DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 6 November 2010

Obat Hati


Anak-anak Mak Odah kata Kak Laila suka jaga tepi kain orang. Tapi tidak bagi Mak Odah. Kak Laila satu-satu jiran terdekatnya sudah bagai anaknya sendiri. Dikala anak anak bertebaran seluruh pelusok tempat,Kak Lailalah yang selalu mengisi kekosongannya. Pernah satu ketika Mak Odah di serang stroke ketika memetik daun turi,Mak Odah tersadai di perdu,Kak Lailalah yang mula-mula terjumpa ketika dia datang mahu menghantar pengat keladi.Kak Lailalah yang menghantar ke hospital dan menghubungi semua anak-anak Mak Odah.Kak Laila,walaupun sebaya dengan anak-anak Mak Odah,tapi dia banyak mengubah hidup Mak Odah. Dia pembimbing Mak Odah,penyelamat Mak Odah dunia akhirat.

Dulu Mak Odah suka pentingkan diri sendiri. Dia mahu anak-anak sentiasa disisi tidak kira lelaki atau perempuan,tanpa memikirkan perasaan keluarga sebelah besannya. Kak Lailalah yang menyedarkan Mak Odah kepada sikap yang baru.

Dulu Mak Odah sambil berkemban dengan selamba menyidai kain,dengan mempamerkan mahkota kepalanya yang putih suci tanpa sedikit titik hitam itu,sebab pada fikirannya “Ala,aku dah tua,mana ada orang nak naik syahwatnya tengok body aku ni”. Kini bila ada tetamu bukan muhrim,cepat-ceat dia menyarung jilbab di kepalanya.Kak Laila lah yang membetulkannya.

Dulu juga Mak Odah sering mengumpat anak-anak dan memaki hamun jika anak-anak tidak mengikut kehendaknya. Kak Laila kata “untuk menentukan syurga atau neraka anak-anak kita adalah bergantung kepada redho ibubapa,walaupun anak kita ahli badat,kalau kita tidak redhakan dia,jalan dia ke syurga akan terhijab.” Kini jiwaMak Odah dipenuhi dengan keredhoaan.

Dalam menunjukan kasih sayang pula,dulu Mak Odah akan memberi layanan yang lebih kepada anak-anak yang meninggalkan lipatan rm yang lebih tebal. Atas pengaruh Mak Odah,dia sedar kasih sayang bukan dinilai dari wang ringgit..

Banyak dan banyak lagi pengaruh Kak Laila yang mengubah kehidupan Mak Odah, Kak Laila betul-betu menjaga kain Mak Odah dari terkoyak,terselak dan tersangkut duri.

Kak Laila suka membaca,dia banyak ilmu,dia suka melayari blog,apa yang dia jumpa akan dikongsi bersama Mak Odah. Dia juga ada face book, tapi bukan hanya untuk menulis di wall “Saya sunyi,siapa mahu teman saya?”. Kak Laila tahu akibat dari itu akan merangsang syahwat freindsnya terutama yang sama-sama sunyi. Atau melempiaskan amarah atau meluahkan perasaan. Akibatnya aib diri akan terburai.Itu semua adalah lagha,perlakuan yang sia-sia. Dia ber face book untuk mencari ubat jiwa,yang boleh mendekatkan diri pada Ilahi. Dia menunggangi facebook bukan facebook menungganginya.Semua-semua itu di kongsi dengan Mak Odah.

Kak Laila punya masa yang banyak dengan Mak Odah untuk mengisi kesunyian dirinya. Suaminya seorang pejuang,kerap keluar atas jemputan dalam majlis-majlis ilmu,kadang hingga ke seberang laut,berhari-hari lamanya.Kadang Mak Odah yang datang kerumah Kak Laila. Mak Odah juga akan mengongsikan pengalaman yang pernah dilaluinya.

Dulu,Mak Odah juga sebal dengan Kak Laila,dia pengacau hidup Mak Odah,kata-kata Kak Laila pahit macam putrawali. Tapi sekarang Mak Odah sedar,mana ada ubat yang manis. Memang sakit kalau kita ditegur,nafsu kita akan terasa,sengal,menyampah, dan berada dalam kesakitan yang amat.Nafsu yang buta tidak akan menyuluh kelemahan dan kesalahan diri. Orang yang menegurnya itulah yang salah. Tapi kini kesembilan-sembilan nafsu Mak Odah telah ditundukan oleh akal Mak Odah yang satu. Itu semua adalah suntikan dos dari Kak Laila.

Kak Laila adalah antara Obat hati Mak Odah.

2 ulasan:

Catatan Popular