Makbonda mengenalinya sudah lama,tapi baru tahun ini dapat bersama kerana beliau di pindahkan disini. Keterampilannya beliau seorang yang tenang,mudah mesra,kaya dengan senyuman.. Bukan wanita yang suka meninggikan nada suara,atau merempan-rempan dengan emosi. Tidak juga bermegah-megah dengan apa yang dimilikinya jauh sekali menampilkan egoanya. Kalau tidak dia meluahkan rasa pasti tidak sesiapa menyangka yang dia sedang memikul dan melawan beban yang begitu beratnya. Bukan mudah bagi dia mencari wadah untuk mengongsikan keperitannya.
"Makbonda, free ke? ada masa tak untuk pinjamkan telinga ?"
"Sila,mudah-mudahan menjadi kesembuhan bukan sebaliknya."
"Mudah-mudahan. Apakah betul apa yang saya rasa?Saya sudah sangat terasa tersingkir. Tempoh hari saya melawat bapa mertua bersama anak teruna,Bapa mertua sangat gembira atas kedatangan saya,adakalanya matanya basah. Dia bertanya adakah saya telah diundang untuk kenduri Pakcik (adik kepada bapa mertua)kalau belum bapak undangkan. Saya menunggu suami mempelawa seprti kebiasaan dulu-dulu,tapi sehingga tiba saatnya tidak ada sebarang pelawaan,saya tahu dia mahu membawa isteri baru dia. Sudah beberapa kali termasuk undangan perkahwinan dia tidak membawa saya padahal mereka adalah kawan-kawan saya juga. Dia sudah betul-betul mahu singkirkan saya.Berita terbaru Abang dia(abang ipar saya) akan khenduri walimah. Saya tak tahu apakah dia akan mengajak saya,kalau dia tak ajak pun saya kena datang sendiri bersama anak-anak,sebab hubungan kami baik. Tapi saya belum cukup kuat jika nanti disana akan terserampak dengan madu saya. Saya tahu kami akan diperhatikan untuk dibandingkan. Saya tak cukup kuat untuk terserempak dengannya.Adakah saya bersalah jika saya tidak hadhir,tapi saya akan hadhir sebelum tiba hari khenduri menghantar sumbangan. Makbonda,patutkah saya mengambil keputusan begitu.Saya betul-betul tidak kuat, tolonglah"
"Maanusia memanglah tidak kuat yang kuat Allah. Tapi kita boleh memohon dariNYA kekuatan."
"Itulah yang saya selalu pinta,disetiap waktu mustajab saya meminta,tapi masih belum dapat."
"Mana tahu kamu belum dapat,sebenarnya kamu dah dapat tapi kamu tak sedar"
"Maksudnya?"
"Tahu tak kamu kelebihan kamu?"Dia menggilngkan kepala
"Sebenarnya jika kamu tidak mededahkan cerita kamu,kami tak tahu yang disebalik ketenangan kamu itu tersimpan beban yang begitu berat.Maknana kamu kuat menyembunyikan gelodak jiwa kamu.Kamu boleh tersenyum.Kawan- kawan kamu disekolah lama memuji kamu,walaupun menerima ujian begitu tapi tetap tenang dan tidak menampakkan mendung pada raut muka. Sebenarnya kamu kuat.Tidak menjaja kesah kamu kesana kemari.Contohnya ada setengah sahabat yang sama ceritas dengan kamu,di depan halayak mengumpat keji suaminya,dengan alasan untuk melapangkan kekusutan jiwanya,akibatnya tanpa disedari telah membuka hijab aibnya."
"Oh ye ke,saya tak perasan itu semua,sememangnya di tempat lama saya tak jumpa tempat yang layak ntuk saya pinjam telinganya.Saya tak mahu aib suami saya terbuka. Jadi pendapat makbonda bagaimana.?"
"Kalau kamu rasa masih ada silaturrahim dengan mereka,hadhir je lah,memenuhi undangan dan meraikan kegembiraan mereka menyambut keluarga baru. Tapi bagitahulah suami dahulu. Kalaupun madu kamu tu ada kenapapun,kenapa kamu perlu singkirkan diri,seolah-olah kamu bersalah,. Semoga disaat itulah doa-doa kamu diterima, mazmumah menjelma menggantikan mahmudah.Walaupun kamu kata belum bersedia tapi kalau Allah kata "Kun Fayakun", semua boleh terjadi. Apa nak di fikirkan pemerhati kamu,.Kalau kamu yakin kamu dipihak yang benar Insyaallah. Pengadil yang maha Adil itu Maha tahu. Kadangkala kita sangka diri kita yang benar tapi lain pula dari Penglihatan Allah. Kan saya cakap dulu,jangan asyik pandang helang yang sedang terbang di atas,takut nanti kita tersandung batu "
"Jadi saya hadhirlahye,Insyaallah saya bagi tahu dia"
"Sebenarnya kita,termasuk saya masih belum yakin bahawa apa yang terjadi ni adalah aturan Allah,Kita anggap mereke yang memberikan kesakitan kepada kita padahal Allah yang menurunkan. Kita lebih takut di singkirkan manusia tapi tidak takut disingkirlah Allah SWT. Kita belum yakin Dia lah yang mengatur smuanya demi untuk meningkatkan maqam kita.,kenapa tidak turunkan kepada orang lain? Allah yang memilih kita,mana boleh pertikaikan pilihan Allah,Dia yang Maha Tahu,perkara semalam,sekarang dan dan yang akan datang. Mahu tak kita kalau kita kehilangan sesuatu barang tapi ada pihak nak menggantikannya dengan yang lebih baik.? "
"Tentulah saya mahu.?"
