DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

virus dendam


Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam, dendam itu adalah berdosa.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di karuniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (karena) bagi seorang laki-laki ada bagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32).

Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah "Mengandung permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami".

Seorang guru besar atau pengetua,yang sering menyerahkan habis tugas untuk meyelesaikan masaalah kerenah guru-guru bawahannya kepada Guru Pen.Kanannya,tiada alasan yang perlu ditimbulkan dari GPK yang di serahkan.Banyak kemungkinan mengapa,mungkin kerena dia tidak mahu membebankan kepala dengan kerenah guru,dan mahu menumpukan tugas pentadbiran kepada kecemerlangan pelajar. Atau mungkin dia mahu namanya suci dimata guru-guru yang ditadbirnya. Sekurangnya guru-guru tidak lah menganggap guru besar seorang yang teruk bila markah prestasi guru-gurunya rendah,kerana segala markah prestasi guru-guru adalah penilaian GPK.Lalu dendam bersarang dalam jiwa-jiwa GPK dan guru-guru lain. Akan timbullah ayat-ayat “Lebih sudu dari kuah,guru besar lagi tak macamtu,GPK pula yang lebih-lebih”

Seorang bapa,yang menyerahkan anak-anak yang tua untuk menyelesaikan kerenah adik-adik yang lebih muda. Mungkin bagi bapa mahu mengurangkan beban,untuk menumpukan tugas-tugas mencari nafkah,atau mungkin untuk melatih kematang anak-anak yang lebih tua dalam penyelesaian masaalah. Atau juga mungkin untuk menjaga prestasi diri di mata anak-anak yang lebih kecil agar tidak menganggap bapanya seorang yang teruk. Bagi anak yang tua,itu merupakan tanggung jawab,atau mungkin beban. Akibat ketidak matangannya mungkin melahirkan tindakannya berlebihan dan mengguris hati yang muda.pada sia adik yang terguris pula akan timmbullah ayat “Lebih sudu dari kuah,bapa tak pun begitu,dia pulak lebih-lebih”.Lalu dendam pun bersarang.

Seorang guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengakukesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Dalam kes pertama,Kalaulah GPK seorang yang tahu diri,tidak akan terasa terbeban pada tanggungjawabnya,itu adalah amanah,tapi dia juga adalah manusia,yang kadangkala tersasar dan tersasul. Bagi guru-guru lain pula sepatutnya hendaklah faham dengan beban GPK. Jika mereka dijalan yang betul tantulah tiada apa yang perlu di pertikaikan keatas markah prestasi yang diberi.

Dalam kes kedua,jika si anak tua seorang yang matang tentu dia tidak akan berkasar kepada si muda,tapi dia adalah insan yang belum matang,yang masih tebal dengan emosi. Bagi si adik yang tahu diri sepatutnya tidak lah menuimpan dendam yang begitu,Kalau tidak ada kesalahan tentulah tidak akan berlaku tindakan-tindakan sembilu dari si anak tua.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah kuat menyimpan dendam kesumat,hingga meretakkan silaturrahim.Disimpan kemas dilubuk hati,sehingga memusnahkan segala kebaikan dan menurunkan rasa hormat .

Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa memusnahkan kebaikan.

2 ulasan:

  1. Salam MakBonda..

    benarkan.. dapat hidup dengan berlapang dada adalah nikmat Allah yang amat hebat..

    Marah, sakit hati, benci, geram.. adalah nafsu yang tidak mungkin mampu DIBUANG terus daripada diri kita.. kita berhak ke atas semua rasa itu.. tetapi.. amat beruntung jika kita mampu mengawalnya dan segera meleraikannya dari terus bersarang di jiwa..

    Mengakui dan menerima kesalahan diri serta berlapang dada memberi maaf kepada orang.. sangat membuatkan jiwa menjadi senang dan tenang..

    (selalu ingatkan diri.. kalau aku taknak maafkan orang, nanti Allah pon taknak maafkan dosa aku.. dah lah setiap hari banyak dosa2 yg sengaja yg tak sengaja di lakukan.. lagi nak berlagak taknak maafkan orang.. nauzibillahi mindzaalik.. maka segera hati beristifar dan belajar berlapang dada menerima salah diri dan mengambil iktibar daripada kesalahan.. semoga dapat beristiqamah dengannya.. ameen.)

    Terima kasih makbonda utk peringatan ini..

    Semoga hidup makbonda sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat hendaknya... amiin.

    BalasPadam
  2. Salam juga untuk kamu KAKTINY.

    Virus tu sentiasa ujud,akan lenyap bila dosnya adalah zikir dan fikir yang berpanjangan. Tapi jika tersalah langgar pantang,nafsu dijadikan lauk dalam hidangan,ia akan aktf kembali.Merebak dan memusnah.

    Terimakasih atas doa.Makbonda juga sebenarnya sedang merawat diri dari virus itu.Kita sama-sama saling memeohon dan berdoa.

    BalasPadam

Catatan Popular