Bila akan bermusafir dan musafir itu adalah terancang,Makbonda dan suami akan menyediakan beberapa perkara sebagai bekalan sepanjang perjalanan untuk mengelakan kebosanan dan mengantuk. Biasanya bekalan yang wajib ialah air kosong,kuaci atau kacang goreng. Satu perkara yang pasti ialah buku. Samada buku itu dibeli sebelum pergi atau stok buku dirumah yang belum sempat terbaca. Orang kata tidak boleh membaca dalam kenderaan,tapi tidak bagi Makbonda. Makbonda membaca bukan untuk menjawab soalan peperiksaan atau membuat tugasan dari pensyarah,tapi adalah untuk menjawab soalan dari diri sendiri dan tugasan juga untuk diri sendiri. Semasa bermusafirlah dapat peluang seluasnya untuk membaca. Di rumah terlalu banyak aktiviti lain yang menunggu. Selain dari tugas kerja dan rumah tangga,laman dan tapak tanaman kena di perhati,ayam di reban perlu dilawati.
Biasanya dalam perjalanan pergi,dari Sabak Bernam ke Johor Baharu 1 novel akan habis di baca. Kalau buku selain novel bergantung pada muka surat atau isu yang dipaparkan. Semasa Bemusafir ke Kelantan semlam Makbonda membawa 3 buah buku iaitu Travelog Seorang Da'i,Nota Fikir untuk Zikir, Dan Bicara atas Nama Kasih.
Buku Nota Fikir untk Zikir dan Bicara atas Nama Kasih,telah lama dibeli tapi baru kini membaca secara bersistem sebab Makbonda telah baca dalm blog penulisnya, walaubagaimanapun lebih sempurna dan penghayatan bila dibaca dalam bentuk cetak. Penulisan yang berbentuk santai tetapi sangat mesrajiwa. Berlaku dalam kegiatan harian kita.
Travelog Seorang Dai telah lama Makbonda lihat di kedai buku atau di katalog,tapi baru kini tergerak untuk membelinya.Memang di beli khas untuk perjalanan ini. Satu penulisan yang berbentuk motivasi dan menginsafkan,adakala apa yang diperkatakan penulisnya sama seperti apa yang bermain-main dibenak hati. Untuk pulang ke pangkal jalan bagi setiap insan ,atau untuk menuntut ilmu tidak ada istilah terlambat,walaupun sehingga saat hampir nyawa terpisah dari jasad.
Fitnah,hasad dengki ,dendam dan berbagai mazmumah lain memang satu penyakit yang merosakan bagai virus kenser yang menjalar seluruh saraf dan memakan sel-sel tubuh, tapi bagi yang menjadi mangsa,itu adalah sebagai pemangkin untuk menambah kekuatan diri untuk diangkat ke makam yang lebih tinggi disisi Allah SWT. Itupun bagi yang mahu,jika kecundang sebelum menempuhnya maka kehidupan akan lebih sia-sia. Penyakit ini juga tidak mengecualikan hanya untuk orang-orang umum saja tapi juga bersarang dalam jiwa-jiwa orang yang bermakam tinggi dalam kedudukan juga dalam ilmunya. Sangat sesuai dibaca oleh golongan pelajar sehinggalah golongan makcik-makcik. Makbonda tunggu sahaja siapa anak-anak yang tergerak hati mahu menikmatinya.
Beberapa Faedah membaca yang Makbonda dapat dari sini
- Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
- Membaca adalah satu senaman minda
- Membaca akan meningkatkan memori anda
- Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin
- Membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran
- Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan
- Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda
- Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan