DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 15 November 2010

Travelog



Makbonda mahu mengongsikan sedikit pengalaman semasa musim haji 1996. Hari wuquf di Arafah ketika itu jatuh pada hari Sabtu 9 Zulhijjah 1416 = 27 April.

Khamis 9.30pm.Taklimat dari LTH, Jemaah di beri amaran supaya tidak keluar dari penginapan pada esok pagi,ditakuti sesat dan kehabisan tenaga kerana petangnya kami akan berangkat ke Arafah.Walaubagaimanapun Makbonda suami isteri melanggar juga arahan untuk bersubuh di Masjidil Haram,setelah meminta perlindngan dan kelapangan dari Allah SWT. Kami mula bersiap-siap mengemas barang keperluan untuk selama beberapa hari mengambara ke Arafah dan Mina.Pembahagian bas telah ditampal di dinding penginapan.Selain bekalan hafalan zikir dan doa digalakan membawa sedikit makanan pengalas perut untuk persediaan,jika bas tersesat dan sebagainya.Ada setengah jemaah yang siap merebus nasi impit.

Jumaat, 4.30pm kami berbaris untuk menaiki bas yang telah ditentukan.4.35pm bas bertolah tiba di Arafah 5.30pm,pada hari biasa perjalanan kurang dari 10min. Maklumlah bersesak dengan jutaan ummah.

Kami ditempatkan dalam satu khemah yang dikhaskan untuk Jemaah Malaysia, di maktab 48. Pada ketika itu keadaan khemah haji Muasasah hanya sekadar menutup langit,bahagian bawah agak terdedah,tapi dek kerana jiwa-jiwa jemaah tertumpu pada ibadah,tidak ada yang berkesempatan untuk mengintai khemah lain dan sebagainya.



Jam 5.45 talah masuk maghrib,kami solat jama' taqdim.Semasa memilih Imam semua jari mengarah kepada Makbonda,padahal Makbonda ketika itu paling muda,walaupun dalam kelompok kami ada beberapa ustazah.

Selepas itu kami bebas menjalankan ibadah sendiri sehinggalah waktu subuh, Zuhur, 'Asar, Maghrib dan Isya' kami dalam berjemaah.Waktu-waktu terluang menghabiskan masa dengan bertadarrus dan menjalankan semua solat-solat sunat. Beribadah ketika itu terlalu dekat hati dengan Allah SWT. Di sini adalah antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.Pada ketika itu masing-masing berdoa,meratap pada Allah SWT. tiada berkesempatan untuk bersimbang dan berbual. Dengan mudah air mata tertumpah. Khemah di penuhi jiwa-jiwa yang basah. Betulah kata orang suasana di Padang Arafah adalah gambaran di padang mahsyar.Di padang Arafah kita masih boleh berlindung dibawah khemah,sakit pening ada panadol yang menjadi pelega. Bagaimana semasa di padang mahsyar,siapa yang melindungi kita dari matahari yang sejengkal dari kepala? Yang menyelamatkan kita dari berenang di lautan peluh,nanan dan darah?.Semua dalam keadaan nafsi-nafsi!,masing-masing tiada siapa yang peduli!,selain dari bekalan amalan-amalan kita semasa di dunia.


Selepas Isya' Jemaah beransur ansur berkemas dan memasuki bas untuk berangkat ke Muzalifah mengikut giliran yang telah di tetapkan oleh TH.
12.30malam  baru tiba giliran kami bertolak ke Mudzalifah,Sampai Mudzalifah 1.30am,bas berhenti dan memberi peluang kami turun mengutip batu, kami sempat juga bersolat di satu musolla.


gambar hiasan
2.30am tiba di Mina,Khemah masih agak kosong,jadi boleh memilik dimana-mana sudut .Kami melelapkan mata sebentar.

3.30am,Suami dan beberapa Jemaah mengajak kami pergi ke Mina untuk melontar. Perjalanan selama satu jam melalui lorong Muassim.Alhamdulillah dapat melontar ketiga-tiga Jumrah, Ula,Wusta,dan Aqabah.Alhamdulillah,kami telah boleh bertahallul awal,kerana kami mengerjakan Haji Ifrad,setelah 13 hari di dalam ihram.Inilah yang dinamakan sebagai hariraya Idul Adha.

gambar hiasan ehsan dari google

Perjalanan dari Arafah ke Mina banyak cabarannya,Dalam berebut bas kadang ada yang suami isteri,atau ibu dan anak terpisah.Kadang sikap pemandu bas yang kurang bertanggungjawab,diturunkan penumpang jauh dari khemah,maka berjalanlah mereka berpanas ditengah padang pasir.Itu sebab kena banyakkan doa kelapangan urusan. Jika berlaku sebarang musibah bersangka baik dengan Allah SWT,samaada ianya untuk mengampunkan segala dosa atau meningkatkan darjat kita.

