DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Sabtu, 15 Mei 2010
Berludah ke langit jatuh ke muka sendiri
“Mak,selalu kan kita dengarlah,kita kena hormat kat guru…oklah kita ikutlah nasihat tu…tapi macamana kalau guru pulak tak hormatkan murid?”sambil menggoyang-goyangkan kepala mengikut gaya remaja terkini di pasaran.
“Contoh?”
“Memalukan orang dikhalayak ramai,menuduh tanpa usul periksa,membuat dendaan tanpa bukti,masuk kelas marah-marah pasal punca yang kecik je,suruh anak murid pakai sopan tapi dia pakai baju ketat-ketat….macam-macam lagi….ni contoh je kan.”
Wah…mencabar betul soalan anak dara yang sedang memasuki gerbang remaja yang masih tercari-cari identiti nih.
Diantara kenyataan di bawah manakah respon yang paling sesuai bagi mejawab persoalan di atas;
A. Sapa nama cikgu tu? Bagi mak jumpa dia
B. Memang kurang hajar lah cikgu tu,entah-entah dia jadi cikgu pilihan terakhir tak?
C. Cikgu tengah datang bulan kut.
D. Pindah jelah sekolah lain,sekolah tu memang tak guna.
Ya, meludah ke langit akhirnya jatuh ke batang hidung sendiri.Jika orang diluar dunia pendidik membuat tanggapan-tanggapan negative pada dunia pendidik,sukar bagi makbonda nak menampan hujjah tersebut kerana pada kenyataannya memang terdapat individu-individu yang sedimikian.25 tahun berkecimpung dari suasana sekolah-kesekolah lain berhijrah memang tidak sunyi dari warna-warna gelagat rakan guru yang yang dimikian rupa. Terlalu berkira dengan kerja,hanya melakukan jika ada hitam putih,yang itu pun tidak sempurna.Ada yang berkebolehan tetapi tidak mahu di kongsikan.Tidak kurang juga yang menjadi tukang kipas,bekerja hanya untuk pentadbir.Ada seorang suami juga seorang ustaz menutup talian telefon isterinya dari pihak sekolah kerana didakwa isterinya untuk sekolah hanya pada jam 7.45am hingga 2.00pm,tanpa terfikir adakah isterinya digaji mengikut jam?Dari segi berpakaian dan keterampilan diri pula,seingat makbonda semasa di maktab lagi(MPSI) guru pelatih dididik tentang kesempurnaan pakaian,yang sadisnya pakaian dan keterampilannya tidak menggambarkan sekali dengan ilmu didada.
Sesungguhnya,hidayah adalah urusan Ilahi,kita hanya mampu memohon agar rakan-rakan seperjuangan diberi taufik dan hidayah.Semoga insan-insan yang di hasilkannya menjadi manusia.
Bagi makbonda meleraikan glodak jiwa si gadis tentulah memerlukan satu hujah yang ilmiah,tidak berat sebelah,logik,dan tidak memutuskan harapannya agar dia tidak mencari alternative lain . Makbonda kena menjadikan diri ini sahabat baiknya,menurunkan darjah diri ini dari seorang guru tua kepada pelajar awal remaja,dari bonda tua kepada anak gadis yang bangga dengan jiwa rapnya.
Dari web ke web ,dari blog-ke blog makbonda google,dari koleksi majalah,kitab dan buku…..makbonda yang tiada apa-apa waima ijazah, dalam psikologi,sosiologi dan seumpama dengannya.Terkapai-kapai mancari hujah.Ya itu semua menjadi pemankin pada makbonda untuk melengkapi diri dengan ilmu…..ya ilmu……makbonda mencari dan ters mencari…berguru dengan kehidupan dan pengalaman.
Antara jawapannya ada di sini.
Product Information
Majalah Solusi Edisi 19 (Mei 2010).
Hikmah Musibah.
Isi kandungan dan penulis:
Tafsir - Ustaz Hj Zahazan Mohamed - Tafsir Surah Al-Nas, Jin dan Manusia Jadi Penghasut.
Hadis - Ustaz Adlan Abd Aziz - Teguran Nabawi.
Cerna Minda - Ir Ahmad Jais Alias - Memenuhi Harapan.
Isu - Pahrol Mohamad Juoi - Hikmah Musibah.
Isu - Pahrol Mohamad Juoi - Bagaimana Menghadapi Musibah.
Jalan Keluar - Ustaz Ahmad Baei Jaafar - Hadapi Musibah Dengan Bermuhasabah.
Hikmah - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Sains Sosial Untuk Memenangkan Islam?
Mahmudah - Umar M Noor - Musibah Bawa Tuah.
Hai Anak - Rashidah Mustaffa - Besarkan Guru di Mata Anak-anak.
Haramain - Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman - Masjid-masjid Athariyyah di Bumi Makkah.
Soal Jawab Solat dan Fiqah - Ustaz Fadzli Al-Yamani.
Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Balasan Kebaikan Itu Keberkatan.
Soal Jawab Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Potensi - Hj Muhammad Zakaria - Bekerja Ketika Rehat.
Cerdik Baik - Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Punca Tidak Ceria.
Soal Cinta - Pahrol Mohd Juoi - Jangan Bertasbihkan Cinta!
Cetusan - Prof Dr Sidek Baba - Islam dan Barat.
Maqasid Syarie - Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani - Muliakan Manusia Semasa Hidup dan Matinya.
Usaha Jaya - Dr Irfan Khairi - Frekuensi Pemikiran Besar.
Jejak RM - Mahdzir Md Isa - Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.
Mahir - Ahmad Fadzli Yusof - Menggunakan Internet dalam Kerjaya.
Misteri Alam Ghaib - Dato' Ismail Kamus - Apakah Itu Syaitan?
Faraid - Ustaz Md Yazid Ahmad - Salah Faham Mengenai Wasiat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam...
BalasPadamSejak ada anak sendiri...dan anak itu telah menjadi murid-murid sekolah...xiiinam berusaha untuk jadi cikgu yang seperti diharapkan oleh anak-anak kandung xiiinam sendiri terhadap cikgu mereka....
Dan apabila anak-anak dah satu sekolah dengan xiiinam....laaaagilah, setiap tutur bicara dan tingkah kena dijaga sentiasa....kerana ibu menjadi cermin anak, dan anak menjadi cermin kepada ibunya...
Betul,Itulah sebabnya ke enam-enam anakku ku bawa bersama ke sekolah.....untk meningkat motivasi diri.
BalasPadamTapi jangan sampai soalan bocor sudahlah...he he he
terbaca en3 ni,mengingatkan sikap saya spt anak anda juga..
BalasPadammungkin kerana kami darah muda,
hehe..
Tukang kata
BalasPadam"Dia tetap guruku walau mengajar sebatang huruf alif" kata Saidina Ali r.a.
teringat kisah seorang cikgu yg memanggil anak muridnya "lembu" masa aku sekolah rendah dulu, sekarang dah ada talian saudara sikit. moga Allah beri hidayah kepada aku dan cikgu tu
BalasPadamDik,
BalasPadamAllah SWT maha sayang kepada hambanya yang memaafkan. Waktu itu dia tengah tensyen..... tengah bulan kut....