DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 4 November 2010

Balasan warkah untuk anakanda


Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Mohamad SAW.

Bertemu lagi anakanda semoga Anakanda sentiasa di dalam lindungan Ilahi.Warkah dari anakanda tempohhari telah bonda baca dan fahami. Ibarat di cubit peha kira peha bonda terasa amat denyutnya.Nampaknya anakanda telah benar-benar menempuhi kerenah dunia reality,satu demi satu anakanda harungi. Sebenarnya ianya adalah untuk menambah kematang anakanda

Anakanda,
Rasa tersingkir,hilang kepopularan,kemalangan,kehilangan dan sebagainya,jika berlaku pada diri kita sememangnyalah amat pedih dan sakit rasanya. Hati bagai di hiris-hiris,tercalar-calar dan berdarah-darah,dicincang-cincang hingga hancur berderai,dibakar atas zing hingga tidak dapat di kenal DNAnya. Huh begitu azab. Apatah lagi kalau ianya berlaku buat pertamaa kali, siperlakunya pulaorang yang kita sayangi dan percayai. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?Apa Salah aku? Seolah-olah satu loceng besar jatuh ketasanya dan kita terkurung di dalam,gelap,tidak mampu mencari jalan keluar.


Tiba-tiba kita rasa disingkirkan?Seolah-olah kita berdosa besar pada mereka?Apa yang telah kita lakukan hingga tergamak mereka berperilaku begitu?Tanyalah diri berkali-kali,apakah kelemahan kita,adakah kita pernah berperilaku seperti perkara yang kita sendiri tidak suka? Kalau begitu perbaikilah kelemahan itu. Untuk mengetahui kelemahaan dan keburukan kita hanya bolehmendapati dari musuh kita,kawan baik tidak akan tega menceritakan nya. Jika keyakinan kita tinggi yang kita di pihak yang benar,letakkan penuh keyakinan bahawa itulah kesempatan yang diberiNYA untuk mendekat padaNYA.Kita tidak pernah bersaorangan,kita ada MAHA penolong yang hakiki. Mintalah agar kita diberi gantian dengan yang lebih baik.

Ramai kawan,popular,dikenali ramai kemana jua pergi,belum tentu mereka akan bersama menangis dengan kita.Apalah guna ramai kawan jika mereka hanya seperti buih,yang membawa kita lagha dan semakin cinta kepada dunia. Biar sedikit tapi bila bersamanya hati sentiasa hampir pada yang ESA

Izinkan Bonda berfalsafah sedikit,

Satu situasi yang sama,menimpa ke atas dua individu yang berlainan,akan diterima dengan respon yang berlainan.

Dua kali limalah dengan;

Dua orang yang berlainan mengalami satu situasi sadis yang sama,maka respon yang mereka tunjukan juga adalah berbeza.

Contoh
Mak Piah dan Mak Jah,2 orang makcik-makcik,telah tercedera keretanya akibat dari terlanggar tiang. Bagi Mak Piah itulah pertama kali berlaku dalam hidupnya ,baginya, dialah yang paling malang dalam dunia, sedangkan Mak Jah yang pernah mengalami kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan pada salah seorang penumpangnya akan rasa bersyukur kerana masih terpelihara dari kejadian yang lebih teruk.

Syasa yang selalu dimanja oleh ibubapanya,dan semestinyalah, dia anak tunggal dan mamang comel ,cerdik dan tersangatlah petah. Aina pula sudahlah ramai adik beradik,tidak berapa comel dan kurang cerdiknya. Semasa dalam kelas Farah kata “Tak nak kawan awak”. Syasa terus mencuka dan mencebik-cebik lalu berjumpa Cikgu “ Cikgu Farah tak nak kawan kita.” Aina pula,tak kesah,dalam hatinya “Alah tak kawan pun takapa .“ atau pun “Pinggan tak retak nasi tak dingin.”

Pak Tohir dan Pak Separ,telah di fitnah hingga beberapa penduduk kampong menjauhkan diri daripadanya. Inilah kejadian pertama yang Pak Tohir alami,Beliau akan rasa mahu menjerit dan dunia seolah-olah mahu kiamat. Sedang Pak Separ pernah jatuh muflis dalam perniagaannya juga atas fitnah. Akan berkata “Alah samall matterlah” Pak Separ pernah bangkit dan mendekatkan diri pada Allah,kerana hanya Allahlah teman yang Maha mengetahui kesah sebenar.

Peha yang buat kali pertamanya kena cubitan,adoi! amtlah pedih berdenyut-denyut, tapi bila sudah berkali-kali deria rasanya sudah mengurang. Apalagi kalau telah parah dan luka-luka berdarah,cubitan sudah tidak berbekas padanya.
Makanya,jadilah manusia yang kebal dengan situasi-situasi sadis. Manusia yang banyak diuji dan sabar akan di hisab tanpa ditimbang.Tapinya hendaklah pula ianya beramal saleh dan betaqwa,sebab orang kafirpun ramai yang sabar.

Bonda bukan ahli psikologi atau motivator,dan bukan guru kaunslingpun.Hanya seorang Ibu yang menulis mengikut kata hati dan kurniaan ilham yang dijelmakanNYA setelah menghadapi sesuatu situsi.

Semoga warkah ini memberi sedikit kekuatan untuk anakanda meleraikan kemelut jiwa anakanda sehingga mengganggu tumpuan tugas anakanda.

Buat kal ini setakat ini sahajalah yang bonda mampu coretkan disini.InsyaAlah akan bonda susulkan lagi di masa dan situasi akan datang.Wallahua'alam.

Salam rindu dari Bonda kerana Allah.

3 ulasan:

  1. salam makbonda.
    subhanallah,tersentuh.
    perkongsian yang menarik.walau warkah ini ditujukan buat anak makbonda,tapi tersentuh rasa hati ini tatkala membacanya.

    Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
    Yang menciptakan segalanya
    Yang menimpakan ujian
    Yang menjadikan sakit hatimu
    Yang membuat keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu
    Pasti akan damailah hatimu
    Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
    Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu
    Retaknya hatimu
    Tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
    Kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak
    Dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.. :") ♥

    BalasPadam
  2. Salam kembali hajar,
    Sememangnya warkah ini untuk semua anak-anak termasuk anak orang lain juga.Alhamdulilah jika berjaya menyentuh.

    Makbonda pinjam madah hajar ye,untuk jadikan azimat,dan akan digunapakai disituasi yang sesuai nanti.

    BalasPadam
  3. segala yg baik itu datangnya dr Allah. :)
    boleh saja makbonda.
    moga ada manfaatnya,biiznillah.

    BalasPadam

Catatan Popular