Di Mina kami selama 3hari 3malam,Ahad,Isnin dan Selasa. Pada Hari isnin bersamaan 29 april, disini suami mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 kepada Makbonda,yang Makbonda tidak menyedarinya sebelum itu.

Kerja-kerja melontar ini adalah lebih afdal dilakukan waktu tengahari tapi kami hanya mampu melakukan pada waktu malam atas nasihat LTH,kerana waktu Zuhur agak sesak.




Semasa mengerjakan haji Makbonda meninggalkan 4 orang anak. Atiqah 9 tahun,Atina 7 tahun,Aizat 5 tahun dan Aiman 3 tahun.Makbonda berjuang menguatkan jiwa semasa meninggalkan mereka,berusaha agar bayangan mereka tidak mengganggu kerja-kerja ibadat.Sebenarnya antara jihad yang Makbonda kena lalui ialah jihad dengan anak-anak.Sebelum pergi ramai yang menasihatkan agar jangan terlalu mengingati anak-anak nanti anak-anak akan kerinduan. Tipulah kalau kata kita  dapat tidak mengingatinya,sebab itulah dunia Makbonda dalam 10 tahun ini.

Semasa menunggu suami menghabiskan Jamrtul Aqabah yang terakhir , Makbonda berehat di satu tiang kerana suami menolong orang lain membuat kerja melontar. Sudah menjadi kebiasaan Makbonda sentiasa membawa bekalan air dimana-mana,tiba tiba datang seorang ibu dan 4 orang anak yang sebaya-sebaya dengan anak Makbonda,dengan hanya bahasa badan Makbonda faham dia minta air untuk keempat anak-anaknya. Anak-anak itu berebut-rebut semasa ibu menuangkan air ke mulut mereka.Makbonda tewas,sesungguhnya sememangnya tewas. Wajah-wajah mereka telah bertukar menjadi Atiqah,Atina,Aizat dan Aiman.Perut Makbonda menjadi mual,tetapi memuntahkan cecair melalui saluran mata,dan ianya tidak mahu berhenti,walaupn setelah beristighfar berkali-kali.Agak lama.Makbonda cuba menghentikan sebelum suami datang tetapi tidak berjaya, Bila suami tiba beliau bertanya keadaan Makbonda, namun hujan semakin lebat.mulut serasa kebas untuk menjawab pertanyaannya. Makbonda memberi isyarat untuk menjawab nanti.

Rabu 9.45 kami bertolak balik ke Mekah.Solat Zuhur di Masjidil haram,terus Tawaf Ifadah dan Sa’e. Maka selesailah Rukun Haji kami. Alhamdulillah.Barulah Makbonda menalifon adik untuk bertanya khabar,sebab ketika itu dirumah sendiri belum ada talian.

Sementara menunggu masa bertolak ke Madinah masa dihabiskan untuk mengerjakan umrah.

Setiap kali menjelang Idul Adha,bayangan-bayangan ini akan menjelma dalam ingatan,walaupun telah berlalu lama,ianya masih terasa bagitu baru.Berdasarkan cerita dari jemaah yang pulang,gambar-gambar di web dan media, sekarang di Arafah,Mudzalifah,Mina dan Masjidil Haram telah banyak mengalami perubahan.Sesungguhnya Makbonda amat merindui dan sering meminta pada Tuhan untuk melorongkan ketika berkunjung lagi.

6 ulasan:

  1. ...ketika itu,sesekali ckLah menyeberang ke rumah makbonda, cuba menggembirakan Aiman, yang sebaya Dia.




    ...seminggu lagi, mereka berdua akan masuk dewan SPM. Rasa baru saja mereka berebut belon kapal terbang Saudi Airlines....dan menggayakan jubah Badwi.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semoga Allah menerima doa dan mengampuni dosa-dosa. Pertama kali saya ke Mekah pun saya berumur 35 tahun, iaitu tahun 1982. Ketika itu masih sistem Sheikh dan semua kemudahan amat sederhana. Air amat kurang, tandas gali sahaja dan Padang Arafah belum ditanam pokok.Cerita menunaikan fardhu Haji adalah "ever green". Pengalamannya sama cuma tidak serupa. Semoga Allah mengampuni dan meredhai.

    BalasPadam
  3. CkLah,kamu antara hati-hati yang digerakkan Allah,menjaga harta saya sepanjang pemergian.
    Hanya Allah yang membalasnya.
    Semoga Nadia dan Aiman dapat melepasi dewan SPM dengan jayanya.

    BalasPadam
  4. puan Ngasobah,
    Setinggi-tinggi kesyukuran kerana memberi peluang kita ke sana kan.
    Semoga amalan kita diterima.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat, dan berguna.

    BalasPadam
  6. Selamat berkunjung brohamzh.Oh! Kamu orang Haluan ya,seperti puteri saya.Selamat berjuang.

    BalasPadam

Catatan Popular