Makbonda menghantar gadis remaja untuk mengikuti Satu Kem Remaja. Usai Kem,dalam perjalanan pulang Makbonda buka luahan hatinya.
“Ok,Kem tu,semua Ok,program pun bagus,abang-abang dan Kakak Fasipun bagus jugak,terimakasihlah Mak hantar jauh-jauh,keluar belanja pulak tu. Tapi paling tak ok ialah group kita orang. Tak adil,berat sebelah,keroni,pandangan dia orang je yang betul,orang lain tolak tepi,membosankan”
“Mana pulak keroni,kan masing-masing dari ibubapa yang berlainan”
“Dia orang pentingkan kawan sebilik,siapa bilik berlainan tak di layannya.abang Fasi pun tau,Nak jaga hati dia orang layan jelah.”
“Tengok masa penutup tu Ok je,bukan main kuat suara,banyak dapat pujian”
“Ialah,kem ni 3 hari je,kita bolehlah bertahan, ikutje kerenah dia orang,tak ikut nati apapulak kata abang fasi,kalau tiga minggu tak taulah,dah meletup rasanya”
“Belum tentu,mungkin tambah erat,bertangisan masa berpisah lagi. Sebenarnya dalam masa 3 hari tak cukup nak mengenali satu sama lain.Memang satu cara yang baik kita layan,demi kedamaian,kalau ada masa cuba kita betulkan dengan cara berhikmah.Ada kalanya kita rasa orang lain tak betul,mungkin kita juga penyumbang.Tapi kalau kita yakin yang kita di pihak yang betul , berusahalah mengubahnya,jangan lupakan juga berdoa.”
Sampai rumah,Makbonda gougle tip-tip hebat dalam pergaulan,semoga bermunafaat.Pada Konsltan Kem Tersebut Makbonda cadangkan agar di tambah slot panduan dalam Pergaulan,kerana isu itu jugalah anatara yang menjadikan remaja keliru dalam memilih identiti diri.
Tip-tip hebat dalam pergaulan
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
8 ) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.”
Wallahu’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan