“Jadikan kita sebagai sahabat paling rapat kepada anak-anak,sebelum anak kita mencari sahabat diluar yang belum tentu kekukuhan dahannya.” Itulah antara kaedah yang paling saya setuju dan sentiasa bercita-cita kearah itu. Biarlah kita mudah dimesrai tanpa mengabaikan pengghormatan kita sebagai ibu bapa.
Dulu-dulu Ibu bapa mendidik kita mengikut situasi semasa.Kita lebih dibiarkan berdikari dan membuat keputusan sendiri. Apabila mula masuk asrama,mereka akan menghantar kita hanya untuk mendaftar sahaja,selebihnya kita berusaha sendiri,bersesuaian dengan situasi ketika itu,untuk pulang ke kampong setiap cuti penggal,setiap pulang kekampung banyak perubahan,dari berpipi mulus dan berkulit halus telah bertukar dengan titik titik jerawat dan bulu roma yang kasar,dari suara halus kepada suara garau,dari bau tubuh yang wangi menjadi berketiak masam.ada ketikanya ibubapa hilang idea untuk berkomunikasi dengan anak,hubungan sudah tidak semesra dahulu.
Berbezanya dengan situasi sekarang.Ibu bapa lebih berkemampuan dan berpendidikan. Mahu masuk kelas pun seboleh-bolehnya ibu bapa membawakan beg. Sudah amat jarang sekali murid sekolah rendah yang menaiki basikal sendiri.Kebanyakannya dihantar samaada menggunakan motokar atau basikal,walau sedhaif macamanpun ibu bapanya,adangkala 3 orang anak dibelasah sekali diatas motosikal.Banayak kepincangan dahulu diperbaiki bersesuaian dengan situsi semasa.
Bila telah masuk asrama ,setengah ibubapa menyusun sekali almari anak mereka.Balik kampong sebulan sekali,diambil dan di hantar,belum lagi seiap minggu datang menjenguk dan outing untuk makan dan membeli belah. Sesetangah ibubapa yang belum punya anak besar,rimas dengan keadaan ini,dan sering membandingkan dengan keadaannya pada ketika dulu.mungkin belum sampai ketikanya,apabila mereka juga merasai satu masa nanti,tidak ada lebih tidak ada kurangnya,mungkin lebih. Saya akan perhatikan sahaja golongan ini,bagaimana keadaanya bila ketikanya sampai nanti.
Walaubagaimanapun saya setuju jika anak yang telah remaja atau lebih dari itu, patut selalu didampingi,menyediakan telinga untuk anak-anak meluah perasaan,bukan untuk di terima dan di letakkan dia dalam pelukan dan ribaan lalu di dodoi-dodoi, tapi di pimpin lalu ditunjukan kaedah bagaimana memilih persimpangan. Eh! kamu,...... janganlah kata saya macam vip-vip atau tan Seri yang bertindak menyerang sahaja jika anak-anak mereka disentuh.Tidak sekali-kali.
Bila kau datang meletakkan kepala didadaku,ku turunkan paras kedewasaanku menjadi seperti rakan seusiamu. Asalkan kamu sentiasa tahu diri bahawa aku adalah ibu kamu.
Saya pernah dikritik seseorang kerana bercerita peristiwa mendaftarkan anak di asrama dan kemuadiannya mencatat tentang 'kerinduan' saya kepada anak di asrama di dalam laman sosial.
BalasPadam"Jangan terlalu menunjuk2 cerita tentang anak!" katanya.
.....tapi, yang mengkritik itu bercerita panjang lebar (juga di laman sosialnya) apabila anak sulungnya mendaftar di tadika, dan ceritanya lebih panjang lagi apabila si anak menang pertandingan Pakaian Beragam.
Hehehe...kelakar kan!
he he he,tak kelakar tapi sadis,
BalasPadamJom jalan-jalan kat sini http://maafcakap.blogspot.com/2011/01/mengata-dulang-paku-serpih.html