DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Rabu, 6 April 2011
Estima kelabu
Dinihari sepasang merpati dua sejoli sedang memadu asmara,di satu meja menikmati air bali panas dan dan bihun tomyam di sebuah gerai. Mereka bukan berbuat dosa,tapi Malaikat bersama mereka menghantar kerahmatan.Suasana yang tidak mereka rasai sebelum pernikahan dan ketika muda-muda dahulu.
Sekonyang-konyang tiba di perkarangan parker,sebuah Estima kelabu. Lalu keluarlah seorang Bapa,berdahi lebam,seketika kemudian seorang demi seorang sehingga lapan anak-anak keluar dari ke dua-dua buah pintu . Lalu Si bapa memilih 2 buah meja dibantu oleh 2 jejeka yang belum peceh suara.Lalu merapatkannya dan menyusun kerusi berjumlah 8 semuanya. Si kakak kecil terhegeh-hegeh mengambil boster seat untuk adik kecilnya. Oh ada lagi si Ibu ketinggalan di belakang sambil memapah si Comel yang sedang lena. Bersusnlah mereka dalam satu bulatan 10 orang kesemuanya. Lalu datang pelayan muda berjilbab menutup dada,berbusana longgar tanpa kelihatan penonjolan susuk tubuhnya,meminta pesanan.Setelah beberapa ketika tibalah pesanan tentu sekali air dahulu.Seketika pesanan air tiba dengan berbagai-bagai jenama,masing masing menyusun gelasgelas di bahagian tengah meja,lalu menunggu ketibaan hidangan,dengan diam tanpa kenakalan. Cuma kedengaran adik yang duduk di boster seat mengeluarkan bunyi dadadadada tapadiketahui maknaya,tentunya belum tahu kata amaran..Lalu dari si kecil hingga si bapa menadah tangan lalau berdoa.Tanpa berebut tanpa bertengkar mereka menikmati hidangan dengan penuh kerahmatan. Si Bapa dan Si Ibu saling tolak menolak untuk menjamah hidangan dahulu,akhirnya Si bapa akur,untuk menjamah dahulu,sementara si Ibu menunggu dengan Si Comel dalam lena dalam pelukan. Setelah Si Bapa telah melunaskan hidangannya,diapun bangun mengambil giliran memegang si comel ,giliran Si Ibu pula menikmati hidangan.
Gelagat mereka di curi pandang oleh merpati dua sejoli tadi dengan ekor mata.Sekejap mencuri pandang sekejab bertemu pandangan sesama sendiri. Antara terimbau keseh lalu bersama anak-anak, juga rasa kagum dengan dengan kecantikan,kedamaian,kerapian Si bapa dan Si Ibu mengurus kesemua tingkahlaku naka-anak. Ya kami kira mereka satu rahim dan satu benih,melihat kejernihan iras muka mereka.Kalaulah begini hebatnya kedua ibubapa mereka,silalah lahirkan seramai umat,agar bumi yang ketandusan ulamak ini akan kembali subur.
Sebelum meninggalkan mereka sempat kami menyapa dan berukhuwah. Oh mereka dalam satu perjalan yang jauh . Dari utara tempat nenek sebelah bapa dan ke Selatan datuk sebelam emak.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Assalamualaikum :)
BalasPadamKeluarga mithali yang wajar dicontohi. Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada kita dalam menongkah arah hidup pada masa kini dan akan datang.InsyaAllah.
Assalamualaikum semua,
BalasPadamWah bestlah cerita makbonda kali ni. Nak kongsi kat fb. Terima kasih kak.
Waalaikumussalam Ros
BalasPadamSangat lengkap kan? Estima melambangkan taraf ekonomi mungkin pendidikan,dahi lebam lambang pengabdiannya pada Ilahi,anak yang ramai lambang kesuburan,anak-anak yang harmoni melambangkan cara didikan,pemilihan tempat makan lambang keperhatinan,Ibu yang sabar lambang isteru solehah.Perjalanan melambangkan anak yang perihatin pada ibu dan bapa.
Masyaallah.
Waalaikumsalam Nisha.
BalasPadamBestkan,sebab tu tulis di sini,sila dizinkan untuk kongsi.
...Dahi yang lebam tak semestinya warak kan...ramai yang berdahi lebam saya temui,tapi agama tidak seberapa...harap Makbonda ulas sikit ye...tq
BalasPadamRos
BalasPadamDahi yang lebam hanya lambang,jika itu yang Ros temui itulah tanda orang munafik.
Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan kan.
* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Kita hanya boleh mengenal mereka melalui ciri-cirinya sahaja,namun Hanya Allah yang berhak menjadi penilai keimanan seseorang.
Ini haya pendapat dari makbonda yang amat kekurangan segala-galanya.
Wallahuaalam.