DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 3 Januari 2011

Warga Emas yang lebih dari itu nilainya.

"Hai,dah balik Mak Odah,kata sebulan"Tiba-tiba mak Odah muncul di belakang Kak Laila,semasa kak Laila sedang asyik memeriksa daun-daun sawi ni taman sayurannya.

"Dah Laila,Aku rasa lambat sangat jam berjalan kat sana,bila malam tiap kali jarum bergerak aku nampak,tup-tup dah pagi,bila masa aku dapat tidur."

"Apalah Mak Odah ni,punyalah baik anak-anak layan Mak Odah,nak balik juga"

"Entahlah Laila,aku ni dah tua,aku tak salahkan anak-anak,dia orang muda,memanglah gitu caranya,aku pun dulu muda,tapi hati aku ni masaalahnya,cepat sangat terasa,orang tak marah kita,dia marahkan anak-anaknya,dah aku pulak yang terasa.Orang ajak jalan-jalan makan kat luar,aku tak suka,penat,mana sedapnya makan kat luar,orang ramai,Dah dia orang kata aku tak sporting. Daripada nanti dia orang serba salah baik aku balik rumah. Sendiri pun sendirilah,Tuhan jaga aku,nanti kat kubur sendiri jugak."

"Kalau dah gitu kata Mak Odah,apa boleh buat,jangan nanti anak-anak Mak Odah kata Mak Odah merajuk sudah,kesian dia orang,dia orang tu semua sayang kat Mak Odah"

"Memanglah aku tau,masaalah nya ada kat aku...entahlah,duduk dengan anak,aku yang tak senang,duduk rumah sendiri anak-anak pulak yang tak senang hati. Eh Laila,aku pernah dengar ada tempat pondok untuk orang tua macam aku ni,betul ke Laila,kamu tau ke tempat tu?"

"Oooo..ada,ada Mak odah....Mak Odah nak tengok ke,meh naik,saya tunjukkan videonya." Kak Laila pun mencuci tangan lalu membuka laptopnya.





اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

2 ulasan:

  1. Salam Makbonda. Semasa saya belum bersara dulu saya pernah tinggal satu malam di sini. Kawan saya wakafkan sebuah rumah. Jadi kami "house warming" rumah itu. Tetapi ketika itu Masjid masih belum siap. Dan program pun belum well-developed macam sekarang. Kawasan persekitaran pun belum cantik macam yang nampak divideo. Malam itu ada program aqiqah ramai-ramai, dan ada penceramah dari Indonesia.Saya pulak inginkan masa "tua" saya untuk menolong sesama manusia juga. Habluminan nas.Hubungan dengan Allah pasti kita eratkan tetapi kalau ada kemampuan nak juga tolong orang lain.WaAllahu'alam. Walau apa pun semoga Allah meredhai. Yang kita rancang tidak semestinya apa yang Allah kehendaki.

    BalasPadam
  2. Puan,Kenapa saya sering bersetuju dengan pendapat puan? persamaan-persamaan cita rasa inilah agaknya antara punca keserasian kita.

    Persekitaran saya ialah warga-warga ini,dan isu inilah yang sering bersimpang-siur dihadapan saya,tercetus ilham kepada saya dan berminatuntuk mencari tempat yang sebegini,saya tidak pernah mengunjungi tempat begini dan seumpamanya tapi saya berusaha untuk mencari informasi dengan cara menggoogle dan sebagainya.Semoga saya mendapat kesempatan.

    Kalau anak-anak sering kita cungkil minat untuk mereka meletak cita-cita dan arah tuju kehidupan mereka. Bagi saya yang telah hampir tiba ke hujung kehidupan,inilah arah tuju saya,Semoga Allah memberi lorng dan kesempatan kepada saya untuk mengakhiri hidup saya dengan husnulkhotimah.

    WaAllahu'alam

    BalasPadam

Catatan Popular