DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

Bila tiba ke setengah abad.

Assalamualaikum,Mak apa khabar?

Mesti Emak sedang menemani bapak menikmati hidangan malam, secawan kopi radix,atau secawan Umar&Umairah atau Hi Goat suam dengan biskut  telur penyu atau cream crackers atau apa-apa sahaja stok  yang ada.

Emak entah mengapa walaupun baru tadi kita berjumpa, malam ni kakak masih mahu bercakap lagi ,rasa tidak puas bersama. Terlalu banyak lagi perkara yang mahu  kongsikan, tapi belum kecukupan waktu. Tadi masa kakak sampai Emak tengah mencuci akurium ikan puyu bapak,adakalanya Emak sedang sebok di kawasan reban ayam,atau sedang mengulit pepokok bebunga serta sayuran di laman. Dan perkara yang kakak kagum adakalanya sedang  terbongkok-bongkok di perdu kelapa sawit, mengutip  buah kelapa sawit yang gugur. Emak kumpulklan dalam karung. Bila sudah penuh Mak panggil Amat anak Pak Wahab atau sesiapa yang lalu, tolong angkat dan jualkan. Hasil jualan Emak bagi upah kat dia dan bakinya itulah Emak jadikan amal jariah bekalan ke alam sana.

Emak,ingat tak 50 tahun yang lalau,ketika itu 17 usia Emak,anak -anak sekarang  seusia itu sangat mentah. Adakalanya baju dalam sendiri pun perlu ibu yang leterkan. Tapi ketika itu Emak telah melahirkan kakak. Dalam suasana kepayahan di tanah belukar yang baru dibuka,dengan pengalaman dan pengetahuan yang sifar mengenai ilmu rumah tangga,Emak telah memikul tanggungjawab yang besar,menjadi tunjang dan sumber kekuatan pada bapak,menyediakan tapak kehidupan pada kami.. Ketika itu masih kekok lagi mahu memegang bayi.Embah pula tidak dapat menjaga Emak sebab ketika itu 2 orang lagi sepupu kakak lahir. Tapi Emak tidak merungut,tidak menulis dimana-mana kertas atau papankekunci pun untuk meluahkan.sebab hati Emak sudah jitu,itulah tanggungjawab isteri yang embah pesan pada Emak,pesanan tanpa bertulis hanya lata-kata,tiada majalah pa &ma atau gougle mana-mana alamt untk menjadi panduan dan rujukan,hanya kata-kata lisan dari Embah.

Emak satu perkara kakak nak cerita kat Emak,waktu kakak 15tahun,waktu kakak sedang menyisir rambut yang panjang,di rumah embah,embah tenung kakak sambil tersenyum ,kakak bertanya kenapa Embah pandang kakak begitu.

Embah kata "Masa kamu lahir,mula-mula Embah datang,Emak kamu kata "Emak anak saya yang kedua ni macam tanah"  "Huis,tak baik." Embah jawab "Asalkan cukup sifat,kena syukur  walaumacaman rupa anaknya. Ni dapat perempuan,dulu lelaki,hmm syukur sangat,ada orang yang tak dapat anak langsung." yalah Mak kamu masa tu muda sangat. Sekarang embah tengok dah cantik kamu,dah tak macam tanah lagi.tu yang Embah senyum-senyum ni"

Mak tahu tak,macamana persaan kakak masa tu,hidung kakak kembang kempis,rasa macam melayang-layang di kayangan.,sebab masa tu kakak belum dapat hidayah untuk mengucap syukur,yang tahu berperasan lebih-lebih. Agaknya kalau ketika itu kata-kata itu diluahkan oleh seorang peria yang menggoda,habislah kakak. Tapi disebabkan doa-doa Emak agar anak-anak terlepas dari kejahatan,kekallah kehidupan kakak selamat hingga kini.Kan Emak selalu cakap dengan kakak “Rupa tak boleh di ubah,tapi akhlak,budipekerti,adab sopan boleh. Kemudian Embah menceritakan detik-detik perjalanan kehidupan Emak masa lalu. Waktu itu kakak insaf,betapa teruknya diri kakak. Kakak pernah merungut sebab beg pakaian yang bapak belikan semasa mahu masuk asrama tidak menepati cita rasa kakak,tak seperti beg orang lain.  Astaghfirullahal’adhim,teruknya kakak.

