"Ustaz ada kat rumah Laila? kalau dia nak ke pekan Mak Odah nak kirim kacang hijau,kacang dal,kacang merah,kacang sayur,kacang kuda,kacang tanah dan kacang-kacang"
Tiba-tiba mak Odah muncul di belakang Kak Laila yang sedang membelek semaian benih kailan di taman sayurannya.
"Mak oi!,berapa banyak kekacang ni Mak odah,nak bua apa?"
"La, kamu tak ingatke kan 10 Muharram,nak buat bubur asyuralah,Kamu tak buat ke?" Mak dah menjengilkan mata.
"Siapa yang suruh Mak Odah buat?"
"Eh kena buat, 10 Muharram ni,tak ada sapalah suruh, semua orang buat. Emak mak Odah dulu buat,lepas tu emak pada Mak Odah pun buat,emak pada emak pada emak ada emak mak Odah dulu-dulu semua buat,kamu orang muda mana tahu."
"Agak-agak kalau tak buat dosa tak Mak odah"
"Idaklah dosa,tapi dah biasa orang buat."
"Sebenarnya tak ada siapa suruh buat Mak Odah,yang Nabi suruh ialah puasa,Kalau Nabi suruh maknanya dapat pahala."
"Jadi dosalah buat ye?"
"Tak dosa,tapi sia-sia. Kita belanja beli macam-macam kacang semata-mata nak buat bubur yang Nabi tak suruh pun. Boleh buat sekadar nak makan,hukumnya harus,kita bagi kat orang makan dapat pahala sedekah,lepastu buat tak semestinya bulan ni,boleh buat bila-bila bulan-bulan lain pun"
"Huh manalah aku tau Laila,dari kecik mak aku dah ajar gitu,baru ni aku tau,ooo kena puasa ye? Aku tengok je kat TV ustaz tu cakap macam tu jugak,tapi aku ingat untuk orang lain."
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam mak bonda,
BalasPadamBubur asyura tu sedap. Saya suka bubur asyura terengganu. :D
Bubur asyura bukan wajib, cuma adat orang kita. kadang2 ada orang dulu yg terlalu mengambil berat hal tradisi tanpa tau sebabnya. Tapi saya tak berani nak menyanggah. hihihi..
Dulu saya sekolah, yg asalnya sekolah pondok tok guru haji abas. Memang ada tradisi buat bubur asyura ni. dan memang ustaz2 ada cerita kejadian besar yg berlaku pada bulan 10 muharram. Hanya itulah yg saya tahu. :)
Salam kembali indah.
BalasPadamKalau indah masak bubur asyura kemudian bagi semangkuk pada makbonda,kemudian makbonda akan makan dengan rasa gembira,maka indah dapat pahala.:)))