DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

Hadiah hari guru


Dulu memang makbonda tak nak beli barng-barang perhiasan rumah sangat,ialah dah ikut usrah sana-sini,buat apa di beli benda-benda lagha,tapi kini di rumah terpaksa juga menyimpannya..ianya adalah koleksi hadiah hari guru dari anak-anak murid.Pemberian dari insan-insan yang menghargai kita, kenalah simpan dan jaga sebaiknya.Bagi makbonda pula setiap hari guru akan mebelikan anak-anak hadiah untuk guru-guru mereka sebagai melatih diri mereka supaya menghargai guru..Biasanya hadiah itu adalah berupa benda yang boleh di gunakan,seperti mug,pen,dulang,bekas makanan dan sebagainya.

Bagi makbonda,hadiah hari guru yang paling berharga makbonda dapat dari Allah SWA ialah pada hari guru tahun 1991.

Pada hari itu ialah hari guru,jatuh pada hari Khamis,ada permainan di atur oleh kawan-kawan sebagai acara sambutan hari guru.Makbonda juga turut mengambil bahagian walaupun kandungan anak ke 3 sudah agak syarat. Tetapi Makbonda tidak menjadikan alas an untuk duduk melepap sahaja.Antara petua senang bersalin ialah dengan berjalan-jalan tanpa rasa memaksa.

Sekembalinya di rumah Makbonda rasa penat yang amat sangat.Malam itu malam Jumaat,usai membaca Yasin dan Al Kahfi,mula terasa bawah ari seperti mendenyut. Ini pengalaman ketiga Makbonda mengandung,jadi tahuah Makbonda masanya telah tiba. Sementara menunggu suami pulang dari Isya’ di surau,dengan tenang Makbonda mengemaskan keperluan untuk ke hospital.
Dengan meninggalkan kedua-dua puteri dirumah emak mertua yang tinggal di sebelah rumah,suami membawa Makbonda ke hospital Teluk Intan setelah memberitahu jururawat desa.Makbonda di masukan dalam wad bersalin pada jam 10.00 malam.


Sepanjang mengandung anak ketiga ini Makbonda mempunyai habit yang agak menyengalkan,air liur sentiasa keluar sendiri tanpa boleh di tahan,jadi Makbonda sentiasa berludah,sehingga masuk tidurpun akan Makbonda sediakan bekas untuk Makbonda berludah,Makbonda berhenti berludah bila mata telah terlena tetapi sebaik sahaja terjaga air liur akan mengalir lagi. Seperti biasa setiap kali mengandung Makbonda menghadapi morning sickness yang teruk sehingga kandungan 120hari.Makbonda tidak boleh makan di rumah,semuanya keluar kembali,tidak boleh bau gorengan ikan,atau tanakan nasi,sehingga makbonda rasa seperti hidup ini tidak berguna. Selepas 120hari barulah semuanya kembali kepada asal.Tetapi yang ini tidak, makbonda terus loya dan sentiasa berludah,Makbonda tidak boleh makan benda masam,jika makan Makbonda akan muntah-muntah lagi. Makbonda paling suka makan semua mee,terutama mee mamak.Naluri ini bukan dibuat-buat tapi ia datang sendiri. Cuba juga makan makanan yang Makbonda gemari masa mengandung pertama dan kedua dahulu,tapi gagal.

Semasa di dalam wad Makbonda terpaksa meminta misi menyediakan bekas untuk berludah,sehinggal di bawa ke wad berslin,air liur tidak juga berhenti mengalir….. akhirnya tepat pukul 10 pagi sakitku semakin kerap,sambil menahan sakit Makbonda membuang air liur,Makbonda terpaksa berkali-keli meminta maaf pad misi-misi.

