DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

Membeli belah

Antara tempat yang Syaitan paling suka ialah pasar atau tempat membeli belah.Mengapasyaitan suka? kerana ketika itu mudah sangat dia menguasaai nafsu-nafsu manusia. Itu sebab Rasulullah mengajar kita doa untuk masuk pasar.

‘Barangsiapa masuk ke dalam pasar dan mengucapkan:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.
“Tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Rasulullah SAW bersabda, “Tempat yang paling dicintai Allah adalah mesjid dan yang paling dibenci-Nya adalah pasar”

Di pasar bermacam-macam ada,dari bahan keperluan asas sehinggalah bahan kehendak nafsu.Sebab itu sebelum masuk ke pasar pasang niat dahulu,apa barang yang kita hendak cari.

Sebenarnya Makbonda nak cerita pengalaman ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism(MAHA) pada 1 desember 2010. Rasanyatak terlambat sangat lah,baru sebulan. Sebelum pergi sudah berapa kali di ingatkan pada anak-anak bahawa tempat itu besar,tidak mungkin dapat di terokai dalam masa 5 jam. Jadi tumpukan pada Hall dan kawasan jualan bahan-bahan pertanian sahaja.Cadangan di persetujui.Kami akan cari produk makanan halal untuk mereka dan bahan-bahan pertanian untuk emak dan abah.Bila tiba di hal B,C dan D,mulalah rambang mata. berapa banyak both yang menyediakan produk yang dicari,semuanya mewarkan keistimewaan sendiri,dan menyediakan sample untuk di rasa.Masing-masing kata "Susah nak cari ni,tak ada jual kat tempat kita." Ia lah tu,sila lah oder,abahlah yang bayar.

Walaubagaimanapun Makbonda dan suami masih tida lupa diri. Target untuk mendapatkan bahan-bahan pertanian masih diteruskan. Akhirnya dapat juga beberapa jenis baja kompos dan bahan anti serangga&kulat organik.

Sejenis baja yang dihasilkan di UPM

Baja organik dari tinja kambing

Penghalau serangga organik,dibuat dar bahan organik,seperti cili,serai wangi dan lain-lain. Tidak merbahaya pada kesihatan kerana adalah bahan-baha dar tumbuhan.


Dan Makbonda yang ulat buku ni tidak melepaskan peluang mendapatkan uku-buku ini yang hanya satu-stunya both yang menjual buku.



Nanti Insyaallah akan makbonda kongsikan kandungannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular