Telefon rumah menjerit-jerit ketika kakak sedang memberi salam mengakhiri solat zuhur,ketika itu telah 2.30 sepulangnya dari sekolah.Terlambat sebab ada sambutan hari Guru di Sekolah.
Kakak berlari-lari mendapatkan telefon"Hello Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."mesranya dan syahdunya suara itu.
Oh emak,…….begitula emak,yang kadang membuatkan kakak rasa berdosa,sebab emak mendahului memanggil dan bertanya khabar. Nasib baik kakak bukan sedang solat sunat,lalu emak menunggu dengan hati terguris. Kakak takut jadi macam Juraij.Seorang pemuda soleh yang rajin beribadat termasuk ibadat sunatnya.Setelah beberapa kali ibunya memanggil dia tidak menyahutnya disebabkan kerja-kerja sunatnya,sehingga ibunya berkata-kata,
“Wahai Juraij,semoga Allah tidak mencabut nyawamu sebelum kamu melihat wajah seorang pelacur” Sejak itu berbagai-bagai ujian yang Juraij tempuhi sehingga dia dituduh menyebabkan seorang pelacur mengandung.Setelah di bicarakan didapati bayi yang lahir boleh berkata-kata dan melepaskan Juraij dari fitnah dan hukuman,Itu semua adalah doa dari Ibu Juraij.
"Ya mak ni,beberapa kali panggil handset tak berjawab"
" Oh ya ke,Ya Allah,mintak-mintak mak jangan terguris hati ye,tengah solat zuhur tadi hand set tertinggal kat kereta"
"Tak adalah terguris-guris…..Selamat hari guru,moga jadi guru yang hebat"
'Terimakasih...selamat hari guru juga untuk mak"
"Emak bukan guru"
"Eh emaklah guru kakak paling hebat,guru kakak sejak lahir sampai sekarang"
"Tapi emak tak ada kelulusan"
"Alla Taala bagi kelulusan untuk mak,lagilah hebat. Dulu kakak makan pun tak pandai emak ajarkan,dahpandai makan pilih makanan pun tak reti,emak ajar pilih. Tak pandai pakai baju emak pakaikan dah pandai pakai, pasang butang tak tahu,emak ajarkan.Emak ajar kakak sikat rambut,kalau tak sikat tak cantik.Emak ajar lap hingus jangan bagi melilih dan berselepat dipipi kakak yang tembam.Emak ajar cebok kencing dan berak. Emak ajar bila mandi gosok belakang telinga,buangang tahi mata. Semua tu emak yang ajar. Bukan ke Emak dah jadi guru kakak yang hebat”
“Itu dah tanggung jawab emak,”
“Tanggung jawab emak juga sebagai guru pada anak-anak. Walaupun tak sehebat chef-chef tapi emak dah ajar kakak masak. Bagaimana tanda air mendidih,berapa banyak air untuk menanak nasi,bila masa mahu masukan ikan dalam minyak.Walau tak sehebat tukang jahit butiq tapi emak ajar bagaimana mahu menjahit kain batik dengan beberapa kaedah.Emak ajar jika membuat klim baju jangan bagi nampak benang dari luar.”
“Anak perempuan kena lah pandai buat kerja macam tu”
“Tapi ada kawan-kawan kakak tak pendai buat pun. Bila kakak besar dan selalu susah hati sebab ada kawa tak kawan kakak,emak ajar baca Subahanallah,Alhamdulillah Allahuakbar,orang lain mak dia tak ajarpun, emak suruh baca surah Waqiah supaya kita tidak papa.tidak tertanggung dengan hutang,mak ajar biar kita tidak ada duit asal jangan banyak hutang. Orang lain Mak dia tak ajar sebab tu hidup dibelenggu hutang.Mak suruh amalkan solat dhuha,supaya murah rezeki dan dimudahkan segala urusan. Mak orang lain tak ajar pun pada anak dia.”
“Ialah,mak pun dapat dari bapak,dari embah,mak bagi tahu kakak ajarlah pula pada anak-anak”
“Insyaallah,Alhamdulillah kakak adalah lulusan madrasah Emak.Emak adalah sumber segala-galanya.Emak adalah seorang guru dan ibu yang berjaya”
“Kalau macamtu doakanlah emak akhiri hidup ni dengan khasanul khotimah. Kirim salam kat menantu mak dan anak-anak”
“Insyaallah,kirim salam kat bapak,terimakasih untuk semuanya,semoga allah membalas semua kebaikan mak.”
