
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Selasa, 29 Mac 2016
Daun kering yang gugur.

Jumaat, 30 November 2012
Pembela.
Khamis, 18 Oktober 2012
Lumpur Panas Lapindo.
Allahhuakbar. Kenapalah Selama ini Makbonda ketinggalan jauh kebelakang.Ketinggalan dari info-info nasib saudara serumpun. Cerita bukan cerita kecil,tapi besar,musibah menimpa saudara serumpun. Kejadian yang amat menyayat hati, sebab akibat kecuaian satu-satu pihak sdhingga mengorbankan begitu besar jumlah mangsa.
Berpunca dari satu syarikat carigali minyak yang bernama Lapindo. Membuat kerja cari gali dikawasan penduduk yang sesak. Mata gerudi telah tercecah lapisan mantel dibawah bumi,akibatnya tersemburlah gas bersama lumpur panas ke permukaan bumi. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006. Hari demi hari semburan lumpur panas telah melimpahi persekitaran sehingga meneggelamkan perumahan dan kilang-kilang persekitaran. Benteng-benteng telah dibena bagi mengawal merebaknya aliran lumpur namun tidak dapat menghalang kemarahan lumpur panas tersebut,dan merebaklah kebeberapa desa. Penduduk bertempiaran meninggalkan tanah tumpah darah mereka.Tinggallah desa-desa kelahiran mereka tertimbus dibawah lumpur panas tersebut.
Pedihnya membayangkan nasib mangsa yang meninggalkan kediaman dan pekerjaan mereka.Bagaimana nasib anak-anak dan masa depan mereka.Tidak jauh bezanya dengan keadaan pelarian-pelarian yang tinggal dipenempatan sementara.
Sehingga kini semburan tersebut tidak menghentikan diri.Malah semakin tinggi keudara mengikut pasang surutnya air. Berbagai cara diusahakan untuk menghentikan semburan tersebut namun tidak dapat mengentikan kemarahan makhluk Allah yang telah diganggu habitatnya itu.
Selepas melihat DVD ini Makbonda terus mengoogle lokasi dan info-infi mengenai Lumpur Panas Lapindo ini, disini http://id.wikipedia.org/wiki/Banjir_lumpur_panas_Sidoarjo, http://www.tempo.co/read/news/2012/09/14/058429476/Juru-Bicara-Badan-Penanganan-Lumpur-Tewas-Mendadak, atau di http://hotmudflow.wordpress.com/, pastinya banyak lagi. Terdapat juga foto-foto di sini
![]() |
| Ini adalah lokasi kejadian tersebut |
![]() |
| Lokasi dengan lebih zoomin |
![]() |
| Mereka Solat Idulfitri diatas lumpur yang telah membeku yang menenggelamkan desa mereka. |
![]() |
| Tersentuh hati melihat mereka mengaminkan doa Imam solat Idulfitri |
![]() |
| Lumpur yang mengeras,ditarah sebagai tangga. |
![]() |
| Aliran lumpur yang menenggelamkan kediaman.(Tanggul itu maknanya benteng,jebul itu pecah) |
![]() |
| bola-bola besi yang digunakan untuk menuymbat lohong lumpur tersebut |
![]() |
| Kuasa Kaliq melebihi kuasa makhluk. |
Isnin, 2 Mei 2011
Taaziah dan Tahniah untuk seorang ibu.
Khamis, 13 Januari 2011
Dahan

“Jadikan kita sebagai sahabat paling rapat kepada anak-anak,sebelum anak kita mencari sahabat diluar yang belum tentu kekukuhan dahannya.” Itulah antara kaedah yang paling saya setuju dan sentiasa bercita-cita kearah itu. Biarlah kita mudah dimesrai tanpa mengabaikan pengghormatan kita sebagai ibu bapa.
Dulu-dulu Ibu bapa mendidik kita mengikut situasi semasa.Kita lebih dibiarkan berdikari dan membuat keputusan sendiri. Apabila mula masuk asrama,mereka akan menghantar kita hanya untuk mendaftar sahaja,selebihnya kita berusaha sendiri,bersesuaian dengan situasi ketika itu,untuk pulang ke kampong setiap cuti penggal,setiap pulang kekampung banyak perubahan,dari berpipi mulus dan berkulit halus telah bertukar dengan titik titik jerawat dan bulu roma yang kasar,dari suara halus kepada suara garau,dari bau tubuh yang wangi menjadi berketiak masam.ada ketikanya ibubapa hilang idea untuk berkomunikasi dengan anak,hubungan sudah tidak semesra dahulu.
Berbezanya dengan situasi sekarang.Ibu bapa lebih berkemampuan dan berpendidikan. Mahu masuk kelas pun seboleh-bolehnya ibu bapa membawakan beg. Sudah amat jarang sekali murid sekolah rendah yang menaiki basikal sendiri.Kebanyakannya dihantar samaada menggunakan motokar atau basikal,walau sedhaif macamanpun ibu bapanya,adangkala 3 orang anak dibelasah sekali diatas motosikal.Banayak kepincangan dahulu diperbaiki bersesuaian dengan situsi semasa.
Bila telah masuk asrama ,setengah ibubapa menyusun sekali almari anak mereka.Balik kampong sebulan sekali,diambil dan di hantar,belum lagi seiap minggu datang menjenguk dan outing untuk makan dan membeli belah. Sesetangah ibubapa yang belum punya anak besar,rimas dengan keadaan ini,dan sering membandingkan dengan keadaannya pada ketika dulu.mungkin belum sampai ketikanya,apabila mereka juga merasai satu masa nanti,tidak ada lebih tidak ada kurangnya,mungkin lebih. Saya akan perhatikan sahaja golongan ini,bagaimana keadaanya bila ketikanya sampai nanti.
Walaubagaimanapun saya setuju jika anak yang telah remaja atau lebih dari itu, patut selalu didampingi,menyediakan telinga untuk anak-anak meluah perasaan,bukan untuk di terima dan di letakkan dia dalam pelukan dan ribaan lalu di dodoi-dodoi, tapi di pimpin lalu ditunjukan kaedah bagaimana memilih persimpangan. Eh! kamu,...... janganlah kata saya macam vip-vip atau tan Seri yang bertindak menyerang sahaja jika anak-anak mereka disentuh.Tidak sekali-kali.
Bila kau datang meletakkan kepala didadaku,ku turunkan paras kedewasaanku menjadi seperti rakan seusiamu. Asalkan kamu sentiasa tahu diri bahawa aku adalah ibu kamu.
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...









