DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 12 April 2011

Membeli-belah dengan zalituun


Makbonda memang tidak berapa gemar membawa anak-anak kecil membeli belah.Antara sebabnya ialah;


  • Mereka masih kecil,belum tahu disiplin membeli belah,mereka akan minta apa sahaja yang mereka nampak,adakalanya meragam meminta perkara yang tidak munasabah.Bila mula meragam hilanglah mood membeli belah,silap-silap saling salah menyalahkan antara suami isteri.Selagi ada orang yang menjaganya di rumah,lebih baik tinggal di rumah. 
 
  • Di pusat membeli belah bukan sesuai untuk membawa anak-anak kecil. Selain tempat yang sesak mengundang berbagai risiko penyebaran bakteria,udara yang penuh karbon dioksida dan gas-gas merbahaya lain. 
 
  • Selain itu pencemaran pandangan juga berleluasa,berbagai ragam manusia dengan keterampilan yang pelbagai,yang tidak mampu dihijab dari pandangan sikecil yang berjiwa suci dan mulus itu.
 
  • Pusat membelibelah sangat di gemari Syaitan. Sejenis shaitan yang bernama zalituun,yang tiggal di situ,bertugas  menggoda manusia hilang sifat jimat cermat, supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.  Berkeliaran syaitan, iblis  dan manusia bercampur baur. 
 
  • Bila kana-kanak di pertontonkan dengan pelbagai bahan jualan yang dipamerkan,sangat menggoda gelodak nafsu,adakalanya kanak-kanak akan meminta itu dan ini,sudah diturutkan pilihan pertamanya namun bila terpandang objek lain yang lebih menarik terbit keinginan pada yang baru.Maka membesarlah mereka dengan nafsu yang subur membesar.
 
  • Bagi anak-anak yang jenis sukar di kawal pula,kerap kejadian kanak-kanak hilang di pusat membeli belah,nasib baik jika masih dilaungkan di pembesar suarauntuk menuntut anak di kaunter,bagaimana jika tidak?Nauzubillah.

Memang ada ketikanyanya perlu membawa mereka untuk dicuba pakaian untuk mengelakan kesilapan saiz.Maknanya bawalah mereka seminima yang boleh.Ketika ini harus di elakan dari melalui departmen lain.Kerana silap-silap lari dari budget yang di peruntukan.

Ada juga yang berpendapat ,biarlah nak-anak di bawa ke tempat membeli belah,agar dia tidak macam rusa masuk kampung. Nafsu setiasa wujud,tidak perlu di ajar dan dipupuk.Belum ketikanya mereka didedahkan, tunggulah sampai mereka boleh berfikir dan membezakan buruk dan baik. Nanti berbagai medium yang mengajar dan menarik mereka ke arah itu.Nafsu jangan di hapus tapi di urus,kata Ustaz Pahrul Mohd Juoi

4 ulasan:

  1. Salam. Baru pertama kali dengar Jalituun. Alhamdulilah, tambah ilmu diri.Dari muda lagi saya tak suka membeli belah. Bila perlu sesutu saya tuju dan beli, tak beli-belah.Kalau semua orang macam saya, bisness boleh lingkup.

    BalasPadam
  2. Salam kembali puan,
    Ada sedikit erorlah puan,Zalituun bukan Jalituun,saya telah membaikinya.

    BSaya juga seperti puan. Betul kalau semua orang seperti itu perjalanan teori ekonomi sudah tidak lancar. :)

    BalasPadam
  3. As Salam MakBonda..

    Betul MakBonda.. nafsu tidak mampu kita buang kerana ia juga anugerah Allah.. tanpa nafsu, pon kita takkan mampu menikmati kehidupan.. tapi, kita berdaya utk mengawal nafsu drpd bermaharaja..

    .. dan bab shopping.. tiny mmg malas bawak anak2.. termasuk si ibu anak2 tu jugak.. (diri sendiri)... hehehe... tiny cukup tak berani nk shopping kerap2, kalau tak 'terdesak' utk beli, mmg tak keluar shopping la... sbb mmg kuat sungguh pengaruh syaitan zalituun tuh! lepas ni kena lebih berhati-hati!..

    mmg tiny ni pon kerap terbabas beli barang yg BUKAN KEPERLUAN!.. sekadar memenuhi KEHENDAK!.. huhuhuhu.... haishh... nk kena lebih bijak mengawal nafsu daripada mendengar hasutan zalittun!.. Allahu..

    BalasPadam
  4. Salam kembali Tiny,

    Betul,betul,betul, he he he

    Nafsu,wang,dunia jangan di hapus tapi di urus.

    BalasPadam

Catatan Popular