Buku ini telah makbonda bekalkan pada ejat sebelum pelayarannya. Tempoh hari semasa mencari hadiah untuk program bertukar hadiah hari guru,makbonda membeli buku ini tetapi tiba-tiba fikiran bertukar untuk memilih buka lain,dan buku ini masuk koleksi.
Salam Makbonda. Tepat dan cantik kata-kata itu.Alhamdulilah.
BalasPadam...dan emak yang ini juga, akhirnya mengucapkan selamat hari guru buatktu melalui 'voice message', kerana telefon ku di 'silentkan' masa Pengetua sedang membaca perutusan Hari Guru dari Pak Menteri.
BalasPadam...............laaaaaaagi rasa bersalah kudibuatnya!
Ya, beliau memang cakna hal-hal begini.
Salam makbonda,
BalasPadam:) Syahdu.... ikhlas,saya tak pandai nak brterus terang macam tu dgn mama saya. saya jrg dipuji, tapi sepatutnya saya yang mula memuji. saya jrg ditanya khabar, sepatutnya saya yg bertanya dahulu... Terima kasih kak, atas panduan..
Saya suka!.. sangat2..
BalasPadamdialog antara ibu dan anak..
hati ini tidak pernah jemu utk mengikutinya.. lagi dan lagi dan lagi.. hihihi...
ada ilmu di situ.. ada nilai di situ..
ada pengajaran yang akan diteladani di situ..
:)
semoga rahmat dan redha Allah bersama ibu-ibu dan ibu guru ibu guru sekalian.. ameen.
Assalamualaikum
BalasPadamSangat menarik entri ini, memberi banyak erti.
Terima kasih.
P/S: 'husnul' khotimah (bukan khusnul/khasanul)
Salam kembali Puan Ngasobah.
BalasPadamBila saya peluk mak,saya rasa tulang belakangnya,sudah bongkok, kemudian saya urut-urut. Emak akan kata "badan mak sudah bongkok" saya kata "Ialah bongkok,sudah mendukung 10 orang anak,sayalah yang paling berat agaknya" :)
CkLah, tulah sepagi kita hingar bingar dengan acara yang di atur,terabai panggilannya.Berdosanya kita kan?
BalasPadamSalam kembali indah.
BalasPadamBetul,kita yang kena mulakan,orang yang memulakan ukhuwah lebih mlia.Perkeara sebegini suami akak yang didik.Kakak dulu sukar nak memulakan salam,lebih kepada harapkan orang sapa dulu,tapi rupanya orang yang memulakan lebih mulia.Kena didik diri hilangkan ego.Dulu tak pandai puji orang,rasanya macam hipokrit je,tapi kena didik hati untuk menjadi ikhlas.
Tiny,
BalasPadamSuka ye?
Mak kalau bergayut dengan kakak susah betul nak berhenti,kasihan dia. Bapak sudah kurang bersimbang. Memang selalu rasa bersalah,tak dapat tak mendampingi dia selalu. Tu sebab seboleh-bolehnya biar dia rasa seronok berinteraksi dengan kita.
Walaikumussalam Ros,
BalasPadamInilah untungnya bila berada dikalangan bunga yang wangi,kita akan tercalit keharumannya. Terimakasih atas pembetulan.Kalau ada lagi sebarang kesilapan jangan jemu membetulkannya,semoga kita saling berkongsi syafaat di akhirat nanti.
...kali ke-2 jenguk ke sini, saya berhasrat untuk 'delete' komen saya kerana tiba-tiba terfikir mungkin saya telah meletakkan komen di tempat yang salah (tempat terbuka).
BalasPadamTapi alhamdulillah, respon yang diberi menunjukkan bahawa 'kakak' seorang yang berfikiran positif menerima komen saya.
Terima kasih Makbonda. :)
Ros, tidak mengapa.sekurang2nya orang yang membacaya tidak akan menglangi kesilapan yang sama.
BalasPadam