DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

Dengki,iri hati,cemburu, hasad dan seumpama dengannya.




“Alah tak aci,kakak punya besar,kita punya kecik”
“Alah,bekas pensel dia cantik,kita punya tak…bapak dia banyak duit bolehlah”
“Awak cantik bolehlah…..”
“Alah adik tu boleh je,kakak semua tak boleh….”

Ni ayat ayat cemburulah ni!.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."


Kita dengki?

Pada orang kaya harta? Kerana orang kaya bahagia? Tidak orang kaya tak bahagia,hatinya selalu bimbang akan jatuh miskin atau keselamatan terancam dan hilang kebahagiaan.Jadi sentiasa berfikir untuk mengekalkan kekayaannya dan mengeluarkan belanja yang besar untuk menjaga keselamatanm

Pada orang cantik?kerana orang cantik bahagia,disana-sini orang mengkagumi? Tidak,orang cantik sentiasa bimbang hilang kecantikan,dia takut di hinggapi sakit kulit lalu cacat wajahnya,atau takut pada makanan lazat kerana berat badan yang naik dan nampak huduh.Jadi kena sentiasa berbelanja bagi mengekalkan kecantikan.

Pada orang popular?kerana orang popular ramai pengikut?Tidak orang popular tidak bahagia,takut kepopularanya turun,pengikut lari kerana salah percaturan atau terbuka aib,jadi kena menghalalkan cara untuk kekal popular.

Pada orang pandai?Kerana orang pandai bahagia?Bahagiakah orang pandai? Orang pandai hatinya sebal,kerana orang tak pandai tidak memahami kehendaknya,lembab dan lambat,orang tidak pandai bertanya yang bukan-bukan,tak faham-faham orang cakap..Bila orang pandai buat kesalahah orang akan kutuk habis-habisan.

Pada orang berilmu?Orang berilmu seraba salah,nak ajar orang kata tunjuk pandai,tak ajar orang kata sembunyikan ilmu. Orang berilmu kalau buat dosa Allah akan timpakan azab yang besar,sebab dia dah tau salah tapi buat juga.


Orang berilmu yang tidak beragama akan membawa orang lain kepada kesesasatan,Orang pandai yang beragama akan membawa bersama-sama kita kedalam keredhaan dan sentiasa bersama sehingga kealam barzah.Boleh lah kita cemburu pada orang yang pandai,berilmu dan beragama?

Cemburulah pada orang beriman? Sebab orang beriman ;

1. Sentiasa mendapat dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.

2. Diberi penyelesaian dari masalah yang dihadapi.

3. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga.

4. Dipermudahkan dalam segala urusan.

5. Dikasihi oleh Allah SWT serta malaikat dan manusia.

6. Mendapat keberkatan dalam kehidupan.

7. Mendapat perlidungan dari Allah SWT dari bala bencana.

8. Mendapat kemenangan.

9. Terpelihara dari tipudaya musuh-musuh.

10. Diberi petunjuk untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.


Iman itu bukan cita-cita dan bukan juga angan-angan, tetapi (iman) ialah rasa yang di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.

Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Sabda Nabi Muhammad s.a.w.;
Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum semua,

    Terima kasih makbonda, atas peringatan.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. salam makbonda,
    Susahnya nak elak sifat cemburu kan makbonda? nampak orang ada, kita pun nak. saya pun cemburu, orang ada anak ramai..hihihi.
    Hasad dengki pulak, memang membawa banyak keburukan dari kbaikan. na'uzubillah minzalik. Thanks sharing, mak bonda

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam,

    Nisha


    Sebenarnya peringatan itu untuk diri makbonda sendiri yang tenat berpenyakit mazmumah.

    BalasPadam
  4. Salam kembali indah.

    Yang bahayanya sifat dengki diikuti pula cuba untuk menjatuhkan sesaorang atau memudaratkan diri sendiri.....Semoga dijauhkan kita dari sifat2 demikian.

    BalasPadam
  5. mak bonda...
    sy xtau lagi nk buat ape...
    di tempat saye blaja
    ade satu budak yg terlalu dengki ngan saye lalu die menuduh n menyebar fitnah yg saya nie giler...
    sampai kan semua org pulaukan saya dan xmahu berkawan dgn saya lg...
    sy xtau nk buat ape lagi makbonda....
    tolong saya....
    hanya pada Dia saya berserah nasib...

    BalasPadam
  6. hana,berat juga ujian kamu,maknanya kamu di pilih oleh pencipta kamu sebab Dia tahu kamu boleh menghadapinya.

    kedengkian dan fitnah budak itu tidak melibatkan kamu,dia yang akan berhadapan dengan penciptanya.

    Tindakan akmu berserah pada DIA adalah betul,kerana Dialah tempat sebaik-baiknya untuk kita mengadu.Insyaallah,semuanya akan berakhir.

    BalasPadam
  7. Salam 1malaysia dan sejahtera. Saya rasa persoalan saya tidak mampu untuk dijawab, beginilah masalah saya.

    Saya seorang lelaki cina yang berwajah biasa sahaja, umpama bila lalu depan orang takde yg akan prasan. Nak kata tak sehot laki lainlah. Saya sering dengar orang kata lelaki melayu lagi hensem dan memang saya rasa benar. Kat mana2 saja ada lelaki melayu yg hensem. Jadi ia menyebabkan saya bukan sahaja iri hati tapi masa yg sama tiada keyakinan diri. Kekadang saya sedih sebab keturunan saya tidak memiliki baka yg baik macam melayu. Bagaimana harus saya atasi penyakit hati ni? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan

    1. setiap orang diberi kelebihan yang berbeza beza,cuma bagaimana cara kita meraikan kelebihan yang kita ada,itulah yang dikatakan bersyukur. Kita sangka orang lain kacak menjadi perhatian,belum tentu dia gembira,dia juga ada kelemahan yang kita tak tahu,dan tidak semua orang suka pada yang kacak,kerana mengetahui kekacakannya bukan boleh membahagiakan orang lain melainkan jika dia ada budibahasa dan perangai yang baik.

      Padam

Catatan Popular