Suami mengajak Makbonda menemankannya membawa satu lawatan orang kampng ke Negeri Kelantan Darul Naim. Asalnya berat juga memenuhi permintaannya memandangkan Aiman akan menduduki Dewan SPMnya. Nasib baik Atina puteri kedua sanggup berkorban pulang awal sedangkan tenaganya masih diperlukan untuk kerja-kerja akhir majalah IPGnya.
Ahli rombongan adalah terdiri dari Makcik dan Pakcik,Kos di taja oleh JKKK. Asal program bukanlah tugas kami untuk meneraju,tetapi disaat akhir satu demi satu menarik diri atas alasan yang munasabah,jadi kamilah menjadi peneraju.
Ini adalah beberapa Pengalaman Makbonda bermusafir dengan orang kampung. Pertama kali dulu semasa baru posting,makbonda mengikuti program yang dijalankan oleh PIBG ke Cameron Higland. Makbnda ajak teman serumah dari sekolah lain untuk menemani. Dalam tentetif perjalanan tiada slot untuk solat. Dalam 44 peserta hanya kami berdua yang solat itupun secara mencuri-curi ruang. Ada sekali kami terlambat naik bas,kata makci-makcik tu " Alah kita dharurat ni,qada'jelah" Peristiwa tersebut berlaku tahun 1984.
Pengalaman ke dua Lawatan keutara bersama ahli qariah surau. Perjalanan ke Wang Kelian tapi singgah di sebuah pondok di Sik.Oleh kerana penerajunya pengerusi surau dan Tok guru tempat saya mengaji,jadual solat agak sempurna.Namun ada segelintir ahli wanita yang tak nak turunpun semasa ahli lain turun ke masjid.Sebanarnya mereka adalah terdiri dari penduduk kampung lain yang dibuka penyertaannya apabila terdapat kekeosongan,dan objektif mereka adalah untuk bershoping.
Pengalaman ke empat adalah semasa dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah. Apabila masuk waktu Subuh,pemandu memberhentikan bas di satu musolla kecil di tepi jalan. Keadan musolla tersebut memang tidak terdapat seperti di Malaysia,Makbonda sendiri mengambil wudu' menggunakan air bekalan minuman.Tempat sujud penuh dengan pasir. Ada segelintir makcik pakcik tidak jadi bersolat. "Huh,tak sampai ati aku nak semayang .Macamana nak sujud,lantainya rupa itu,qada' ajelah nanti." Dia tak tau Masjid Nabawi dulu berlantaikan pasir,dan Rasulullah SAW serta sahabatnya sujud atas pasir.
Makbonda juga telah ebberapa kali turut serta menyertai lawatan membawa murid sekolah,kerana itulah adalah antara tugas makbonda,Bahagian Lawatan Sekolah.
Dan kini pengalaman terbaru bersama-makcik-dan pakcik dan Makbondalah antara yang telah menjadi Makcik.Kerjasama antara pemandu dan peneraju lawatan adalah cukup erat. Sebelum bertolak peserta di ingatkan bahawa jadikan perjalanan kita sebagai ibadah,dengan berniat untuk Allah Ta'ala. Hendaklah dijaga adab-adab datang ketempat orang,terutama semasa singgah di masjid atau tempat awam lain, jaga kebersihan,tidak membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya,Bila singgah di masjid isilah tabung masjid yang disediakan, pam tandas selepas digunakan. Perkara-perkara yang remeh sebegini perlu di sebutkan sebab adakalnya antara pengunjung masjid yang membuang lampin anak atau tuala wanita sesuka hati mereka sahaja,selepas mebuang air kecil dengan selamba tandas ditinggalka berbau hacing,tanpa di pam. Di bacakan juga tujuan bermusafir. Perkara baik dan buruk yang mereka lihat jadikan tauladan dan sempadan. Dalam doa yang dibacakan dalam bahasa Melayu juga ayat disusun seolah-olah mereka yang bercakap sendiri dengan Tuhan.
Peserta lelaki dapat berjemaah setiap kali solat walaupun semasa solat jama'.tetapi peserta wanita belum berbudaya,hanya beberapa orang yang turut sama berjemaah dengan Makbonda.
Antara tempat kunjungan kami ada dicatatkan dalam blog puteri bungsu saya di sini
Pebezaan membawa lawatan antara antara kanak-kanak sekolah dan pakcik-makcik ni,masa lebih dipatuhi oleh kanak-kanak dan jadual perjalanan lebih tepat lagi.Bebeza dengan Pakcik makcik. Bas dah nak bertolak pun ada yang minta turun,baju sejuk tertinggal kat bonetlah dan macam-macam lagi. Dalam jadual perjalanan,berhentiadalah untuk solat dan makan,tapi dengan tiba-tiba saje boleh mintak bas berhenti nak buang air kecil,macam naik kereta sendiri. Bila bas berhenti di stesyen minyak,habis semua turun berbaris di tandas. Dulu-dulu makbonda mengutuk-ngutuk dalam hati,apalah pakcik-makcik ni, tapi kini makbonda juga antara makcik dan pakcik tersebut. Agaknya ada ke tidak antara peserta muda yang mengutuk dalam hati. Antara pengalaman mahal yang makbonda perolohi ialah bertambah eratnya silaturrahim kami,betullah kata orang antara untuk mengenal sahabat dengan lebih dekat lagi adalah dengan kita bermusafir bersama.
Alhamdulillah perjalanan selamat pergi dan kembali.
Antara doa Musafir
DOA 1
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.

Salam. Bermusafir yang ada nilai tambah.Seronok baca sebab teringat diri yang selalu berhenti untuk "cari keselesaan" jika dalam perjalan yang jauh. Ada sekali saya naik bas dari Medan ke Banda Acheh dari jam 9 malam hingga 6 pagi. Bas tak berhenti langsung melainkan isi petrol. Bas ada tandas. Tak mungkin orang tua boleh buat biz kat situ. Goyang teruk, kata suami. Alhamdulilah. Allah mudahkan. Dah sampai baru buang.(btw, blog anak tu "cute").
BalasPadamSalam kembali puan.
BalasPadamAda perbezaan tak antara bermusafir dengan makan angin,atau jalan-jalan?
Semakin jauh usia kita semakin banyak kenikmatan yang di tarik,antaranya kelemahan otot-otot seluruh tubuh.
Sama sahaja kalau niatnya jelas. Kan Ibadah kita dinilai dari niatnya.Kita pastikan kita tidak lagha dan apa jua aktiviti kita buat hubungan hati kita dengan Allah semoga erat. Kita mohon doa Allah sentiasa bersama.
BalasPadam