DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 27 April 2011

Obesiti


" Obesiti berlaku apabila seseorang mengambil lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dan tubuhnya tidak sempat membakar kalori agar indeks jisim badan seimbang kembali dengan ketinggian tubuh. Faktor-faktor lain seperti genetik, usia, jantina, kesan sampingan ubat-ubatan dan penyakit juga boleh menjadikan seseorang itu obes.

Namun, faktor yang menjadi penyumbang obes ini berkait rapat dengan tabiat makan kita. Sedari kecil, kita dilatih untuk menghabiskan makanan yang diceduk ke pinggan. Di zaman kanak-kanak juga, kita sememangnya mempunyai sikap tamak dan tidak pandai menganggar kadar makanan yang diambil. Apabila kita mengelak untuk menghabiskan makanan, emak akan mengingatkan kita agar menghabiskannya kerana tidak baik membazir makanan. Padahal, bukankah permulaan mengelak pembaziran adalah dengan mengambil makanan mengikut keperluan? Namun, emak tidak menekankan itu kerana tidak mahu menyekat selera anaknya.
"

Petikan artikal diatas di copy paste dari  blogger Eyman Hykal  yang sentiasa Makbonda  ikuti. di sini



 Makbonda ada dua orang anak yang obesiti. Sebenarnya sejak mula-mula memasuki dunia keibuan,soal pemakanan amat makbonda ambil berat. Seawal 4 bulan barulah anak-anak diberi makanan pejal,sebelum itu mereka menyusu ibu  dengan % yang tinggi,susu formula hanya sebagai sokongan semasa kerja,walaubagaimanapun sepanjang tempoh bersama memanglah susu ibu sepenuhnya. Setiap pagi jadual harian dimulai dengan memerah susu untuk ditinggalkan.Semuanya adalah demi kebaikan proses tumbesaran mereka.

Tetapi lain jadinya bila mereka memasuki dunia kanak-kanak. Kami tinggal berhampiran rumah nenek mereka yang mempunyai perinsip  "Anak akan diam bila cukup kenyang dan cukup tidur" dalam memelihara anak. Beliau seorang nenek yang tidak gemar dengan tangisan .Tidak suka makan bersaorangan,perlu berteman dan baginya tiada makanan lain hanya nasi. Dengan kuantiti yang banyak. Walaupun cucu-cucu sudah makan tapi terpaksa makan lagi untuk menemankan nenek. Kebetulan si kedua-dua si cucu ni lahir 4kg dan 4.1 kg. Sedangkan berat makbonda ketika itu kurang dari 60kg.abah mereka pula kurang dari 65kg.tapi punya pakcik sebalah abah mereka yang bersaiz triple X.

Semasa makan bersama kami,kami akan sekat pengambilan nasi tambahnya,tapi amat sukar bila bersama neneknya,silap-silap kami yang di marahinya.Demi menjaga hati nenek mereka kenelah akur. Hari demi hari berlalu membesarkah mereka dengan pertambahan berat yagn melebihi piawai ketinggian.Bila selera sudah tinggi memang sukar mematahkan nafsunya.Masakan paling simple pun di katanya sedap.Tidak perlu menghias-hias macam chef-chef,asalkan berasaskan nasi. Semasa bangun sahur sesetengah orang akan celik bila tercium aroma kopi,tapi tidak pada mereka berdua ni,semangat bersahur naik bila terhidu aroma nasi.Kuantiti nasinya juga sama dengan kuantiti semasa berbuka.walaupun hanya dengan berlaukan telur dadar atau mata kerbau.

Sekali-sekala makan diluar,makanan yang dipesannya juga berasaskan nasi. Apabila yang lain tidak dapat menghabiskan makanan,mereka berdualah yang menjadi penyelesaiannya.Walaupun sentiasa diingatkan tentang bahayanya berat badan,tidaklah mereka peduli,sanggup menangis bila mengambilan makanannya ditahan.

Masalah bagi kami ialah setiap pertengahan tahun kena tukar uniform sekolah baru,kadang cemburu melihat anak orang lain yang memakai pakain sehingga lusuh,sedang pekaian mereka masih dalam keadaan baik sudah tidak dapat digunakan lagi.Seluar pula sukar dicari dipasaran,kebanyakannya ditempah.

Tapi,kelebihanya,mereka ini amat popular. Menggembirakan datuk dan nenak sebelah abah juga ibu. Mereka menunggu-nunggu kehadiran cucu -cucu yang ini untuk makan bersama.

"Hari ini embah lanang makan banyak,selera makan dengan Eman. Dah seminggu embah tak lalu makan"Kata Embah Lanangnya,juga diiayakan oleh Embah Wedoknya.
"Nikmat makan denan Eman dan Emy,berebut-rebut macam makan masa anak-anak kecil dulu,"



Tindakan dari makbonda untuk mengawal keaadaan.
  • Tidak ada jadual makan malam dirumah ini kecuali kehadiran tetamu.
  • Dalam menu juga tidak ada air manis keculai kehadiran tetamu terutama hari raya.. 
  • Tidak menyimpan air sejuk dalam freeze.
  • Terlalu jarang membeli ayam daging dan memelihara ayam kampung.
  • Sentiasa ada stok buah-buahan.
  • Terlalu jarang makan diluar kecuali dalam perjalanan atau dalam keadaan terdesak atau sesekali untuk emraikan semasa semua berkumpul.