Emakh 50 tahun dahulu,Emak melahirkan kakak dalam keadan dhaif,tapi tiada sebarang keluh kesah .Dalam kepayahan itu Emak tidak anggap ia sebagai kepayahan tetapi kata Emak itulah kehidupan.jangan peduli kehidupan orang lain,kita ada kehidupan sendiri.Allah sudah aturkan begitu indah sekali.

Emak ingat lagi tak semasa ada orang mahu melamar kakak dulu. Emak panik,tidak ada tempat untuk Emak menceritakan rasa panik tersebut. Masa tu kakak kesihan tengok Emak.Emak kurang bergaul,sebab dunia Emak hanya rumah tangga dan jiran sekeliling. Kakak yang punya diri selamba katak sahaja sebab kakak ramai kawan boleh kongsi.

Masa kakak melahirkan anak pertama,Emaklah yang mula-mula melawat di hospital bersama Abu Naqid dan Abu Umar.Mak tidak dapat menyembunyikan perasaan Emak ketika itu,kakak nampak itu.

Mak 50 tahunberlalu,Emak melayan kakak macam 40 tahun dulu. Seusia 50 tahun Emak telah punya beberapa orang menantu dan cucu.telah istiqamah dalam amalan ukhrawinya. Tapi kakak masih macam dululu-dulu juga,masih tidak sedar usia mendekati penghujung. Bekalan kakak masih tidak nampak,masih berulit dengan cinta duniawi.

Emak tahu tak,kakak pernah rasa terpukul,ketika itu kita bersama-sama mengemaskan pasu-pasu bunga di halaman kerana khemah akan didirikan untuk perkahwinan Abu Umar. Kakak dengan Abu Umar terkial-kial mengalihkan pasu dengan kereta sorong,tiba-tiba dengan selamba emak mengangkat pasu yang lebih besar dengan kudrat Emak.Ketika itu usia Emak telah melepasi 60 keatas. Ya Allah,kuatny Emak.Sampai sekarang Emak tidak punya penyakit kronik,hanya sakit-sakit ringan,tapi anak-anak Emak….hmmm macam-macam.

Mak,kakak sangat bersyukur,sebab seusia ini masih mendapat kasih sayang emak dan bapak. Terimakasih mewariskan kebaikan,keselamatan,kerahmatan pada anak-anak Emak.  Jazakillahikhairankasthira. Semoga akhir hayat emak sentiasa dalam keadaan Khusnul Khotimah. Sempena 50 tahun ini,mari kita hayati clip ini.Semog tercapai impian.



Alfatehah kepada Allahyarham Ustaz Asri

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum MakBonda..

    Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke setengah abad sudah (tapi, energetic, spirit and strength masih seusia cik kak 17 tahun.. hehehe)..


    Sungguh amat mengagumi Bonda MakBonda.. walaupun tidak mengenali sepenuhnya, tetapi, daripada rangkaian2 cerita yang didengar dan dibaca.. tahu, bahawa di situlah CONTOH UMUL MUKMININ DI ABAD KE-21 INI.. sungguh sangat saya kagumi (selayaknya Bonda MakBonda menerima Tokoh Ibu Mithali... berulangkali juga layak.. selayaknya..Alhamdulillah..).

    Saya, sejak dulu teringin sgt bertemu, mempelajari serta meneladani IBU yang mampu menjadi contoh teladan kepada IBU2 muda seperti saya ini yang sgt2 naive perihal dunia apatah lagi perihal akhirat.. sgt2 ingin mengambil pesanan dan iktibar drpd Umul Mukminin di abad mellanium ini.. agar dapat membimbing diri beristiqamah dgn peringatan Allah serta ajaran Rasulullah.. di zaman IBU MODEN MELATA DAN BERSEPAH dgn gaya dan cara yang tak semenggah!! (termasuk diri sendiri ni.. huuwaaaaaaa).