"Kamu hanya kehilangan kasih sayang manusia yang lemeh,rapuh,miskin dan segala-galanya tapi dapat kasih sayang dari Yang lebih Kaya.yang memberi segalanya kepada kita tiada tolok bandingannya,Kita datang dari dia dan akan kembali juga pada dia,bukankah itu matlamat hidup kita.?"
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nahl ayat 96)
Salam. Memang kuat teman Makbonda ini. Alhamdulilah. Kalau saya pun belum tahu boleh bawa beban seberat itu. Kadang kala senang kita kata di mulut. Tapi bila kena pada diri, belum pasti boleh memikulnya.Semoga Allah menguji saya dengan yang ringan sahaja. Kalau yang berat, semoga Allah ringankan dan semoga Allah sentiasa memelihara kita menuju ke jalanNya.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik bagi kita.Semoga Allah buat hati ini sentiasa redha atas segala ketentuanNya bagi kita.
BalasPadamSalam kembali puan,
BalasPadamSaya juga berkali-kali memberitahunya "Saya bercakap begini sebab saya masih dalam keadaan waras,jika dalam keadaan kesakitan seperti kamu,belum tentu saya dapat berfikir dan bertindak dengan waras. Semoga ada insan yang membimbing saya.Kesah kamu juga menjadi ilmu kepada saya untuk muhasabah diri."
Puan,jika puan ada cadangan atau teguran untuk saya merungkai simpulan ni, sila.
Wallahuaalam.
Assalamualaiku semua,
BalasPadamTerima kasih mak bonda atas n3 ini, kerana mengingatkan saya...,
Assalamualaikum MakBonda..
BalasPadamBenar kata pepatah kan..
Berat yang memandang.. berat lagi yang memikul..
Teringat kisah seorang Penghulu wanita syurga, isteri Firaun, ASIAH..
..apabila telah diserah jiwa raganya DIBERI KEPADA ALLAH.. lalu dipintanya dibuka hijab dan ditunjukkan syurga di dada langit.. tersenyum ia sambil merelakan segala keperitan ikatan kaki dan tangan.. telinga tidak lagi menangkap ungkapan GILA yg dilaungkan si Firaun, lantaran terlalu asyik dengan kecintaannya kepada keagungan Illahi..
.. YA... semua org berkeinginan untuk menjejak syurga Allah.. tetapi.. MAMPUKAH SEMUA ORANG MENIKMATINYA?..
semua org berkata YAKIN kepada ALLAH.. tetapi mampukah semua orang melalui UJIAN PERIT yang diberi ALLAH sebagai balasan kepada pengorbanan kepada nikmat dunia yang Allah 'tarik' sedikit?.
Berkata itu mudah.. YA. sungguh...
Tetapi yang TELAH MELALUI DAN MENERIMANYA ITU ADALAH ANUGERAH.. kerana akur jiwanya DIBELI ALLAH.. dan NILAINYA ADALAH PENGORBANAN JIWA PD SEKELUMIT NIKMAT DUNIA..
... aduhai KAMI... di sebalik kengerian mendengar berita dan cerita yg tak mampu dilalui oleh setiap wanita, terselit rasa kagum kepada dirinya... kerana masih terus bertahan dan terus utuh iman dijiwa.. terpamer senyum dibibir kerana dapat melihat contoh wanita yg tabah, hari ini, pada dunia yang semakin parah dengan manusia yang hilang maruah!!..
.. dalam tidak sedar, Allah memberikan satu lagi anugerah kepada beliau.. dengan ujian getir ini.. BELIAU ADALAH INSPIRASI WANITA DI PASCA MODENISASI INI!.. ALLAHU AKHBAR!.
Waalaikumussalam,
BalasPadamNisha,Semoga ianya bermunafaat.
Waalaikumussalam Tiny,
BalasPadamYa,Ujian adalah guru yang tidak bercakap,tapi sangat mengajar dan mendidik
Kata Sidina Othman In Affa Rha,Tanda orang yang bijak ialah
1. Hatinya yang selalu berniat suci.
2.Lidahnya selalau basah dengan zikrullah,
3.Kedua-dua matanya selalu mengangis kerana penyesalan terhadap dosa-dosanya.
4.Segala perkara di hadapi dengan sabar dan tabah,
5.Mengutamakan kehidupan akhirat lebih dari kehidupan di dunia.
Semoga kita berusaha menjadi orang bijak.