DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 12 Mei 2010

Bangun......Assalamualaikum cikgu....


Hari Sabtu lepas, seorang murid tahun 6 telah datang kembali kesekolah dengan bapanya yang sedang baran dengan membawa benda tajam dengan niat melempang seorang guru yang sedang mengajar kelas tambahan.Puncanya guru muda yang baru posting telah kehilangan darjah sabarnya setelah beberapa kali dicabar oleh si budak tersebut.Sepontan terbanglah tangan mulus wanitanya ke pipi budak itu,menyebabkan budak tersebut memaki hamun gurunya lalu meninggalkan kelas dan berjanji akan kembali bersama bapaya.Janjinya rupanya benar dengan kedatangan bapanya bersama baran,maka terjadilah pertikaman lidah antara guru muda yang berdedikasi itu dengan pakcik berjiwa baran dan pernah di cekup kerana judi itu. Pertikaman lidah yang sadis itu berjaya di hentikan oleh GPK HEM kaum Adam yang kebetulan mengambil anaknya dari kelas tambahan tersebut.


Sebanarnya peristiwa sebegini hanyalah sekelumit berbanding dengan ribuan peristiwa yang berlaku di seluruh sekolah di negara kita.Bagi mereka yang tidak pernah tercebur dalam dunia perguruan mungkin memandang sinis pada guru-guru yang telah terlibat menurunkan anggota ke tubuh anak murid tersebut.Guru manusia biasa yang punya emosi,berbeza dengan guru yang telibat dalam pendidikan khas,mereka memang diberi kursus khas untuk mengatasi murid-murid bermasaalah,mereka maklum akan pelajar mereka….tetapi bagaimana dengan guru biasa yang ditugaskan mengajar matapelajaran peperiksaan,yang semestinya mahu menghabiskan sukatan dengan segera untuk menumpukan pada kaedah menjawab kertas peperiksaan?Dengan menunaikan harapan dari pihak sekolah untuk menaikan %pencapaian. Sedang guru dalam tungkus lumus tiba-tiba menerima gangguan dari pelajar yang berhati kering tersebut.


Di usia menghampiri setengah abad ini setelah lebih 20 tahun mengajar makbonda telah mencapai tahap keseabilan emosi yang lebih baik berbanding 25tahun tyang lalu.Dulu makbonda pernah mengikat kaki seorang murid di kerusinya kerana gangguannya telah mencapai tahap gaban.Semasa guru mengajar dia akan merayau didalam kelas,sehingga tahap mengorek beg orang dan makan bekalan yang dibawa.Kalau hilang duit makbonda boleh gantikan,ini hilang bekal,bekal itulah satu-satunya yang emak pelajar tersebut buatkan,tiada yang lain.Kalau setakat mencuri pembaris,pensel,duit, itu semua sudah lali bagi makbonda.murid itu bukannya digolongkan dalam OKU,dia waras,tapi gersang dengan perasaan.Tapi makbonda masih bernasib baik kerana bapak murid tersebut bukan dari jenis bapak murid dalam perenggan pertama tadi.


Makonda juga pernah ditujukan jari telunjuk oleh seorang ibubapa yang anaknya telah mengadu cikgu merampas buku teksnya lalu diberi pada murid India. Bapanya datang dan mamaki hamun “Cikgu lebih mementingkan anak keling,pakai je dakwah tapi pentingkan orang kapir.” Sebanarnya buku teks belum cukup,anak dia tidak mencapai kemahiran 3M pun,memang belum layak menulis dalam buku teks,jadi makbonda berilah peada seorang anak India yang cerdik.untuk murid itu makbonda beri latihan dalam lembaran kerja yang mudah,bila bekalan buku sampai nanti dapatlah buku tersebut.Yang hairannya 3M pun tidak mencapai tapi pandai pula dia membawa cerita.


Terlalu banyak suka duka menjadi guru sekolah rendah ni. Bila membaca memoir seorang guru nukilan Ustaz Azizi Abdullah memang terasalah,kadangkala makbonda juga ada dalam plot-plot tersebut.



Judul : Memoir Seorang Guru
Pengarang : Azizi Haji Abdullah
Penerbit : Alaf 21
Genre : Novel Dewasa
Mukasurat : 299 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789831243152

surah Ali Imran ayat 110:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

4 ulasan:

  1. assalamualaikum semua,
    Betullah, cikgu ni kena banyak sabarkan. Kakak ipar saya, dek kerana tak tahan(kerana terlalu lemah lembut orangnya) tukar dari sek men ke sekolah rendah. Katanya ok sikit.... Semoga kak/makbonda antara orang yang mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Makbonda..

    Jiwa seorg guru dlm diri saya membuatkan saya tersentuh dgn entry makbonda ni..memang banyak cabaran dan pengorbanan guru..teruskan berkhidmat makbonda!Untuk bangsa, agama dan negara..

    BalasPadam
  3. Nisa,

    Tulah,perkara-perkara macamtu menambah warnawarni kehidupan dunia pendidik,lalu menambah matangkanlagi jiwa meeka.....Semoga Allah merahmati.

    BalasPadam
  4. Ummu Ammar,

    Ya,kalau takut dilambung ombak janganlah berumah di terpi pantai kan? Semoga
    allah sentiasa melindungi kita.

    BalasPadam

Catatan Popular