DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 18 November 2010

Review novel 11

"Esok kamu akan berangkat ke bandar. Ayah tidak dapat sembunyikn rasa bimbang ini daripada kamu semua. Ayah serba salah sekarang tapi pesan ayah jagalah diri baik-baik di sana nanti........ayah tidak tahu adakah anak-anak ayah akan menjadi seorang terpelajar atau seorang yang zalim pada masa akan datang."


"Tidak usahlah awak bimbang tentang anak-anak kita. Saya yang mengandungkan mereka,menyusui mereka dengan air susu yang suci ini, serta mendidik mereka dengan penuh kasih sayang,tidak mungkin mereka akan memilih jalan sesat."

"Saya tidak bimbang pasal anak-anak saya itu tetapi sitem pendidikan sekarang. Saya bimbang itu akan mengaburi mata mereka. Tabiat manusia sukakan kemusnahan."

Ayah menyambung lagi kata-kata sambil memandang ke arah mata emak "Sesuci manapun susu yang awak berikan kepada mereka namun kotoran sistem tersebut mampu menjadikan mereka kabur. Bala akan tiba permaisuriku....!"

Dailong di atas adalah antara kedua ibu bapa Qan dan Turghut beberapa hari sebelum mereka berangkat untuk melanjutkan pelajaran di bandar.

Abang Turghut menjawab pantas(ms 7)
"Siapa yang mampu jadikan kami ateis? kami orang Islam berdarah turki. Kalau mereka memotong urat saraf kami akan keluar darah yang mengiakan bahawa kami ini bangsa turki yang berpegang teguh dengan agama Islam. Setiap degup jantung kami juga mengulangi yang kami ini warga Turki Muslim sejati tidak seorang mampu menipu kami ayah!."

Setelah bulan ke enam mereka telah merasakan bahawa keluarga mereka kuno,kolot dan fasis. Mereka sudah meulai membenci ayah mereka. Nasib Qan baik,sempat pulang ke pangkal bila suatu masa ayahnya menggigil ketakutan dihadapannya kerena bimbang dibunuh oleh anaknyan. tetapi Turghut terus tersesat sehingga ayahnya maut di hujung senapang anak buahnya.

Begitulah antara petikan dari novel Weil China karya penulis Turki Eemine Syenlikoglu yang di terjemahkan oleh Mohd Rofisi bin Dolah,diterbitkan oleh PTS 2010.



Ya!.Dalam proses mencerna dan menghadham novel Weil China ini terasa seperti senaman untuk jantung,kerana pada situsai biasa jantung mabonda bedegup dengan tempoh yang sekata tapi kini muncul satu tenaga yang membantu menguatkan lagi degupannya.

Hmmm...disamping itu ianya menambahkan lagi rasa cemburu di jiwa,mengenangkan anak-anak yang telah kita didik dirumah dengan sebaiknya,namun bila mereka keluar menghadapi duni,terlalu banak unsur yang boleh mengubah mereka 180 darjah.Nauzubillah hi minzalik.

Walaupun kesesatan Abang Turghut telah terlalu jauh,akhirnya dia juga dapat pulang ke pangkal tetapi setelah mengorbankan jiwa beribu-ribu umat Islam temasuk kedua ibubapanya.

2 ulasan:

  1. salam akak,sukanya tengok blog akak yang ceria ini...begitulah kak fitnah dunia akhir zaman, kita pun boleh terlalai inikan anak-anak kita yang masih tercari-cari identiti diri mereka. Hanya doa yang mampu dipanjatkan ke hadrat Ilahi

    BalasPadam
  2. Salam kembali Ustazah. Tahniah UstazahRafraR dah bergerak,ustazah banyak pengalaman,dari bawah bayu ke SBPI,dengan ilmu padat didada,akan boleh menzahirkan sesuatu untuk dikongsi.Lagipun shifu sebelah tu amatlah tinggi makamnya.Jadikan USZA sebagai idola.

    BalasPadam

Catatan Popular