DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Isnin, 18 Oktober 2010
Adik
29 tahun yang lalu,Kakak telah ada 7 orang adik, seusia 19 tahun ketika itu.. Tiba-tiba kakak dapati emak mengandung lagi,bermakna adik kakak akan bertambah lagi,bukan kakak tak sayang adik-adik tapi kakak malu,seusia 19 tahun emak masih ada adik baby lagi,sepatutnya kakak yang ada baby sendiri,tapi kakak tak boleh kawin sebab kakak belum kerja. Kakak rasa tak mahulah nak jaga adik nanti.
Malam itu tanda-tanda emak bersalin telah kelihatan,hati kakak semakin berbelah-belah.antaranya mengutuk diri sendiri,mengapalah berperasaan demikaia rupa.Macam dulu-dulu juga sejak kecil,bila emak bersalin bapak akan suruh kakak jerang air,tapi kini dalam berperang dengan perasaan tanpa arahan kakak jerang air juga walaupun ketika itu sudah jauh malam.Terdengar emak meneran-neran dengan di bantu oleh bapak. Peperangan berlaku terus di dada kakak. Pada ketika itu kakak mengambil wudhuk dan membentang sejadah.kakak merayu-rayu pada Tuhan. “Ya Allah tolong lah beri kakak ketenangan,buagkan sifat yang buruk dan tukarkan dengan yang baik,jadilah kakak orang yag benar dan berakhlak, tolongla selamatkan emak.” sambil menyapu muka yang basah dengan kain telekung yang basah.
Sehabis bermunajat,terdengar tangisan bayi,dan bapak bermotosikal mamanggil bidan.Ego kakak tidak memebenarkan kakak menjengok emak,sehinggalah tertidur hingga ke pagi. Subuh itu keadaan tenang,usai solat kakak menjengok emak tanpa melihat secara terus pada adik,hanya dengar ekor mata sahaja.Kakak salam dan cium emak lalu ke dapur membuat sarapan. Nasi dan ikan kering gelama untuk emak dan menggoreng pisang untuk bapak dan adik-adik. Kakak juga sediakan air mandi emak..Sewaktu emak mandi emak suruh kakak tengokan adik. Peperangan meletus kembali,harap-harap emak tidak menyedari. Kakak paksakan diri menetap wajah adik,dada kakak sebak,otak kakak memberi isyarat kepada jiwa lalu naik ke mata dan pecahlah berderai cucuran air mata,leburlah mazmumah dalam diri kakak.Doa kakak terkabul,perasaan kakak berubah sama sekali.Sejak itu kakak mangambil alih tugas menjaga adik,emak hanya menyusukan sahaja kerana kakak tidak punya yang itu.Kalau dulu-dulu kakak jaga adik-adik sebab emak suruh tapi kini suruhan kendiri.Sel-sel rasa keibuan kakak telah mulai melengkap.waktu itu kakak sedang manganggur,lepasan SPM,peluang yang lama kakak berada di rumah.
Sehinggalah adik seusia 8 bulan,permohonan kakak ke maktab perguruan diterima. Saat-saat kakak berpisah dengan adik. Peperangan meletus lagi. Pada ketika itu adik sudah pandai merangkak.Walau seberat manapun perpisahan terpaksa dilalui jua. Menurt emak seketiadaan kakak,beberapa hari adik merangkak dari bilik kebilik,pastinya isyarat mencari kakak,kesian adik.
Semasa kakak berumah tangga, adik seusia 6 tahun. Pada malam pertama semasa kakak masuk bilik,kakak dapati ada sekujur tubuh di bawah katil kakak,rupanya adik tertidur di situ. Semasa kakak melahirkan anak pertama,adik beritahu emak dia tidak mahu emak pegang anak kakak,kalau emak pegang dia akan picit-picit. Nampaknya pembalasan telah berlaku disini,mungkin perasannya sama dengan perasaan kakak semasa hari kelahiran dia. Tapi bila adik lihat anak sulung kakak hatinya terus berubah 360 darjah.,dan perhubungan meraka terus erat sehingga kini.
