DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 18 Oktober 2012

Lumpur Panas Lapindo.


Selama ini ramai rakan , taulan atau kenalan yang melancong ke Negara asal usul Makbonda.Tidak lain masing-masing mempamerkan bahan aktiviti beli belah atau sekurang-kurangnya foto-foto aksi di tempat menarik. Baru-baru ini sekembalinya suami Makbonda dari usrah,beliau membawa  satu set DVD,katanya ole-ole dari seorang ahli usrah yang baru pulang dari sana. Malam berikutnya barulah Makbonda berkesempatan menghadam DVD tersebut.



Allahhuakbar. Kenapalah Selama ini Makbonda ketinggalan jauh kebelakang.Ketinggalan dari info-info nasib saudara serumpun. Cerita bukan cerita  kecil,tapi besar,musibah menimpa saudara serumpun.  Kejadian yang amat menyayat hati, sebab akibat kecuaian satu-satu pihak sdhingga mengorbankan begitu besar jumlah mangsa.

Berpunca dari satu syarikat carigali minyak yang bernama Lapindo. Membuat kerja cari gali dikawasan penduduk yang sesak. Mata gerudi telah tercecah lapisan mantel dibawah bumi,akibatnya tersemburlah gas bersama lumpur panas ke permukaan bumi. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006. Hari demi hari semburan lumpur panas telah melimpahi persekitaran sehingga meneggelamkan perumahan dan kilang-kilang persekitaran. Benteng-benteng telah dibena bagi mengawal merebaknya aliran lumpur namun tidak dapat menghalang kemarahan lumpur panas tersebut,dan merebaklah kebeberapa desa. Penduduk bertempiaran meninggalkan tanah tumpah darah mereka.Tinggallah desa-desa kelahiran mereka tertimbus dibawah lumpur panas tersebut.

Pedihnya membayangkan nasib mangsa yang meninggalkan kediaman dan pekerjaan mereka.Bagaimana nasib anak-anak dan masa depan mereka.Tidak jauh bezanya dengan keadaan pelarian-pelarian yang tinggal dipenempatan sementara.

Sehingga kini semburan tersebut tidak menghentikan diri.Malah semakin tinggi keudara mengikut pasang surutnya air. Berbagai cara diusahakan untuk menghentikan semburan tersebut namun tidak dapat mengentikan kemarahan makhluk Allah yang telah diganggu habitatnya itu.


Selepas melihat DVD ini Makbonda terus mengoogle lokasi dan info-infi mengenai  Lumpur Panas Lapindo ini, disini http://id.wikipedia.org/wiki/Banjir_lumpur_panas_Sidoarjohttp://www.tempo.co/read/news/2012/09/14/058429476/Juru-Bicara-Badan-Penanganan-Lumpur-Tewas-Mendadak, atau di http://hotmudflow.wordpress.com/, pastinya banyak lagi. Terdapat juga foto-foto di sini


Ini adalah lokasi kejadian tersebut


Lokasi dengan lebih zoomin


dibawah adalah antara klip-klip yang sempat Makbonda snap dari DVD


Mereka Solat Idulfitri diatas lumpur yang telah membeku yang menenggelamkan desa mereka.
Tersentuh hati melihat mereka mengaminkan doa Imam solat Idulfitri
Lumpur yang mengeras,ditarah sebagai tangga.

Aliran lumpur yang menenggelamkan kediaman.(Tanggul itu maknanya benteng,jebul itu pecah)

bola-bola besi yang digunakan untuk menuymbat lohong lumpur tersebut

Kuasa Kaliq melebihi kuasa makhluk.

Cuba kita pejamkan mata sejenak,dan membayangkan kita sedang berada diatara mereka. Astaghfirullah,Makbonda sangat rasa kecilnya diri,kerana selama ini tidak peka pada musibah saudara sendiri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mangsa-mangsa,Semoga Makbonda bertemu saluran-saluran untuk memberi peluang menghulurkan simpati.



2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Makbonda.

    Macam-mcam yang berlaku, kadang-kadang di luar jangkaan kita kan. Kak pernah keluarkan N3 tentang ni di http://permatainn.blogspot.com/2009/11/padang-jarak-padang-tekukur-di-jawa.html selepas membaca tentangnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

    Begitulah dengan Kehendak Allah juga semuanya ini terjadi dan semuanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.. begitu juga hikmahnya pun di bawah PengetahuanNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah.

      Betullah,bila saya buka link tersebut.Saya terlepas pandang begitu lama. Itu setelah 3 tahun berlalu dan kini telah 7 tahun. Tempoh yang agak panjang utuk mereka bersabar.SAngat diluar jangkaan.

      Bagi yang tinggi taqwanya akan bertambah dekat dengan Allah.

      "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

      Padam

Catatan Popular