DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2011

video clip hari guru

Salinan klip di bawah sudah lama dalam simpanan Makbonda,copy dari salah seorang pelakon tambahannya, tapi tak pernah rasa mahu menerbitkan sebab bimbang didakwa atas perlanggaran hak cipta,tapi disebabkan telah di uploadkan dalam u tube oleh salah seorang dari mereka,maka beranilah Makbonda kongsikan di sini sempena Hari Guru.Tayangan perdanyanya telah makbonda tuntuni bersama CkLah.  Perkara yang baik apa salahnya kita kongsi-kongsikan dan sebar-sebarkan,sementara yang buruk dan mengaibkan pula sepatutnya kita sembunyikan,takut pula kita menjadi lidah syaitan dalam menyebarkan berita-berita fitnah. tiba-tiba kita ditimpa bala atas kealfaan.

Mari luangkan masa sebentar.





Semoga pelakon watak Cikgu Mikail,cikgu Hanis dan beberapa yang lain mengaplikasikan apa yang mereka lakonkan dalam kehidupan harian. Tidaklah dalam lakonan nampak begitu warak dan muslimah,tiba diakhbar dan majalah terpampang aksi mereka yang begitu sensasi hingga meleburkan dan kecundanglah iman penatapnya.Sepanjang dia tidur,dosa-dosanya berjalan sebab beribu-ribu mata bernafsu yang sedang menatap tubuhnya.

Sebenarnya mereka ini adalah bekas pelajar dari SBPI disini.Kurang pastilah tujuan pembinaan klip ini,samaada suka-suka tau pun sesuatu projek,walaubagaimanapun setinggi tahniah kepada mereka juga guru pembimbiang meraka.

Makbonda sangat kagum dengan pentadbiran sekolah ini,disamping mendidik pelajar yang berIO tinggi,pembentukan EQ mereka diambil kira.Beberapa guru yang Makbonda kenal rapat antaranya Ustaz Amir dan isterinya dan beberapa guru lain.Kedua mereka ini adalah sangat sinonoim dengan sekolah ini,dimana dia berada disini sejak sekolah ini di buka pada tahun 2002.Pada ketika itu Puteri kedua Makbonda masuk tingkatan 1 iaitu antara pelajar yang mula-mula mendaftar disini. Selain daripada itu Ustaz Amir adalah seorang penceramah yang hebat,punya karisma menarik hati pendengar.Kemahiran berinteraksi dua halanya itu sangat menarik perhatian  dari kawan-kawan Wak Milah,Jemaah masjid,Guru-guru dalam kursus LADAP hinggalah muridmurid prasekolah.Serasa tidak cukup masa diperuntukan.Kemahiran menukar watak mengikut situasi pelanggan,jarang di kuasai oleh orang lain.Tapi bila kini beliau telah menjawab GPK HEM,jadual semakin padat,sudah lama makbonda tidak bertemu mereka.

Sempana hari guru diucapkan selamat Hari Guru buat semua guru-guru seluruh dunia semoga kalian berkhidmat dengan penuh keikhlasan  menjalankan amanah dengan sentiasa memkirkan masa hadapan pelajar..

Kata Imam Ghazali: “seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpamemikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru”.

4 ulasan:

  1. Tiny mmg teringin sgt ada video klip2 sebegini dibuat utk tayangan kepada pelajar2.. (Alhamdulillah, ada pihak yg mengambil inisiatif)...

    .. daripada bebudak habis masa tgk wayang "WAYANG" berdurasi 2 jam di panggung yg memaparkan adengan 'tak semenggah', lebih baik filem 'amatur' sebegini.. yg sarat penuh dgn pengajaran dan peringatan!.


    Benar kata mereka ---> memang ada guru yang dah tua dan tak larat... MENGAJAR INI MEMENATKAN!..
    ... tetapi, ilmu yang disampaikan dek guru itu lebih bermanfaat sepanjang hayat daripada perlakuan guru yang adakalanya tidak serasi dijiwa.. (dan guru juga LELAH dgn perlakuan anak2 murid yang tak kena tingkah dan gaya!).

    ... sejuk tgk wajah dan watak cikgu mikhail.. bertuah ibunya... semoga ibu-ibu lain juga dikurniakan anak sejernih jiwa 'cikgu mikhail'.. ameen...

    :)

    BalasPadam
  2. Tiny,setiap kali menonton klip ni hati makbonda kadang berpusing-pusing bagai roda,sekejap diatas,sekejab dibawah,sekejap berbunga-bunga,berguling-guling dan sekejap kebasahan.

    Tambah sekarang ,tertunggu-tunggu kepulangannya dari pelayaran yang betul-betul menempoh ombak dan gelombang sebenar.Kepulangan yang tertangguh-tangguh. Doa yang tidak terhenti semoga dia dilindungi keselamatan,akidah dan iman.

    BalasPadam
  3. Salam makbonda,
    Baru hari ni tengok video tu betul2. aritu, tak sempat tgok habis. hehe...
    rupanya ada Ejat.. mesti sejuk hati makbonda melihat lakonannya tu. Moga pelayarannya selamat sentiasa. Moga hati makbonda juga belayar dgn tenang. :)

    BalasPadam
  4. Salam kembali indah,
    sebenarnya dia ni bukanlah sebaik mana,beberapa kali juga masuk bilik GPK HEM,tapi bila dia melakonkan watak baik begitu kadang kadang pecah perut juga dibuatnya.

    BalasPadam

Catatan Popular