Sekolah pagi dia menjadi pemain bola jaring,yang kejohananya peringkat daerah pada 21 April. Sekolah petang pula dia masuk acara Pengurusan jenazah dalam Program Amal Islami peringkat zon diadakan pada 16 April. Pagi Cikgu sebok buat training bola jaring,petang pula ustazah latih Pengurusan jenazah. adakala Cikgu pagi ambil masa latih waktu petang. Ini yang buat ustazah agak bengang. Tapi Cikgu pagi ada hantar surat pada Guru Besar petang. Jadi ustazah tida kuasa mahu menghalang.
Tiba hari Amal Islami,16 April. Semasa pertandingan berjalan seorang penonton budak lelaki buat lawak,jadi dia tidak tertahan lalu tersenyum. Seorang lagi peserta tiba-tiba datang bulan lalu penggantinya tidak hafal skrip,akibatnya keputusan jatuh ke tempat 3. Jika tida kesalahan pasti tempat pertama,ustazah yakin. Bengang ustazah berakhir dengan kekecewaan. Hari Isnin petang sekali lagi dia meninggalkan kelas lebih awal atas keperluan training bola jaring, kebetulan waktu itu kelas Bahasa Arab. Kesakitan Ustazah yang belum sembuh dari cerita semalam, berdarah kembali.
"Ooo budak jahanam tu cabut lagi ye, haha elok lah tu"
Cakap ajuk tersebut terus disampaikan kepada nya pada keesokan hari tanpa pindaan.Perkataan jahanam tersebut sangat menusuk jiwanya.Kebetulan pula semasa kejadian tersebut Ibunya mendapat panggilan kursus di meninggalkan rumah sehingga Khamis. Sepanjang itu datanglah dia kesekolah petang dengan jiwa yang tidak setabil,nasib baik hari khamis kejohahan dari pagi sampai ke petang.
Hari jumaat
"Ma,Rasa malaslah nak sekolah,cuti boleh tak?"
"Hai kenapa pulak,dah semalam tak sekolah,rugilah,tahun ni periksa."
"Tak nak lah jumpa ustazah,dia kata kita jahanam."
"Sebab apa?"
"Sebab Pertandingan Urus Jenazah hari tu tak menang,masa Solat jenazah tu kita tersenyum."
"Masa bila dia kata macam tu."
"Masa hari Isnin tu,kawan-kawan, yang cakap."
"Hem,kita tak dengar sendiri lah. Salah kawan-kawanlah tu kenapa sampai menyampai."
"Ialah dia orang tu kawan baik kite. Ma boleh ustazah cakap macam tu.Kita bukan sengaje,tersenyum je,pas tu dapalah nombor 3 jugak,lagipun kawan tu yang tergagap-gagap tak hapal bukan salah kite sorang."
"Masa tu uztazah tengah marah,sepatutnya kamu mintak maaf kat ustazah sebab buat salah."
"Taulah kita buat salah,tapi mana boleh ustazah cakap macam tu,itu kan doa,bukan ita buat jenayah pun,cuma tak dapat johan je."
"Memanglah sepatutnya ustazah tak boleh cakap macam tu. Mungkin ustazah kecewa sangat,letih dia melatih,tiba-tiba tak menang. Tapi apa kita boleh buat kat ustazah,kalau dia salah itu antara ustazah dengan Allah.Dia manusia biasa. Tugas kita sebagai murid kena hormat,kalau rasa salah minta maaf. Kite boleh doakan dia supaya tak buat salah lagi. Lagi baik sekarang jumpa dia,minta maaf,walaupun kita kata tidak sengaja,tapi kita dah tinggalkan kelas untuk bola jaring.Tak rugi minta maaf. Mudah-mudahan dia insaf. Kalau kita baik dimata ustazah kita belajar pun berkat. Itu sebab,bila marah tolong kawal diri. Masa marah,syaitan cepat-cepat menyelusup masuk,kalau kita tak dapat kawal maka kita buatlah apa yang syaitan suruh,lalu tak sedar apa yang kita buat melukakan orang lain. Sekarang macamana?"
"Ok lah,kite sekolah,terimakasih Ma!"
Dia menarik nafas panjang semasa dalam pelukan.
Assalamualaikum,
BalasPadamAlhamdulillah 'dia' mempunyai ibu yang berpandangan positif serta berpekerti mulia. Ibu 'dia' juga seorang guru yang sudah pasti mempunyai kejiwaan guru yang sangat tinggi. Semoga lebih ramai lagi ibu seperti ibu 'dia' dilahirkan dalam melahirkan insan yang berpekerti mulia.
Waalaikumussalam Ros.
BalasPadamTugas murid menghormati guru,tugas guru mendidik murid,tugas ibu menjadi sandaran anak.Makbonda adalah ibu dan guru yang pernah menjadi murid dan anak.Pernah merasai semuanya. Sentiasa berdoa agar menjalankan amanah sebaik-baiknya.
Wallahuaalam.
Salam makbonda,
BalasPadamKasihan dia. Moga Allah berkatinya kerana menghormati gurunya.
Assalamualaikum MakBonda..
BalasPadamYe Ye Ye... kata bidalah, makan boleh sebarang makan.. tapi, kalau bercakap.. biarlah berlapik dan kena pada tempatnya.. nak plak pada budak-budak yang kita asuh dengan "BERBAHASA".. mereka akan sangat2 terasa jika yang mengajar mereka BERBAHASA tetapi TERLAJAK BAHASA lebih2 lagi kena batang hidung mereka..
(kerap kena dgn anak2.. kalau tgk tv, lancang je mulut ni nk sebut bodoh.. dh kena 'sound' tepat ke muka.. "Ibu cakap BODOH, nanti Allah potong lidah Ibu letak dalam api neraka".. HAH!.. hamik ko!!) ~ "kena sentiasa ambil peringatan dan perbaiki lisan nih!"..
Tambahan pula, ustazah ~ yg sgt disanjung dan diletak tanda aras tertinggi dlm carta 'PENGAJIAN DAN PEMBELAJARANNYA", lagiiiiiilllaaah bebudak ni tak buleh terima..
Sian kat "dia"...
Takpe nak.. benar kata Ibumu, Ustazah juga MANUSIA... TIDAK MAKSUM.. TETAP MELAKUKAN DOSA MESKI KAU MEMANDANG TINGGI KEPADA MEREKA!..
.
Salam kembali indah.
BalasPadamDia orangnya suka tersumbat dan baran,ubatnya ialah dakapan,dia akan menarik nafas panjang tanda kesembuhan.:))
Waalaikumussalam,
BalasPadamadakalanya tanpa kita sedari ciri-ciri seperti ustazah tersebut ada pada kita,kalau cepat sedar tak apa,nasib baik kena pada dia,kalau kena pada orang lain panjang ceritanya.
Semoga kita sentiasa berfikir panjang sebelum bertindak.
Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamBersabar itu sangatlah baik (tahniah kepada 'dia' dan ibunya.. tetapi jika dapat sedarkan ustazah tu rasanya lagi baik kan.. tapi bagaimana ya.. perkataan yang dipilih olehnya pun menunujkkan degree kemarahannya sangat tinggi.. subhanallah..
Waalaikumussalam Werdah.
BalasPadamSaya pun merasakan begitu.tu sebab ibunya cadangkan 'dia' meminta maafa agar lembut hati beliau.Sebelum ini juga seorang penjaga yang sememangnya anaknya bermasaalah telah membuat laporan polis kerana anaknya dipukul menggunakan penyapu.
Untuk memadamkan kepanasan seelok-eloknya menggunakan air yang sejuk,bukan begitu?