Tetapi kengkangannya seusia 11 tahun mereka berdua ni dah pandai menggoreng nasi sendiri,yang menepati citarasa mereka.Apabila mereka rasa lapar mereka akan bangkit sendiri bertindak.Jadi, ibu mereka tidak boleh dipersalahkan dalam penyebab bentuk fizikal mereka. Selalu terfifkir,agaknya kalau lah ibu mereka seperti nurindah yang begitu kreatif dan ringan tanganya,tak tahulah bagaimana keadaan seterusnya.Mereka juga boleh meratah roti gardenia kosong macam kita makan keropok.

Alhamdulillah bila mereka meningkat remaja,telah timbul kesedaran dalam diri mereka. Seorang daripadanya telah membuat sendiri alat angkat berat yang dibuat dari sebatang kayu yang di letakkan ketulan simen yang diacu dari sebuah tin susu 3 kg.Si adik pula terpilih menjadi pemain bola jaring,sekurang-kurangnya ada aktivit latihan fizikal dalam jadual hidupnya.

Baru-baru ni makbonda berjalan dengan kedua-dua kakak mereka yang telah memasuki awal dewasa,apabila dipelawa makan mereka hanya memesan air kosong.

"Kita orang baru menghadhiri kursus perkahwinan,Salah seorang dari berceramah tu kata ,tak perlu makan makanan tambahan untuk berdiet,amalkan kata tidak pada air manis.Insyaallah berjayalah diet"

"Owh dah hadir kursus kawin,dah ada calon ke?."

'Tak semestinya. Kursus dulu baru memilih calon, memilih setelah berilmu lebih selamat,he he he"


"Betul-betul,Alhamdulillah" kata ibu mereka.

4 ulasan:

  1. Bab MAKAN DAN OBESITI ni.. tetiba lidah kelu utk megulas.. huhuhu..

    ya, akui, saya juga ada masalah dlm 'berat badan' sampaikan Boss pejabat buat pertandingan "3 months to go down for 10kg" - see see see... uwaaa waaa waaa...

    .. dan saya dilahirkan dlm keluarga yg sgt "MEWAH" makan!! (walaupun harta kurang.. berlaukkan sardin, telur pun akan disediakan dgn gaya yg begitu "ELEGANT" oleh emak.. uwaaaa...sluurrrppp...)

    Ayah seorang yg SANGAT KUAT MAKAN (seperti arwah tokayah) dan makannya pula mesti yg CUKUP RASA PERISA (garam, gula, santan segala).. dan kerana KESUSAHAN hidup ketika kecil serta dikurniakan ISTERI YG BERKELEBIHAN DALAM BAB MASAKAN, membuatkan hidup ayah + MAKAN itu terlalu ISTIMEWA NIKMATNYA!..

    Juga, rumah kami sentiasa dipenuhi tetamu... datang tetamu je, mak jamu makan.. dan kami akan turut menikmati makanan itu... hatta tgh malam pun, ayah akan jemput tetamu makan NASIK BERLAUK YG MAK MASAK!.. dah tuuuuu?.. kami ni?.. terpaksa rela IKUT MAKAN SAMA.. (escapisme kpd salah diri sendiri!!).

    juga.. apabila dianugerahkan Allah seorang IBU yang airtangannya CUKUP ISTIMEWA, maka, MAKANAN MENJADI SATU FAKTOR PENGIKAT HUBUNGAN KEKELUARGAAN... mak masak yg sedap.. adalah rugi kalau tak makan.. (nanti kufur nikmat plaks.. hahahaha.. alasan yg dicipta utk sedap hati sendiri..)

    Arwah tok juga demikian (seperti embah emy).. kalau pergi rumahnya, makan is a MUST MUST MUST.. nobody can say NO NO NO!..

    dah tu. camnooo??... huhuhuhu...

    BalasPadam
  2. Kite pun ada seorang...dan yang seorang tu anak susu makbonda. Sama naik dengan saudara sesusunya...hehe.

    BalasPadam
  3. Tiny,
    Wah,sekelu kamu boleh tahan juga nak baca komen he he he. tapi makbonda suka baca komen kamu. Dulu masa kecil kami suka ada tamu,sebab mak akan masak luar dari biasa. Makbonda agak anak-anak pun rasa begitu juga.

    Mereka bila di tegur "udah-udah la tu,hujan ribut pun berenti" Mereka menjawab "Tu lah,kenapa mak masak sedap-sedap,kan tak boleh berhenti" padahal masakan paling simple sangat.

    BalasPadam
  4. CkLah,

    Baru kusedari,kiranya air susu kulah yang mengandungi hormon itu?ngeeee

    Tapi berbaloikan juara takewando SMC ?

    BalasPadam

Catatan Popular