DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 21 Januari 2011

Bakal mujahid ku?

Di halaman sosial ibu-ibu lain sering kita dapat cerita tentang pengalaman kerenah anak-anak yang sedang membesar,masuk tadika,masuk sekolah rendah, asrama dan seterusnya. Tapi rasanya Makbonda jarang jumpa yang mengongsi pengalaman setelah anak masuk ke alam kerjaya.

Kali ini Makbonda mahu mengongsikan pengalaman itu. Namanya Ahmad Aizat,Makbonda suka panggil dia abang kerana dia anak lelaki pertama,tapi dia sendiri bahasakan diri dia Ejat, yang pernah diceritakan disini dan disini.

Kita ke tempat dia menjalani dunia praktikalnya. Di Kapal Melati satu kepunyaan MISC.



Kapal itu dalam sessi berlabuh di Westport, Kelang,dalam perjalanan dari Roterdam ke China membawa cecair kimia berisiko tinggi.Sejak dari Suez lagi tidak ada line untuk berhubung,bila sampai perairan Perak baru dia dapat menghubungi kami,ikut jadual Petang Rabu,tiba di Westport, tapi atas kesibukan diport tengahari Khamis baru rapat ke tepi.Program asal dia akan keluar menemui kami setelah dia habis duti 4am-8am,dan kami membawa dia keluar dan semasa menghantarnya kembali kami dibolehkan masuk ke perut kapal setelah dia mengisi borang kebenaran untuk penjaga,tapi disebabkan jadual berlabuh yang tertangguh,apa yang dirancang semuanya lari,manusia hanya merancang,semuanya telah di atur oleh yang Maha Pengatur. Masa untuk bertemu suntuk sedangkan 1.00am mereka akan menginggalkan west port menuju ke Singapura.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik ke kapal semasa dia duty 4.00pm8.00pm.

Seorang ibu menghampiri usia separuh abad ini,mamanjat tangga yang kecuramannya kurang dari 90 darjah,atas semangat melempiaskan kerinduan tetap digagahi jua.Sambutan dari krew-krew amat menyenangkan. Pertemuan disaat dia sedang duty,dan bidangnya ialah engineer, beginilah keaadaannya.

Kecil,kecil dimandikan ibu sudah besar bermandikan minyak,sudah tidak dapat disembunyikan lagi keterampilannya. Betul-betul kolar biru. “Ingat tadi ejat nak jumpa emak masa ejat smart,ni dah kantoi dah”Katanya. “Tak apalah,dah anak Mak,bagaimana keadaanpun tetap tampan di mata Mak”

Dia membawa kami melawat perut kapal tidak terkecuali tempat duty nya. Mari kita menerjah.

Musolla,agak selesa juga,muat 40 orang berjemaah, keistimewanya arah kiblatnya sentiasa berpusing arah 360 darjah,mengikut kedudukan kapal.Masa Idul adha dulu mereka bersolat sunat Iduladha disni dan Ejat menjadi imam dan membaca khtbah.

Alat pengesan kedudukan Qiblat.


Dapur masak makanan,seorang chef ditugaskan disini dengan beberapa krew.

Dewan makan

Bilik untuk kepten, “Bilik popey the sailorman” kata Ejat pada adiknya Aimi.Berdiri di sini boleh melihat keseluruhan hadapan kapal,macam memandu kereta.

Objek ini dirakam di tempat kepten.Menambah kelegaan.

Bilik Membasuh pakaian,basuh sendiri,sabun disediakan.

Inilah engine room tempat Ejat bertugas.Suhunya 39 Celsius ,terdapat 9 tingkat tangga perlu di selusuri. Oleh kerana ini praktikal pertama,tugasnya hanyalah memeriksa tempreture,merekod-rekod,lap-lap lantai dan engine dan sebagainya,ala-ala kuli engineer gitu. Hanya abah dan adik lelakinya Aiman yang mengiringi,ibunya tidak mampu,Cuma tengok jauh-jauh memujuk hati.


Ejat sedang menulis laporan

Engine yang sentiasa on,bising hingga gelombang suara manusia tidak boleh menembusi.Aimi,si anak bungsu,sentiasa memekup telinga.

Ini masa mahu tukar shift, dia sedang membuat penerangan pada rakan setugasnya.