    Syukur MakBonda dianugerahkan Allah ibu yang sedemikian.. yang secara langsung, boleh terus bertanya, berkongsi pandangan, mengambil iktibar.. dan, semoga makbonda juga menjadi ibu seperti Bonda MakBonda (and I am sure enough that you are.. Subhanallah..)

    Ceritalah lagi makbonda.. perihal Bonda MakBonda... agar ibu muda ini (saya la tu), dapat mengambil pedoman dan menjadikannya inspirasi dalam menjalani kehidupan sebagai ibu, isteri, anak, ahli masyarakat serta hamba Allah yang bermatlamatkan akhirat dengan menjadikan dunia sbg ladang tanaman untuk bekalan di sana nanti.. sebagaimana yang Bonda MakBonda lakukan dan sedang melakukannya..

    Allahu Rabbi.. semoga Allah memberikan kehidupan serta kesudahan yang baik kepada kita semua.. ameen.

    BalasPadam
  2. Nak tiup lelen tak? Hehehe...


    Selamat ulang tahun ya Mbak Ayu. Semoga diparengi waras dan terus dapat berbakti dengan cemerlang kepada tugas, keluarga, ibu bapa, masyarakat, juga kuat dan segar untuk berbakti kepada tanah belakang rumah. Esok nak buat jejumput pisang untuk harijadi Bin ckLah...

    BalasPadam
  3. ....bila dah habis baca, merembes mata. Petang ni juga nak memacu XIIINAM jumpa mak!

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Makbonda

    Didoakan agar ibu ayah Makbonda kekal diberikan kekuatan dan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Begitu juga buat Makbonda seisi keluarga.. Amiin

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam untuk semua.

    Tiny>energetic, spirit and strength, Ala-ala hiperbola gitu.Mabonda juga masih banyak kelemahan,masih sudi menerima teguran dan bimbingan.Insyaallah bersama kita sentiasa menuju kearah yang lebih baik.

    CkLah>Lilin di rumah dah habis,embah Saton buat ubat resdung hi hi hi.
    Sebenarnya mata Makbondapun basah selepas membacanya. Pacu jangan tak pacu,berhati-hati dijalanraya.

    Werdah>Terimakasih mendoakan,semoga sama-sama meraih rahmatNYA.Salam Ukhuwah dari saya.

    BalasPadam
  6. Salam makbonda.Alhamdulilah Allah kurnia umur hingga kini dan masih mendapat kasih sayang Emak yang umurnya pasti tidak jauh dari umur saya.Umur saya dengan Emak saya agak jauh, lebih kurang 40 tahun. Saya kira begitu mengikut umur kakak saya yang terua dan lumrahnuya orang-orang dulu berkahwin. Emak saya pulang ke Rahmatullah pada tahun 2004. Bila Makbonda bercerita tentang Emak, saya pun teringat dan sebak mengingati cerita-cerita Mak saya. Emak saya seperti Mak Makbonda sedikit sebanyak. Kuat fisikalnya dan tak sakit kronik seperti saya. Masa umurnya melepasi 70 tahun pun ia masih ke kebun dengan parang untuk bersihkan parit-parit supaya air mengalir eluk. Maklumlah di kampung sistem perparitan tak effisyen.
    Apa pula cadangan seterusnya kini telah mencecah 50. Umur itu masih dikira muda kerana saya telah melepasi 60 dan jika dikira dengan tahun hijrah saya akan insyaAllah capai 66 pada 12 Mei ini. Semoga Allah masih kurnia kesihatan. Umur 50 masih boleh panjat bukit/gunung dan merentas sungai saya kira sebab badan sihat. Semasa saya 52 tahun saya "diarah" dalam kursus JUSA untuk memanjat bukit dan merentas sungai yang mengalir di bawah gua di Baling yang pernah dikuasi Komunis di masa itu. Seronok tetapi memenatkan dan banyak digigit pacat. Sekarang tak daya nak buat semacam itu. Tapi Makbonda masih boleh. Pergilah panjat Gunong Kinabalu kalau belum. Itu pun sebahagian dari Tadabbur Alam ciptaan Allah yang maha Pencipta dan maha Bijaksana. Buat jangan tak buat sebab Allah banyak "bercerita" tentang zatNYA melalui penciptaanNya.MasyaAllah, kita tidak habis meneroka.
    Saya seronok dengan sikap Makbonda yang tak jemu berulit dengan Emak. Tidak banyak orang sekarang yang buat begitu. Bila saya bercuti setengah gaji menjaga Emak, ada rakan pejabat mengatakan rugi. Kenapa tak suruh pembantu rumah. Isyh... Mana boleh. Tak sama. Gaji yang dipotong boleh saya dapatkan lebih sepuluh orang pembantu mengikut kadar gaji pembantu waktu itu. Tapi tak kan sama. Kadang-kadang kita lalai. Semua nak dinilai dengan duit. Tapi Alhamdulilah Allah kurnia mencukupi walaupun kita kena mengubah bujet kita. Emak didahulukan kerana itu jalan terdekat ke Syurga. Saya rasa banyak sesalan terhadap Emak saya. Namun saya terus berdoa semoga Allah mengasihani saya dan Emak saya. Sama-sama kita doa kearah itu. Semoga kita berjumpa di syurga pilihan kita tanpa hisab bersama semua yang kita sayangi.

