DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 22 Oktober 2012

KAPAL HAJI

Musim bulan berkat ini iaitu musim haji saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang bagi saya amat menarik. Pertama kali saya menemui buku ini dirumah bapak beberapa tahun dahulu,saya pinjam dan habis menghadam.Berulang-ulangkali.Tapi tiba-tiba telah sirna,rupa-rupanya telah diambil oleh tuannya,kepunyaan salah seorang  adik ipar iaitu isteri kepada abu Ahnaf. Bila saya mengunjungi kedai-kedai buku mata saya akan meliar mencari buku ini untuk dihakmilik. Namun bila ditanya pada tuan kedai katanya tidak ada dalam stok. Alhamdulillah,beberapa tahun kemudian,saya telah menjumpainya di sebuah kedai buku di Masai Johor semasa mencari hadiah perkahwinan adik sepupu. Itupun tinggal satu naskah.

Semasa kunjungan anak saudara sepupu kerumah baru-baru ini ,saya tunjukan kepadanya buku tersebut.Beliau bekerja di bahagian editor DBP,menurutnya buku ini pernah dihantar ke DBP tapi tidak diluluskan oleh pasukan editor,lalu dihantar oleh penulisnya ke penerbit lain.

Sinopsis buku ini.

Menceritakan kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal laut. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis disamping hasil temubual dengan beberapa orang yang pernah ke Makkah dengan kapal laut. Kapal haji yang membawa kira-kira 1500 orang jemaah haji menjelma menjadi "kampung terapung" di lautan Hindi.Masyarakat terapung yang datang dari seluruh pelosok Malaysia dengan dialek atau pelat bahasa yang berlainan tetapi niat dan hala tuju adalah sama. Ada yang kaya,ramai yang sederhana ,semuanya baik hati,peramah,periang dan suka menolong. tiada apa yang hendak dibanggakan di tengah-tengah lautan bergelora.

Zaman itu tidak akan berulang lagi,sekarang semua orang mahu menyingkatkan masa,seandainya diwujudkan lagi Kapal haji,akan adakah yang masih sudi menggunakannya. Menariknya zaman kapal haji ini,bakal jemaah haji akan disimpan selama beberapa minggu. Dalam tempoh ini jemaah dapat fokus sepenuhnya pada kerja-kerja Haji yang akan dilaksanakan nanti. Tanpa gangguan ,berbanding dengan semasa dirumah,sehabat handai,rakan taulan,saudara mara tidak berhenti-henti berkunjung,sehingga mengambil masa untuk berehat dan mentelaah.

Dalam tempoh ini juga Jemaah seperti dalam proses prahaji. Didedahkan untuk bersabar dan bertolak ansur. Nanti disana segala kerenah keadaan akan ditemui.Dikapal jemaah telah ditarbiah untuk  bersedia menghadapinya.Yang menariknya begitu mudah mendapat peluang,tidak perlu menadaftar dan menunggu beberapa tahun. Ada orang datang ekkampung yang menawarkan kekosongan,tinggal lagi untuk mengumpulkan sejumlah wang agak sukar ketika itu.

Saya pernah berpeluang melihat Kapal haji semasa umur 6 tahun.Tahun 1968 Pada ketika itu Embah Lanang dan Wedok saya bersama Pak Long berlepas dari Singapura dengan Kapal Malaysia Raya. Bapak menyewa kereta dari Sabak Bernam ke Pelabuhan Kelang untuk menunggu kapal Bunga Raya itu. di Pelabuhan orang begitu ramai,mereka adalah saudara-mara yang menghantar Jemaah. Kapal Bunga Raya sudah berlabuh untuk mengambil penumpang.Hanya bapak yang dibenarkan menaiki kapal untuk berjumpa ibubapa dan abangnya. Kami hanya sekadar melihat dari bawah. Saya nampak embah saya menyapu matanya sambil melambai-lambai kami,dengan suara yang tenggelam dalam keriuhan. Mereka mencampakan sesuatu kepada kami,rupa-rupanya segulung wang kertas.Ketika itu saya belum ambil peduli tentang nilai wang.

Walaupun telah berkali-kali saya meratah buku ini namun belum merasa jemu lagi.

http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzlaos3.jpg
Saya jumpa  cerita mengenai kapal malaysia Raya ini di sini







http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzanshun2.jpg
sumber  

Cuba lihat budak kecil di sebelah kira dalam gambar ini.Beginilah agaknya keadaan saya ketika itu.

4 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Makbonda

    Arwah mak dan ayah kak mengerjakan haji pada tahun 1953.. ketika ditinggalkan kak masih berjalan-jalan jatuh kata orang. Disebabkan kami tinggal di Perak, maka kapal yang dinaiki berpangkalan di Pulau Pinang.

    Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'(Ini menurut yang kak baca di Berita Minggu - kak pernah copy n paste dalam N3 [http://harmoniinn.blogspot.com/2009/11/sejarah-haji-di-malaysia.html ] untuk dibaca bila diperlukan). Ayah kak meninggal dalam perjalanan balik lalu dikebumikan di lautan hindi disebabkan lagi 12 hari baru sampai ke pelabuhan Pulau Pinang.

    Nostalgia juga bila baca kisah-kisah seperti ini kan. Benarlah kan adakah lagi orang yang ingin menaiki kapal haji jika perjalanan seperti itu diwujudkan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah.

      Alhamdulillah,rezeki saya bersahabat dengan Akak.Kiranya saya belum habis menyelongkar blog akak,banyak lagi cerita berharga yang belum saya jumpa. Al fatehah untuk Arwah ayah akak.

      Selama ni saya tak pernah cuba cari sejarah haji di negara kita,tapi nampaknya ianya datang sendiri.Bukankah ini rezeki namanya.

      Subhanallah begitulah kesahnya sejarah haji. Dulu orang dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaya ini untuk membuka tanah kemudian dijual untuk biaya haji,kemudian barulah mereka pulang kembali ke sini untuk membuka penempatan sepenuhnya.Itulah sebabnya keberkatan penghijrahan mereka kekal dari jenerasi kejenerasi seterusnya.

      Jazakillahhairankathira.

      Padam
  2. Salam. Emak dan Bapak saya ke Makkah pun naik kapal laut dari Singapura pada tahun 1962. Tapi saya tak berapa ingat peristiwa yang saya lalui. Cuma ingat hantar ke pelabuhan dan lambai-lambai tangan. Ingat sikit-sikit duduk di rumah Sheikh di Singapura. Rumah itu sempit dan kaka saya bawa tidur rumah pak saudara. Best juga kalau dapat baca buku itu. Tapi rasanya tak akan pilih naik kapal laut ke Makkah atau ke mana-mana. Takut air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali.

      1962? tapi kejadian itu di Pelabuhan Kelangkan.Saya pun rasanya tidaklah Bonda. Pengalaman saya semasa menaiki kapal Bunga Melati semasa melawat anak leleki yang sedang berlabuh di Pelabuhan kelang beberapa bulan yang lalu memberi keputusan ujian,bahawa saya memang gayat naik kapal.

      Bapak saya pergi haji yang pertama 1978,Tahun permulaan kapal haji di berhentikan.Asalnya beliau memang bercadang naik Kapal,lebih murah biayanya.Nampaknya tidak adalah rezekinya.

      Padam

Catatan Popular