Bilik tidur?kami berpeluang masuk bilik tidurnya,tapi tidak boleh dipapar disini, membuka aib,bilik bujang katakana,4 orang sebilik untuk kedet.tapi untuk yang berpangkat tentu lebih selesa.Eman bertanya “Macamana masa menempuh gelombang,boleh tidur ke?” “Kena turun katil,kalau tak terhumban,baju yang disangkut akan terselak 90darjah,kali pertama dulu kat Selat Inggeris,Ejat mabok,tapi sekarang dah ok”

10.00pm saat tiba untuk meninggalkan dia,di paker kereta terserempak dengan kepten yangdihantar oleh keluarganya,dalam beberapa jam berlabuh sempat dia pulang kerumah menghantar melawat keluarga. Pada kepten itu sempat kami menitipkan harapan untuk menjaga anak kami,Mohon di tunjuk ajar,sakitilah untuk bertambah kekutan dan ketahanan tapi bukan untuk melempiaskan kemarahan.

Harapan kami,dialah antara krew-krew yang terlibat dalam kapal seperti Mavi Marmara atau seumpamanya,yang berusaha menghantar misi-misi kemanusian ditempat yang memerlukan.Insyaallah.Semoga dikalangan mujahid-mujahid itu ada kamu.

8 ulasan:

  1. Menceritakan pengalaman anak-anak seperti ini baik untuk dijadikan perkongsian sebenarnya makbonda. Ibu bapa yang masih muda, dan anak-anak masih kecil, dapat melihat pengalaman 'beranak-pinak' dengan ibu bapa yang sudah veteran. Cabarannya tentu bertambah besar. Jangan dianggap cerita pengalaman ini sebagai menunjuk-nunjuk...kerana anak-anak kita masih kecil...

    Kalau masa bayi, cabaran ibu bapa mungkin biasanya berkisar nak beli pampers, susu, bayi atau nak cari pengasuh. Kemudian masuk tadika, ibu bapa sama-sama ghairah dengan anak yang sudah mula 'bersekolah' dan bertambah ghairah apabila anak itu menunjukkan tanda-tanda kecerdikan, lalu ngin mengongsi dengan orang dalam laman sosial. Apabila sudah sekolah menengah, lain pula asam garamnya. Kemudian, masuk IPT...sampailah seterusnya.Putaran alam...semua ibu bapa akan lalui. Dan bagaimana 'keadaan kita menangani' apabila tiba waktunya nanti, belum tahu...

    ...dalam pada itu, tuntutan dan cabaran zaman terus berubah. Pendekatan menangani anak-anak juga mungkin ada yang berubah. Masa anak-anak kita besar nanti tak tau bagaimana.


    ***Terharu menerima panggilan telefon dari Aizat masa singgah di Pelabuhan Klang malam tadi. Kebetulan, tak lama selepas itu, BIN saya pun menelefo dari asrama, minta tolong buatkan Kerja Kursus Sejarah. Sebagai ibu, yang kebetulan memang di bidang Sejarah...saya tolong sekadar patut.

    BalasPadam
  2. Ck Lah,betul kata kamu.Niat kan kerana Alah,semoga setiap huruf yang di ketuk memunafaatkan orang lain.Mintak dijauhi dari ujub dan riak.




    ***Masa tu depan kami,Abahnya tengah sembang dengan kapten,saja nak melambat-lambatkan permainan.Dia juga call embah wedoknya,cuba tanya apa perasaan dia.

    BalasPadam
  3. Salam. Saya berdoa doa makbonda Allah kabulkan. Semoga ia mengikut jejak Sallahuddin Al Ayubi, membebaskan Masjid Al Aqsa, sekali gos Palastine. Siapa memerintah bumi barakah dia memerintah dunia. Nanti kita bicara pulak surah An Nur ayat 55.

    BalasPadam
  4. Salam kembali Puan,
    Ameen.
    "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.(An Nur ayat 55)

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan-NYA untuk mencapai cita2 anak dan ayahbondanya... dunia & akhirat...

    BalasPadam
  6. Kamilz,

    Semoga juga untuk kamu.....sama-sama doa mendoa.

    BalasPadam
  7. walaupun kerinduan ibu sentiasa di hati..namun diizinkan juga pemergiannya dengan seribu harapan dan doa..agar sihat dan sentiasa dlm perlindungan dan rahmat Allah setiap inci perjalanan hidup anaknya..

    BalasPadam
  8. Salam Sal,
    Terimakasih datang.Dia adalah pinjaman Ilahi yang diamanahkan pada Makbonda untuk membesarkannya. Tiba masanya harus dilepaskan pergi untuk meneruskan amanah pada alam.Semoga dia memunafaatkan hidupnya.

    BalasPadam

Catatan Popular