DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 2 Januari 2011

Dik Lah(Sanah Helwa ya Ukhti)

Dia adalah antara adik kakak yang kakak dengar tangisannya yang pertama. Adik lain kelahirannya semasa kakak tiada di rumah,samaada kakak sedang sekolah atau tinggal di asrama.


Dia lahir waktu malam,2.1.1967.ketika itu umur kakak 6 tahun,masih sangat mentah untuk berketerampilan sebagai seorang kakak.Walaubagaimanapun sudah boleh di harap untuk menjaga adik sementara emak mandi,masak atau membasuh pakaian. Kakak bukan bersaorangan,tapi bersama-sama dengan Abang. Sebagai seorang kanak-kanak seusia ini, menjaga seorang adik kecil banyaklah insiden-insiden yang masih tersimpan di memori kakak. Suatau ketika semasa ditugaskan menjaga Dik Lah,ketika emak membasuh pakaian,kakak yang diamanahkan hanya untuk menunggu Dik Lah di sebelah telah bertindak sebagai kakak dewasa lalu di angkat Dik Lah ke halaman rumah,kakak duduk diatas longgokan kelapa kering,tiba-tiba kelapa tempat duduk itu tergolek dan menggolekkan kakak bersama Dik Lah sekali,kepala Dik Lah luka terkena sepihan zing. Kakak tidak teringat bagaimana kemarahan emak ketika itu,sebab jiwa kakak terfokus kepada rasa bersalah dan pada tangisan serta luka di kepala Dik Lah. Pada ketika itu Dik Lah dalam usia 7 bulan.

Emak tahu kakak bosan tunggu Dik Lah,kakak pun nak jalan-jalan juga,lalu emak ikatkan Dik Lah ke badan kakak dengan kain seperti gambar di bawah.



Dengan ini bolahlah kakak berjalan-jalan jumpa Milah,Jijah,Pie,dan kawan-kawan lain. Milah juga akan bawak adik dan ikat dengan kain di badan. Adik dia lelaki namanya Judi.Tapi kakak lebih bernasib baik kerana kakak bertugas seperti ini semasa cuti sekolah sahaja,sedangkan Milah setiap masa kerana dia tidak sekolah.Bapak dia tidak menyekolahkannya kerana dia anak perempuan. Pada hari itu telah masuk bulan ramadhan,budak-budak besar bermain meriam yang menggunakan karbaid untuk bahan api,tapi adik-adik lelaki Abu Hasan dan Abu Muhaimin tidak berani bermain meriam,mereka hanya menggunakan tempurung yang ditelangkupkan diatas karbaid yang menggelegak lalu di cucuh api.Tempurung itu akan terpelanting ke udara dengan mengeluarkan suara letupan kecil. Kaka sambil menggendung Dik Lah tidak mahu ketingalan untuk mencucuh api, tiba-tiba kakak rasa panas-panas,rupanya api telah menyala dibelakang kakak, tanpa di sedari hujung kain yang terjuntai dibelakang telah terkena api lalu merebak ke atas, ,kakak cuba lepaskan Dik Lah tapi tak boleh,nasib baik emak yang sedang menyapu bawah rumah sempat berkejar menyelamatkan kakak dan Dik Lah. Kakak tidak ingat bagaimana emak marah kakak tapi yang kakak ingat emak kejar Abu Hasan da Abu Muhaimin dan mereka lari menyorok dalam jamban.

Insiden ke tiga. Masa itu Dik Lah agak besar sedikit,sudah pandai jalan. Emak solat Isya’,kakak jaga Dik Lah,tiba-tiba Dik Lah nak minum,abang suruh kakak,kakak suruh abang,masing-masing malas nak bangun,tiba-tiba Dik Lah nampak botol di tepi dinding,Dik Lah yang kehausan ambil botol lalu tonggang botol,Dik Lah terbatuk-batuk,rupanya itu minyak tanah. Kakak pun tidak ingat macamana emak marah kakak,fokus kakak hanya pada rasa bersalah melihat tangisan Dik Lah. Lepas itu Dik Lah demam ber minggu-minggu.

Setelah Dik Lah berumur 1 tahun emak mengandung lagi,antara ramai-ramai anak emak jarak kelahiran mereka inilah yang paling rapat. Sebab itu Dik Lah lebih rapat dengan bapak. Dik Lah, bila mengangis terlalulah kat suaranya , kakak agak dia berbakat dalam seni suara. Dan dengan nyaring dan bernada tinggi,dia akan menyeru nama bapak. “Bapaaaaak,baliiiiiik, nak cucuuuuuuuuu” Skrip ini memang akan diulang-ulang bila hatinya luka, waima bapak ada dirumah. Bila bapak setart motor dia akan ulang skrip ini,jadi bila bapak mahu keluar,kakak akan ditugaskan untuk membawa Dik Lah jauh-jauh dari rumah,bila sudah pasti bapak sudah pergi barulah bawa Dik Lah balik.Akhirnya kakak dapat lham,bila bapak nak keluar kakak akan tutup telinga Dik Lah,tidak mengapa, menangis kene tutup telinga lebih cepat reda daripada menangisi bapak biala nak keluar.



