Pada 11 tahun yang lalu 7 Desember jatuh pada 29 Sya'ban 1420. Pada hari itu aku melahirkan anak ke enam iaitu anak bungsuku. Seusiaku ketika itu 39 tahun. Aku harapkan dia lahir pada 2000 rupanya telah tertulis itu lah tarikhnya. Nasib baik dia lahir ketika cuti sekolah,kerena kota cuti bersalinku telah tamat pada anak kelima sahaja. Jadi dikira hingga tarikh buka sekolah genaplah 42 hari.
Berdasarkan cerita pengalaman awal mengandungku sepertia biasa lah dengan morning sickneesku selama 120 hari. tapi kali ini aku mempunyai naluri yang berlainan berbanding dengan yang lepas-lepas. Seperti biasa aku mengalami habit air liur yang sentiasa keluar tidak berhenti-henti,kecuali ada objek di kulum. kali ini aku mengalihkannya dengan bermain game komputer, bermacam macam game yang aku mainkan. Dengan duduk di hadapan skrin jarak rasa loya dan aliran air liurku terhenti.Begitulah aku menghadapi hari-hari morning sickness,suamiku pun tak kesah,daripada asyik baring di sudut dan termuntah-muntah,biarlah duduk di hadapan skrin,selain amalan-amalan membaca surah-surah dalam AlQuran. Sehingga semasa tempoh itu aku dapat menyertai pertandingan membuat P&P dari powerpoint anjuran BTP dengan mendapat tempat ke 3. Kalaulah pada ketika itu aku sudah terjun di dunia blog,pasti banyak entry yang aku tuliskan.
Kata suamiku,"Apalah rupa anak abah ni,dalam perut maknya asyik bermain keyboard je"
Setelah habis tempoh morning sicknes,kadar kenaikan berat badanku amat tinggi,sehingg aku di syakia kencing manis,tapi negative setelah di periksa. Aku juga sering dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana risiko agak tinggi bersalin seusia ini. Sehingga malam sebelum dia lahir,tanda-tanda bersalin sudah dirasai pada malam itu,tapi dari pengalaman 5 kali bersalin pada masa yang lepas aku sudah mendapat firasat bahawa saatnya adalah sehingga besok pagi. Paginya sebaik sahaja suamiku pulang dari surau barulah aku memberitahu sumaiku. Jam 7 .00pagi kami bertolah ke hospital. Sesampainya 7.30 dia menurunkanku dan mempakir kereta,aku berjalan perlahan-lahan menuju wad,tiba-tiba aku terserempak dengan Nani,seorang jururawat yang suaminya satu sekolah dengan ku.
"Kak,sorang je ke,mana cikgu"
"Tengah mancari parking"
"Eh Kak muka kakak berpeluh-peluh,dah nak bersalin ni!"
Dia memapahku terus masuk dewan bersalin dan memeriksa saiz pintu rahim.
"Sah kak dah 8cm,dah masa ni"
Tanpa ada prosedur lain terus aku ditampatkan di katil bersalin dan setelah beberapa kali berusaha terus dia lahir. Tepat 8.00pagi.
Dia dinamakan Nurul Aimi Anis. Sebenarnya aku tida terlibat dalam pemilihan nama ini,ianya adalah gabungan dari cadangan ke lima-lima saudaranya juga Abah mereka.
Dia membesar dengar carta berat yang cantik,sehingga kini dia di kira obesiti. Betulah,apa perlakuan ibu semasa megandung adalah terlahir pada anak yang dikandungnya, sehingga aku belajar mereka blog dan facebook melalui dia. Tapi password dia adalah dibawah kawalanku,dan aku berkuasa untuk membuka akaunnya.
Doa untuk anak
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
عيد ميلاد سعيد ايمي
BalasPadamEhem...Macam kenal cadar dan sarung bantal tu...hehehehe
Terimakasih Mak. :((
BalasPadamCk Lah,
BalasPadamCadar dirumah Cik Lah la tuuu, :D