DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

Jiwa Kacau.

Jiwa kacau,berbaur-baur. Antara kuat keyakinan pada Iradat dan nafsu cinta dunia. Naluri seorang ibu. Ramai ibu-ibu lain diluar sana,yang beperasagka begini, bimbangan pada kehidupan zuriat yang di lahirkannya.Kebimbangan yang lebih parah lagi dan adakalaya kebimbangan itu menjadi kenyataan. Hanya keyakian pada kudrat dan iradatNya lah yang dapat mendatarkan corak pada graf kebimbangan.

Makbonda baru mendapat email dari Anak teruna yang sedang belayar menuju Eropah. Kapalnya telah melewati Seri Lanka dan menuju Terusan Suez. Semestinya diantaranya adalah perairan Somalia.Aduh.



Ini adalah kali pertama beliau belayar untuk memenuhi praktikalnya,di semester kedua Akedemik Laut Malaysia(ALAM) dalam Engineering. Kebetulan beliau mendapat tempat di kapal yang akan belayar ke Eropah dengan membawa bahan kimia.Berlepas pada 21 Okt dari Pelbauhan Kelang. Itulah kerjaya yag dipilihnaya. Mahu tidak mahu makboda kena akur akan pilihannya.

Semasa berita tersebar yang dia akan masuk ALAM, ramai orang sekeliling yang mengeluarkan kenyataan yang agak negative. Pada ketika itu Makbonda agak goyang juga,tapi cuba mencari kekuatan. Beberapa insan yag pernah terlibat dalam dunia itu makbonda cari dan hubungi. Antaranya seorang anak kepada sepupu yang tinggal di Kota Tinggi. Beliau telah menamatkan pengjian dan sekarang bertugas sebagai “ Jaga parking kapal kat pelantar Petronas Terengganu” katanya.

“Taufik,cuba cerita kat makcik,perkara positif dan negetif bidang yang Taufik ambik ni,Baik ke buruk makcik sedia dengar. Sebab makcik dengar macam-macam sampai goyah juga hati ni”

“Apa yang Makcik dengar”

“Kerja kapal banyak maksiat,turun naik pelabuhan ada yang menunggu. Bercampur gaul dengan anak-anak kapal,minum-minum,solat entah kemana. Bila dah kahwin tinggal isteri,rumah tangga purak puranda.Bila dah belayar putus hubungan dengan keluarga, raya pun susah nak balik.”

“Macamnilah makcik. Nak kira maksiat,cikgupun ada yag buatkan? Isteri duduk depan matapun ada yang purak puranda kan?Anak yang duduk depan mata tapi jauh di hati ada juga kan. Benda minum-minum ni certa zaman kloniallah makcik,sekarangni pegawai-pegawai ramai dah islamik,lahir lepas merdeka?”

Makboda bungkam,sambil mengecil-mengecilkan mata.

“Kalau tak ada pelayar-pelayar,kita ni masih hindu tau makcik,ataupun animism lagi. Pelayar-pelayarlah yang bawa Islam kat kita makcik. Makcik kan dah didik Aizat,tawakkallah,Allah dengar apa yang kita mintak.”

Makbonda meninggalkannya dengan penuh keyakinan.
.
Semasa mendaftar di Alam Melaka,ibu bapa di himpun sama ntuk medengar taklimat. Majlis di buka dengan Ummul Kitab dan doa,di tutup dengan Tasbih kifarah dan Surah Al ‘Asr. Dalam buku program disertakan jadual sepanjang 2 minggu oriantasi. Ada 2 malam Jumaat,kedua-dua malam itu ada Qiamullail. Setiap lepas Subuh dan Maghrib juga ada kuliah. Makbonda meninggalkan bumi Melaka dengan kelegaan. Selepas minggu oriantasi kedet engineering di hantar ke Terengganu. Setiap subuh pasti Makbonda bergilir-gilir mendail hendsetnya.

Kini dia di laut. Tiada talian,mungkin sebulan,hanya dengan email. Dalam email makbonda katakan kebimbangan tentang waktu solatya. Dia duty dari 4.00am hingga 8.00am dan 4.00pm hingga 8.00pm dengan meyakinkan makbonda tentang waktu solatnya.

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:


Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

8 ulasan:

  1. InsyaAllah.....berkat doa dan didikan mak abahnya, sang taruna itu tahu akan batas dan sempadan.


    ckLah pun sentiasa mendoakan....

    BalasPadam
  2. Lah,
    Memang itu yang yang sentiasa diharapkan, Terimakasih.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum semua,
    Dah lama tak mengomen kat sini. doakanlah segala yang baik-baik untuknya dan selalu ingatkan apa yang perlu dia lakukan. InyaAllah pasti selamat.

    Saya juga mempunyai anak saudara(sebelah suami) yang jadi kapten. Sekarang kat sabah. Boleh kata tiap-tiap minggu balik semenanjung jumpa anak isteri. Rasanya dia seorang yang baik dan tak lupa diri. Berkat didikan ibubapanya yang memang mengambil berat tentang anak-anaknya ketika dia bersekolah dulu. Jadi tak semua macam yang biasa digambarkan.

    BalasPadam
  4. Salam. Tahniah dapat anak yang berani. Syabas.Jangan bimbang sangat.Apa yang terdapat dalam entry itu benar. Doa dan ingat kembali pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang lampau. Salahudin Al Ayubi, contohnya. Allah maha melihat maha mengetahui, maha menghendaki. Kalau Allah takdirkan apa yang kita khuatiri kerana di Somalia banyak lanun, maka ia gugur Syahid. Darjatnya lebih tinggi dari solihin kerana ia mempertahankan kehidupan. Dan Syahid seperti ini Allah kurnia dia boleh bagi syufaat, tak silap utk 70 orang. Walau apa pun, kita doa dan tawakkal. Semoga Allah kurnia yang terbaik untuk Islam dan untuk semua dalam keluarga anda.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mak bonda
    Biasa juga saya mendengar ibubapa bercerita tentang kebimbangan mereka,tapi insyaAllah,dengan didikan mak bonda, semoga anak mak bonda selamat.
    Tersentuh dengan kata2 ini,
    "Kalau tak ada pelayar-pelayar,kita ni masih hindu tau makcik,ataupun animism lagi. Pelayar-pelayarlah yang bawa Islam kat kita makcik."

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam,
    Nisha,
    Semoga hati kita tidak berbolak balik setelah mendapat petunjuk.
    Terimakasih atas rangsangan.

    BalasPadam
  7. Salam kembali Puan Ngasobah,
    Terimakasih,Semoga puan terus menjadi pembakar semangan generasi selepas puan.Teruslah menulis dan mengongsikan pengalaman bagi munafaat kapada yang lain.

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam ummu,
    Alhamdulillah kita diwariskan dengan Islam.
    Terimakasih atas kunjungan.Semoga terus berukhuwah.

    BalasPadam

Catatan Popular