    BalasPadam
  7. salam kembali Puan.

    Cadangan yang sangat positif.Cumanya peluang belum hadir,belum ada yang memberi kesempatan itu.Insyaallah saya sahut cabaran itu.Teruskan memberi inspirasi kepada saya.

    Betullah,kagum sangat dengan Warga-warga emas yang sebegitu,emak saya dengan mudah mengupas kelapa dengan tangan,tapi tidak bagi saya.

    Saya masih belum berkesempatan untuk menjaga emak yang sakit,emak mertuapun masih kuat menjaga cucu walaupun sudah tidak boleh berjalan. Cuma semasa cuti kena menjaganya sebab anak yang tinggal serumah dengannya menghadiri kursu sepanjang setiap cuti sekolah.

    Ya Allah berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada mereka sementara masih ada hayat kami.

    Ya sama-sama kita berdoa.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Makbinda...

    Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. (maaf terlewat). Semoga bertambah amalan dan diberkati usia. Ameen :)

    BalasPadam
  9. setiap kali membaca ttg emak..saya cukup tersentuh.. saya kehilangan ibu sejak 10 tahun yg lalu..suatu kehilangan yg tidak terperi pedihnya.. saya kehilangan insan yg paling memahami diri saya..

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam Ros

    Terlambat juga respons,Terimakasih,semoga sama-sama kita memunafaatkan usia.

    BalasPadam
  11. Tuan asj,

    Bila jiwa mudah tersentuh itu petanda jiwa anda sihat. Bukan jiwa yang kosong,iaitu hilang kasih sayang.Tapi kenalah selalu bajai dengan kesabaran dan keredhoan agar dia menjadi subur.Gantilah kehilangan itu dengan kehadiran Maha Pencipta di hati kita.
    Wallahuaalam.

    BalasPadam
  12. Salam makbonda,
    Cinta pada Allah hanya satu. Cinta pada ibu juga satu. Tiada galang gantinya. Saya jg brsyukur, msh ada ibu di usia 30 ini. Melihat kiri kanan saya, sering ada babak sedih di antara anak dgn ibu, buat saya sedih. Ada yg taat dlm prkara yg dilarang Allah, ada yang tidak mahu taat kerana menganggap diri lebih pandai dan mulia berbanding ibu. Bersekolah tidak mnjanjikan anak mnjadi soleh. Saya kesal. Saya lihat hanya amalan seharian , juga doa ibu yg mampu mmbentuk anak yg baik. Moga saya juga begitu nanti.

    Terima kasih makbonda atas ayat-ayat cinta di atas. Saya akan semat di hati. Selamat hari ibu buat makbonda dan ibunda makbonda.

    BalasPadam
  13. Salam kembali indah.
    Betul,pendidikan yang tinggi tidak menjanjikan anak yang soleh.

    Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".

    Semoga kita bukan antara tuan yang dimaksudkan dalam maksud hadit di atas.

    BalasPadam

Catatan Popular