Sebaik sahaja bayi itu lahir air liur tersebut berhenti dengan sendirinya….seperti biasa sebaiksahaja bayiku keluar akau akan bertakbir,bertahmid dan bertasbih berulang-ulang sambil air mata ku mengalir.Dengan jasad yang masih lemah Makbonda kerling suara tangisan itu,misi menunjukan bayi itu kepadMakbonda….tenguk puan,dapat bayi apa ni……Makbonda tidak dapat menahan sebak…..sudah semestinya…dia bayi yang sempurna……setelah dua putere kini putera…putera yang kebiruan bukan kemerahan…bertahmid…bertahmid berulang-ulangkali. Setelah selesai membersihkan bayi tiu dan siap menjahit luka, bayi itu di letak di pangkuan,amat hangat dan mesra sekali dan Makbonda di sorong keluar…..sebaik sahaja matMakbonda bertembung dengan suami sebak di dada semakin menjadi…..beginilah keadaanku setiap kali bersalin….Makbonda takut tidak sempat berjumpa dia sebelum diampunkan segala dosa…….dan bayi itupun barulah di azankan.

Inilah Hadiah Hari guru dari Ilahi,,Putera sulung ini dilahirkan pada 17Mei bersamaan 4 Zukaedah 1411 pada jam 10.30am,hari Jumaat….semoga dia menjadi anak yang soleh, Di lindungi dari api neraka,menjadi pemimpin kepada seudara-saudaranya dan keluarganya. Dia adalah hadiah dari yang Maha Pemberi sudah semestinya akan Makbonda simpan dan jaga sebaiknya,dicurah segala kebahagiaan agar nantinya dia akan membehagiakan insan lain.

“Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka” (hadith Riwayat Muslim)

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki”

Inilah wajahnya ketika baby



Sekarang jadi seperti ini


Walau apa kerjaya yag dipilihnya semoga sentiasa hidup dalam keredhaan Allah.

8 ulasan:

  1. Salam....kalau setiap hari guru dapat seorang...lagi meriahkan! He..he..

    Selamat hari guru buat mak bonda, dan selamat ulangtahun buat anakanda Aizat....

    BalasPadam
  2. Lah,salam kembali.
    Wah repot gitu sih!

    Selamat juga untuk mu.....setiap hari kelahirannya memoriku cenderung pada kamu,kenapa ye?

    BalasPadam
  3. terima kasih kepada kak makbonda & kak xiinam kerana mengajar saya membaca sejak 4 tahun. masa 6 tahun saya menang pertandingan membaca peringkat Teluk Intan di dewan SKOMK :)

    BalasPadam
  4. Dik
    "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

    BalasPadam
  5. salam bertukang di sini..

    saya kira anak ketiga auntie sebaya lah dgn saya..saya pun lahir 1991 :)

    moga Allah sentiasa merahmati keluarga auntie..

    tq komen di blog saya..betul kot auntie..saya pernah lalui tu..pernah ada kwn saya tak tegur saya,terus anti dgn saya gara2 mak saya marah die tak siap kerja..tak pepasal ukhuwwah antara saya dan die terputus..ni lah cth org yg pemikirannya sempit dan negatif..

    hmm..nak buat macam mana..saya redha je la auntie..

    apapun, selamat hari guru saya ucapkan pada auntie..moga auntie diberi kesihatan yg baik utk bertugas demi anak bangsa tercinta..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum makbonda.
    Guru mmg pekerjaan yg murni. pahalanya berterusan jika anak murid terus aplikasikan ilmu yg diajar.
    semoga guru akan disanjung sampai bila2.
    salam hari guru..

    BalasPadam
  7. Wa'alaikumumussalam Tukang kata,
    Ya lah sebaya lah tu,dia anak ketiga,kamu?
    Tak apa,mereka yang berfikiran begitu....yang penting kita tidak.
    terimakasih.....semuga kamu berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
  8. NiZaM
    Memang murni kalau kita berpegang pada amanah,dan menjadi keji jika kita ingkar.
    Selamat untuk kamu juga.

    BalasPadam

Catatan Popular