Pada tahun emak dan bapak menunaikan Fardu Haji,pada masa itu musim haji adalah awal tahun.dirumah masih ada 2 orang adik yang bersekolah rendah,yang lain tinggl di asrama.Adik akan masuk tahun 1 dan Abu Naqid tahun 4.Emak bawak adik tinggal dan bersekolah dengan kakak,sementara Abu Naqid tinggal dengan jiran emak yang kebetulan punya anak sebaya dengannya.Kakak tidak boleh membawa kedua-dua sekali kerana kakak tidak punya kereta.Tetapi setiap hujung minggu kakak suami isteri akan menjenguk Abu Naqid,kadang-kadang kami bawa tinggal bersama.Adik mendaftar tahun 1 di sekolah kakak,dan kakak guru kelasnya,sebagai seorang guru kakak akui memanglah dia genies orangnya,tapi semasa peperiksaan dia hanya mendapat tempat kedua sebab matematik salah 1 sahaja atas kesilapannya,dikalahkan oleh anak seorang doctor dengan markah 100%.Jadi sepanjang persekolahan rendahnya rekod mendapat tempat pertama telah dicemarkan semasa ujian peggal pertama di tahun 1 bersekolah di sekolah kakak.Kakak rasa bersalah.
Kini adik telah dewasa dan punya Isteri yang baik dan cantik,dua orang cahaya mata yang comel dan bermata bening. Dulu semasa belajar dia sering datang kerumah kakak,bila berbuka puasa dengannya habis licin juadah berbuka tiada yang tinggal. Tapi kini setelah berumah tangga dia sudah jarang datang bukan kerana di kawal oleh isterinya,tidak sekali-kali,tapi kerana dia sudah bekerja,dia bukan cikgu yang punya cuti lama-lama dia kerja pejabat yang dengan anak isteri pun jumpa waktu malam sahaja,tambah dengan outstation lagi. Tapi perubahannya setelah berumah tangga,bila datang dia sudah pandai membawa buah tangan,berbanding semasa bujang dahulu,dan kakak tahu tentu atas dorongan isterinya.
Syukur Alhamdulillah.Tuhan telah memenjangkan usianya sehigga kini dan dia mendapat peluang untuk bertemu denga tarikh hari dia di lahirkan pada hari 19/Oktober=21 Zulhijjah.Semoga dia mendapat kebahagian suami isteri didunia dan akhirat,dan memunafaatkan usia yang masih ada sebaik-baiknya.
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
Riwayat Ahmad dan Muslim
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
(Bukhari)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Allah,terharu saya membacanya.
BalasPadamTerima kasih berkongsi.Satu motivasi utk saya menjadi kakak mithali pada adik-adiknya.
saya bersyukur menjadi sebahagian dari kehidupan kakak....
BalasPadambertuah betul adik dalam cerita ni ada kakak (dan kakak-kakak) yang penyayang, kakak tu jugak lah yang ajar membaca & menyanyi lagu satu satu, saya sayang ayah..
BalasPadamanakanda TUKANG KATA,
BalasPadamTak rugi kita jadi orang baik rupa-rupanya.
Adinda Kim,
BalasPadamTelah tertulis di Luh Mahfuz yang kita akan menjadi sebahagian. Terimakasih Tuhan.
Dik,
BalasPadam.......3 3 sayang abang kakak(kakak tu aku lah)1,2,3 sayang semuanya.
Tapi bila sampai kat anak dah tukar lirik
1 1 saya takut Allah
2 2 taat Rasulullah
3 3 sayag ibu ayah
1,2,3 sayang semuaanya.
Salam mak bonda,
BalasPadamselamat hari lahir buat Adik.. dan syabas buat Kakak. Moga Rahmah Allah sentiasa bersama. :))
Waalaikumussalam indah
BalasPadamTerimakasih mewakili adik.Ya,Rahmat Allah sentiasa kita dambakan,mudah-mudahan ianya sentiasa turun.