalaikumussalam Werdah.

    InsyaAllah Werdah.Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. jika redho menjadi pakaian kita,sentiasa ada jalan keluar dari kedukaan.

    BalasPadam

Catatan Popular