Biasanya kebun sayur terletak di belakang rumah atau tempat yang jauh dari halaman.Akan tetapi sebenarnya tanaman sayur-sayuran memiliki keunikan dan keindahan yang tersendiri. Jika sayur-sayuran dijadikan sebagai elemen penyeri sesuatu kebun/taman,ia mampu memberikan suasana yang nyaman dan mneyenangkan. Buah tomato yang mereh menyala ditanam dalam bekas yang cantik boleh menjadi daya penarik dalama sesebuah kebun/taman. Demikian juga dengan brokoli atau salad merah yang ditanam secara berkelompok,mamou memberikan suasana semulajadi yang menawan. Lebh dari itu,sayur-sayuran memiliki kelebihan dan munafaat yang sangat berguna untuk kesihatan kerana kaya dengan zat mineral dan vitamin..
Sebenarnya ini adalah diantara synopsis sebuah buku yang makonda beli di Pesta MAHA 2010 di Serdang tempoh hari. Terbitan Synergy Media,Di tulis oleh 3 orang penulis dari Indonesia, Yati Supriati,Yuyu Yulia dan Ida Nurlaela dan Editor Mohd irwan Kamil. Dalam banyak-banyak both,hanya satu yag menjual buku.
Di belakangnya adalah Penghasilan baja Kompos.Ketiga-tiga buku ini adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Memang sepatutnya di miliki oleh mereka yang mempunyai hobi berkebun.
"E e,moleknya bunga-bunga kakak ni,tangan kakak sejuklah,semua bunganya menjadi" Puji salah seorang adik ipar yang berkunjung kerumah sehingga kembang kempislah hidung Makonda menampung ria'nya.
Bukan sejuk tanganlah dik oi,bercucuk tanam ni bukan bakat. Cukup keperluan asas cahaya matahari,air dan udara,hiduplah tumbuhan tu,ini semua dah belajar dalam tahun satu lagi. Tinggal bila dah mula membesar tumbuhan perlukan nutrien dari tanah sekelilingnya,lalu di tambahlah baja. Tanpa baja pun boleh tapi kuranglah subur tumbuhan tersebut dan kurang baiklah hasilnya. Satu lagi petua bercucuk tanam adalah bercucuk tanam dengan jiwa.Jika tidak berjiwa maknanya diabaikan keperluan asas seperti tidak di siram,atau diletak ditempat yang tidak sesuai,maka pendeklah hayat tumbuhan tersebut. Kalau anugerah pun ialah kreativiti bagaiana mahu mencantikan tumbuhan tersebut,dari segi bentuk atau susunan.
Buku di atas telah menambah inspirasi pada Makbnda yang punya daya kreativiti yang amat rendah ini. sebanarnya Makbonda rasa tercabar bila berjalan-jalan di rumah-rumah bagan cina yang amat terhad tanah di halaman rumahnya tetapi digunakan sepenuhya dengan mengisi tong-tong ikan buruk dengan tanah,lalu ditanam berbagai-bagai jenis tanaman.Mereka tidak percaya dengan keselamatan sayur-sayuran di pasar.
Kelebihan kita bercucuk tanam adalah sebagai trapi. Ianya memberi ketenangan semasa berinteraksi dengan pokok. Bercucuk tanam memang memberikan ketenangan kepada jiwa dan menyihatkan badan dan menyegarkan otak.
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Salam. Jelous saya rumah boleh tanam macam-macam. Dan suka menanam pulak tu. Saya keturunan petani tapi langsung tak ada bakat.Kalau ada yang lebih-lebih tu boleh pass rumah saya.
BalasPadamAssalamualaikum semua.
BalasPadamWah! bestnya. Siapa tanam tu, makbonda ke suami.
Mesti jimat belanja, tak perlu beli sayur.
Saya pernah cuba tanam sayur/chilie dalam pasu tapi tak menjadi. Tapi adik saya tanam segar bugar.
Puan,Salam kembali.
BalasPadamKalau dekat pasti saya ngunjung. Masa ni tengah panen sawi dan kangkung.
Waalaikumssalam Nisha,
BalasPadamSama-sama,suami buat batas dan buat lanjar.Setiap pagi bila buka tingkap besar sungguh rasa ksyukurannya.Sememangnya Saya jarang beli sayur.
Jangan putus asa,cuba lagi,adalah yang tak kena tu.
subhanallah.. bagus ni...
BalasPadamkat rumah saya ada aloevera, daun kari, serai sikit,pokok mempelam, pokok rambutan, dan pandan. dulu ada pokok cili. mmg bagus kita tanam.. insya Allah ada manfaat..
semoga memperoleh kejayaan, mak bonda. amin...~ =)
Qamarul,
BalasPadamDi rumah kamu atau dirumah ibubapa kamu?:)
Sudah 3 kali menuai sawi,tapi makbonda tak rasa lagi,semua untuk jiran tetangga.
Ya kita saling mendoakan.