DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 26 Mei 2011

Idola

Usai menjawab kertas sceince walaupun masa masih ada lebih kurang 14 minit,si dua Abdul ini meminta keluar ke tandas. Beberapa ketika datang dengan rambut yang basah-basah dan berterampilan imej baru.

"Style apa pulak rambut tuh?"

"Noh hujan" sambil menyanyi "Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya................."

"Siapa Noh Hujan ni"

"Alah penyanyi,cikgu tak kenal ke,best cikgu,rambut dia stylo"

"Minatlah ye?"

"Minat lah dia tu kan bla bla bla" semua yang membanggakan mereka.

"Cikgu ambik gambar boleh"Berebut-rebut memasukan muka dihadapan lensa.

"Cikgu nak panggil dia lah datang sini"

"Fuyyo best"

"Nak suruh dia ceramah kat murid sekolah ni,belajar rajin-rajin,bila ujian semak dulu sampai habis masa,pakai baju elok-elok butangkan,gosok baju biar kemas,belajar Quran sampai khatam,solat jangan tinggal,jadi lelaki yang soleh. agak-agak kamu nak ikut tak cakap dia?"

"Hmmmmm  mau ke dia"Sambil berpandang-pandangan satu sama lain sambil menggaru-garu tengkuk.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” 
 Al Ahzab (33): 21

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum MakBonda..

    ""Hmmmmm mau ke dia".. Allahu... itu komen akhir mereka ye?.. adduuuhhh...

    Semoga Allah jadikan saya 'idola' yg baik kpd anak-anak..

    (ngeri pulak kalau anak-anak kata.. "alah, ibu kami tak kisah pun, yg CIKGU sibuk apahal??!!".. MEMANG TIME TU JUGAK NK SURUH CIKGU TU PELANGKUNG KEPALA SORANG-SORANG.. LESEN BESAR DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU ANAK-ANAKKU NANTI!!..) - kalau anak-anak komplen, diaorg kena masuk 'mahkamah' Ibu - takyah nk pegi mahkamah luar nuun...!!..


    bimbang dgn IDOLA anak-anak skrg!... sampai terlupa IDOLA sebenar umat... (masalahnya.. mak bapak si anak-anak tu pon TERSALAH IDOLA!.. camno tu?... huhuhu).

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Tiny.

    Babak ni baru berlaku beberapa minit sebelum di publishkan. beberapa menjak ni komputer dimeja kerja makbonda telah di online kan,jadi sambil merekod buku baru sambil online,lagipun buku sistem dewey dah tak ada dalam simpanan jadi kena tengok online.Makbonda ni Guru Media,jaga pusat sumber.

    Makbonda tegur juga cara dia memakai songkok tu,ini style yahudi.Mereka ni amat popular di bibir guru GPK HEM dan g disiplin,tapi makbonda selalu terhibur dengan kerenahnya.Mereka adalah mewarnai dunia pekerjaan kami. Tanpa mereka dunia kami stereotaip,tanpa cabaran.

    Acap kali bila sesuatu tingkah laku luar biasa timbul,makbonda akan terfikir bahawa mereka mewakili semua kanak-kanak seusianya,dan menjadi cabaran kepada guru-guru untuk bersedia menangani permasaalahan yang timbul.

    BalasPadam
  3. kagum tiny dgn jawapan mulus makbonda..
    benarlah makbonda guru yg ideal..
    sentiasa memandang yang jernih dari ribuan karat yang bertakung..
    sentiasa melihat sinar di sebalik kabur yang menyelubung..

    kala guru2 lain (mungkin, wallahu alam) pening dan geram dgn kerenah pelajar2 begini, makbonda memandang riang gelagat mereka dgn tarbiyah melalui dimensi yang mampu dicerna dek minda remaja mereka..

    Semoga guru-guru anak-anak tiny kelak juga berjiwa 'PENDIDIK' seperti makbonda.. ameen..
    Bukannya sekadar 'menjadi guru kerana dah tak dapat kerja lain dah, cukupla sekadar dapat gaji bulanan!".. , maka di situ nanti pincanglah moral si pengajar beserta amanah mengajar termasuk yang diajarnya!..

    kan makbonda kan?!.

    luv u a lot!.. <3

    Semoga rahmat Allah sentiasa bersama MakBonda.. Bersama Bonda dan Ayahanda MakBonda yg mendidik anak mereka menjadi org BERILMU... guru-guru makbonda serta sesiapa shj yang telah memberi kebaikan kepada makbonda... dunia dan akhirat.. ameen.


    :)

    BalasPadam
  4. Tiny,
    Pelajar yang beginilah bila dia besar nanti lebih peduli guru dari pelajar yang lain.Adakalanya bila tiba ke alam menengah peningkatan mereka begitu mendadak.Makbonda pernah menerima kad Hari Raya dari pelajar yang sepesis ini yang telah berada di IPT.Dalam note nya dia kata masa Sek Ren dulu tak pernah rasa hadiah di hari Penyampaian hadiah.Sebaliknya pelajar yang dulunya cemerlang tidak berbuat seperti mereka.

    Fenomena "menjadi guru kerana dah tak dapat kerja lain dah, cukupla sekadar dapat gaji bulanan!" semamangnya sangat lumrah sekarang,itu sebab dia akan lakukan tugas yang telah disenaraikan untuknya sahaja.

    Apa-apa pun Tiny,dalam kerjaya apapun yang pentng niatkanlah tugas kita untuk ibadah.Semoga mendapat keberkatan dari rezeki yang diperolihi.

    BalasPadam

Catatan Popular