Bila kakak naik tigkatan 1,kakak sudah berpisah dengan Dik Lah.Kakak tidak pernah nampak Dik Lah bersekolah rendah,sebab kakak tinggal di asrama.Kini Dik Lah telah dewasa. Dik Lah melalui kehidupan yang terlalu banyak pancarobanya, antaranya yang agak sadis ketika dia di UM Asramanya telah terbakar dan dia tinggal sehelai sepinggang.Walaubagaimanapun Dik Lah dapat melalui onak dan duri dalam kehidupan dengan tabah dan gagah. Seusia ini dia telah mempunyai jadual di kaunter ubat hospital setiap bulan. Semoga beliau terus mendapat kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Ada ketikanya kakak terasa kurangnya diri ini kerana tidak dapat bersama-samanya mendukung kesakitan-kesakitan dan mengurangkan beban yang di pikulnya.

Kakak ingin berkongsi pada Dik Lah tentang tentang satu hadith dari Abi Salman bin Abi Hurairah r.a yang maksudnya

"Rasulullah SAW bersabda antara begitu banyak dosa,ada sejenis dosa yang tidak dapat dikifarah dengan solat,haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya: Apakah amalan yang dapat mengkifarahkanya ya Rasulullah? Nabi bersabda: Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup.
Kakak dapat sumberni di majalah iluvislam 24-30Des,dan akan di terbitkan artikalnya di keluaran akan datang



Dan 10 perkara penghapus dosa yang kakak dapat dari ruangan info,solusi 24 m/s 72.

  1. Istigfar
  2. Taubat
  3. Mengerjakan amalan kebaikan
  4. Menerima musibah dengan redho
  5. Doa orang soleh
  6. Penderitaan sakit
  7. Azab kbur
  8. Ketakutan
  9. Syaaat Rasulullah
  10. Rahmat dari Allah.

Banyaknya peluang yang Dik Lah dapat.Mudah-mudahan Dik Lah merebut peluang itu.


6 ulasan:

  1. Aduhai...
    Kesiannya kakak Dik Lah tu....masa kanak-kanaknya dihabiskan untuk menjaga Dik Lah yang sememeh dan banyak ragam tu. Kena marah dengan mak mereka lagi....


    Bertuahnya dik Lah ada kakak macam tu...

    Semoga Allah merahmati kakak Dik Lah itu, dunia dan akhirat...



    Amin...

    BalasPadam
  2. Tapi kakak tu sehingga kini sentiasa dihantui rasa bersalah,atas ketidak sempurnaannya menjaga adiknya dan kurang perihatinnya mengongsi musibah.Semoga adiknya mengampuni dosa-dosa lalunya.

    BalasPadam
  3. maaf mencelah....tumpang baca...Dan, suka tgk hubungan adik beradik yang erat.....

    BalasPadam
  4. salam makbonda..

    selalu mengikuti cerita di sini tapi sekali ini baru berani meninggalkan komentar kerana ada cerita seseorang yg begitu dekat di hati keluar pd entri ini..

    Lucu ada, ngeri ada, sedih pon ada.. sehingga menitis airmata membaca seiap bait kisah dan cerita.. :(

    semoga cklah, kakak cklah, ibu ayah cklah dan seluruh kaum keluarga dan kerabat cklah akan bertemu lagi di syurga Allah.. kerana keluarga Hj. Zailani sgt HEBAT.. sgt saya kagumi..

    Alhamdulillah kerana masih ada keluarga seperti ini di saat umat islam hampir pincang dgn ego, takbur, tamak, penting diri dan mengejar keduniaan lantas melupakan hubungan persaudaraan dan ukhwah sesama islam..

    salam ukhwah drpd follower keluarga Hj. Zailani...

    BalasPadam
  5. Cikgooden
    Terimakasih sudi mencelah,Daoakan kami terus erat dalam hubungan sebab “Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: “Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga”. (Abu ad-Darda’ r.a)

    BalasPadam
  6. Salam kembali KAKTINY,
    Segala liku yang kami lalui menambah dekatnya hati kami.Doakan kami sentiasa dalam istiqamah.

    "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaknya dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR. Bukhari). "Tidak beriman seseorang sampai tetangganya merasa aman dari gangguannya" (HR. Bukhari dan Muslim). "Tidak beriman seseorang kepada Allah sehingga dia lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya dari pada kecintaan lainnya..." (HR. Muslim)

    BalasPadam

Catatan Popular