DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

Hijrah


Begitulah,bila ketikanya beberapa hari menjelang hariraya,tidak kira hariraya Aidail Fitri atau hari raya Aidil Adha, seboklah Mak Odah memikirkan apa persediaan hidangan masa malam sebelum tibanya hariraya. Seluruh emosi dan jasmani ditumpukan untuk itu. Hariraya baginyaadalah hidangan yang disediakan pada paginya,sejak dia kecil hinggalah telah bercucu cicit. Memang itulah yang teracu dalam mindanya. Masa anak-anaknya kecil dulu,anak-anak akan berebut-rebut menikmati hidangan yang sangat istimewa berbanding hari-hari lain.Bila anak-anak telah bekerja,berumahtangga dan tinggal jauh,mereka sudah tidak begitu troja dengan masakan istimewa setahun sekali itu,kerena keistimewaan makanan tersebut sudah diperolihi sepanjang tahun,jadi nilai gahnya agak mengurang..

Sehinggalah tiba pada suatu hariraya aidiladha. 2 -3 hari sebelumnya sudah sebok kesana kemari berbasikal menempah itu dan ini,dia lupa daripada dia kesana kemari menempah itu dan ini,lebih afdhal jika dia berpuasa sunat Zulhijjah,dia lupa mengapa iduladha itu di sambut,dia lupa,baginya hariraya masak istimewa macam sedari muda dahulu hinggalah ketika ini. Arwah sumainya dulu pun tidak pernah mengajarnya.ada juga sekali-kali di siarkan di tv,cara-cara menyambut hari raya,tapi semuanya itu bukan untuk dia, itu untuk untuk orang lain.. Samalah juga seperti drama-drama kat tv tu. Selepas maghrib,ketika umat lain bertakbir hariraya Mak odah terus menyempurnakan satu demi satu menunya. Sambil mengintai-intai jalan masuk kehalaman,dengan harapan satu demi satu kereta akan berpakir di halaman. Sehinggalah jauh malam,jam 2.30am barulah sebuah kereta berderum.

“Alaaah, Si Jonet pulak yang balik,aku tungg Si Kudin ngan Si Limah.”

Hati Makodah tecalar sedikit demi sedikit. Hampa,marah berbaur-baur,biji-biji ketupat seolah-olah menjelir-jelirkan lidah,mengejak-ngejaknya.Lalu jadilah tempat mak odah melempiaskan amrahnya.

Sehingga menjelang pagi,nampaknya hidangan istimewa ini rezekei Si Jonet anak beranak sajalah,pagi-pagi bangun hidangan telah tersedia,dengan berlatarbelakangkan takbir hariraya di tv dan radio yang diselangselikan dengan rancangan khas Idul Adha.Jonet saje yang pergi solat sunat hariraya seorang diri,itupun sebab nak jumpa kawan-kawan bermain di parit semasa kecil-kecil dahulu. Tanpa di pelewa pada emaknya.

Mak odah pedih melihat ketulan ketupat yang tergantung berumpun-rumpun yang di ikat sepuluh sepuluh itu,dibekalkannya pada si Bedul untuk di bawa balik selebihnya dihantar kerumah Kak laila. Kak Laila menyambutnya dengan keshukuran,ialah kakak Laila ramai anak,tapi taklah beria menyediakan hidangan,sebab Suami kak lailapun tiada di sisi.Idul Adha Kak Laila lebih menghidupkan idul Adha dengan malan-amalan sunat hari raya.

Dengan Kak Laila di luahkan rasa rajuknya.Kesempatan itu di gunakan oleh Kak Laila untk mentazkirah Mak Odah sedikit demi sedikit.


Tapi itu adalah cerita Mak Odah yang lama,Mak Odah yang baru tidak begitu. Mak Odah telah menghijrakan diri,saetahun demi setahun semakin ada peningkatan.Telah berubah cara menghadapi hari raya. Hari raya bukan hari pesta makanan macam orang yang belum Islam. Mak odah juga tidak mahu melayan rajuknya lagi. Yang penting dia telah mendidik dan setiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak ,tanggungjawab . merekalah utunk mengingati bakti ibu-bapa mereka. Tidak perlu mak Odah mengungkit-ungkit apa yang dia telah lakukan dulu,berbuat baik kepada sesaorang bukanbermakna orang itu yang membalasnya,tapi Tuhan akan menurunkan balasannya melalui orang lain.. Biarlah.Mak Odah redho. Tahun baru akan menjelang, Mak odah sentiasa berdoa agar dia dapat terus menaikan makam iman dan ketaqwaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular